Mrs.maidku
Bab 34
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5807

Bacaan






AROMA bubur ayam mengejutkan aku dari tidur yang lena. Perlahan-lahan mataku buka. Aku lihat Hairul sedang sibuk memindahkan bubur ayam dari bekas makan ke dalam mangkuk. Aku bingkas bangun.

Morning,” ucapku.

Aku lihat Hairul kaget dengan sapaanku.

Morningsayang,” balasnya.

Aku kaku saat bibirnya mencium pipiku. Sungguh tidak diduga dia akan melakukan itu. Dah kena sampuk dengan jin apa pula laki aku ni?

“Cuma ciuman pagi sayang,” tambahnya bila melihat aku mengelamun dan tidak terkutik.

Memang aku kaget. Semenjak peristiwa keguguran, semakin hari dia semakin pelik. Dah terlebih romantik.

“Ah... awak... Imean, abang tak kerja?” tanyaku.

Dia hanya diam. Setelah kerjanya memindahkan bubur

itu selesai dia terus menyuakan sesudu bubur ayam ke mulutku. Aku hanya membuka mulut.

“Abang ambil cuti.” Seketika itu baru dia bersuara.

“Okey?” Aku bertanya bila riak wajahnya ada sedikit murung.

“Okey,” balasnya. Sambil menyuapkan lagi bubur itu.

“Tak apa, saya boleh makan sendiri,” pintaku. Rasa kekok pula diperlakukan seperti budak kecil.

“Betul tak nak abang suap?” Dia bertanya meminta kepastian.

“Iya,” jawabku.

Hairul menghulurkan mangkuk itu ke arahku.

“Sayang dahreadynak balik rumah?” tanya Hairul.

Kerusi pelawat ditarik lalu dia duduk berhadapan denganku. Aku menggaru-garu kepala mendengar pertanyaannya.

“Hmm... entah?” Acuh tak acuh aku menjawab.

Aku lihat dia tersenyum. Membuatkan aku hairan seketika.

“Kenapa senyum?” tanyaku.

Dia hanya memerhatikanku. Senyuman masih melekat di bibir. Ah! Cukuplah Hairul, kau buat aku rasa nak benam muka kat dalam mangkuk ni. Malu!

“Kenapa tunduk?” Kini gilirannya bertanya.

Apa agaknya muslihat lelaki ni!Romantictak bertempat. Marahku, tapi hanya dalam hati.

“Dah siap?” Dia bertanya lagi, setelah beberapa minit aku dan dia menyepi.

“Dah,” ringkas aku menjawab.

“Kalau dah, jom.”

“Jom?” Aku mengulangi kembali kata-katanya.

“Tak nak balik?”

“Dah nak balik?” tanyaku.

Kami seperti sedang berbalas-balas soalan. Soalan dijawab dengan soalan.

“Habis, sayang nak tidur sini sampai bila?”

“Ha! Ha! Ha! okey jom balik,” balasku bersahaja.

“Tapi”

“Tapi apa?” soalnya.

“Saya belum mandi lagi. Malulah nak keluar dengan muka serabut macam ni.”

“Sayang nak ke mana lagi lepas ni?” tanya Hairul sambil tangannya ligat memasukkan baju-bajuku ke dalam beg kecil.

“Hmm...”

“Kalau tak ada, kita pulang terus mandi kat rumah aje,” potongnya.

Aku menjuihkan bibirku. Tiba-tiba renungan Hairul semakin tajam memandang anak mataku. Pantas bibirku ketap. Baru aku teringat, dia tidak suka aku bermain dengan bibir. Entah kenapa yang penting itu adalah pantangnya.

“Tahu takut,” perlinya.

Aku mengerling.

“Tak takut pun,” balasku sekadar berbisik. Hairul memandang aku.

Have you say something sayang?”

“Hmm... tak ada.” Pantas aku menafikan.

“Nah, kunci kereta. Abangparkingdekat kantin. Sayang masuk kereta dulu, nanti abang susul,” pintanya, ternaik keningku.

“Abang nak pergi mana?” tanyaku, hairan.

“Abang nak bayar bil,” jawabnya.

Aku mengangguk faham lalu menurut saja kemahuannya.



NOTA MAID~ Hey pembaca yg dihargai.. thank sebab sudi baca, tak lama lagi nvel ni bakal terbit and bole add saya di facebook syaza arisha  untuk teaser pendek mengenai mrs.maidku.. thank semua^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku