Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(21 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23639

Bacaan






Seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan abang Zarif menelefon. Mula-mula dia berbual dengan ibu. Mesra sungguh ibu. Anak kesayangannya menelefon dari jauh pula tu. Layla dengarkan sahaja. Mengapalah ibu tidak begitu mesra dengannya. Lebih lembut dan lebih penyayang.Kemudian abang bercakap dengan ayah pula. Bertanya khabar dan bercerita macam-macam. Abang memang seorang anak yang baik. Kalau dia di luar negeri nanti dia mahu jadi seperti abang. Selalu ingat keluarga. Selalu telefon dan hantar surat. Selalu ambil berat tentang keluarga. Mesti ibu akan bercakap dengan dia lebih mesra macam abang. Macam kakak. Tiba-tiba ayah menyebut nama Layla. Mesti abang bertanya tentang dia. Kemudian ayah berikan dia gagang telefon. Dia berdebar. Nasihat apa pulak abang nak berikan pada dia.

     “ Layla adik abang macamana? Rasa-rasa SPM nanti boleh score ke?“ tanya abang setelah bertanya khabarnya. Soalan cepu emas yang dinanti-nanti. Dia dah agak abang akan tanya. Entah-entah emak yang suruh tanya.

    “ Entahlah. Layla bimbangkan matematik dengan Fizik. Tapi Layla harap okaylah. Layla nak pergi luar negeri macam abang.” Balasnya bersungguh.

    “ Okay tu insya Allah. Abang doakan Layla berjaya. Layla nak ambik kursus apa nanti?”

    “ Layla tak minat engineering atau architecture. Layla minat nak ambik Chemistry la bang.”

     “ Tak apalah. Abang tak kisah asalkan Layla boleh ambik apa yang Layla minat. “

    “ Tapi mak suruh Layla ambik macam abang dan kakak.” Abang Zarif ketawa.

    “ Hmm mak memang la macam tu. Kalau Layla score SPM okaylah emak tu. Mesti dia tak kisah Layla ambik course apa pun.”

     “ Layla haraplah macamtu. Abang bukan tak tahu mak tu macamana. Dahlah nak kawinkan Layla kalau tak lulus.” Meninggi gelak Abang Zarif. Macam Kak Nura, abang Zarif rasa ibu hanya main-main sahaja.

    “ Alah mak tu saja je nak kenakan Layla. Jangan ambik hati sangatlah.” Pujuk Zarif.

    “ Tapi abang tak tengok muka mak. Dia serius tau. Layla risau lah. Apa kata kalau Layla tak berjaya? Ish, Layla takutlah kena kawin nanti”. Abang Zarif ketawa lagi.

    “ Dahlah jangan risau. Kalau mak kawinkan Layla, abang akan balik tolong Layla tau.”

    “ Abang janji?”

     “ Ish ye lah. Jangan risau. Mak tu saja je nak takutkan Layla.” Pujuk Zarif lagi.

     “ Abang macammana kat Ireland tu? Musim apa sekarang? “

     “ Abang okay aje tapi cuma sibuk sikit. Sekarang musim dinginlah Layla. Kat mana-mana murung saja dengan salji yang tebal. Tak tahan rasanya sejuk saljini. Cepatlah musim bunga. Abang dah tak tahan dah.” Balas Zarif.

     “ Bestlah abang main salji. Kalau Layla suka. Boleh buat snow man dan main baling-baling snow.” Zarif ketawa gelihati mendengar kata-kata Layla.

    “ Layla adik abang… kalau sesekali bestlah main salji tapi kalau dah mengadap tiap-tiap hari naik jemu dah. Nantilah kalau Layla pergi luar negeri nanti Layla tahulah” ujar abangnya itu. Layla tersenyum. Rasa rindunya terbit kepada abang yang seorang itu.

    “ Bila abang nak balik Malaysia? Kami semua rindu tau.”

    “ Kalau Layla kawin abang baliklah!” ujar Zarif bergurau. Layla menggigit bibir geram.

    “ Ish abang ni! Layla tak mahu kawinlah! Nauzubillah.” Kedengaran ketawa Zarif di hujung talian.

    “ Layla abang nak cakap dengan ibu ye’

    “ Okay abang. Nanti Layla bagi ibu. bye.” Lega hati Layla selepas bercakap dengan abang Zarif. Abang Zarif pandai melegakan perasaannya. Dalam hal ini abang Zarif juga memahami dia. Ah! Betapa dia rindukan abang Zarif. Sudah tiga tahun dia pergi. Dengarnya dia akan habiskan tiga tahun lagi sebelum dianugerahkan segulung ijazah dalam architecture dari University of Dublin. Tak sabar rasanya menunggu abang Zarif pulang.

Sebaik telefon dia berikan pada ibu, ibu menyuruh dia ke dapur menanak nasi. Mesti ibu tidak mahu dia dengar perbualan mereka. Dia menjuihkan bibir sedikit cemburu lalu ke dapur menanak nasi. Sambil menanak nasi fikirannya menerawang. Dalam minda nya terbayang-bayang keputusan SPM. Semua A. Ibu sungguh gembira memeluk dia lalu mengucapkan tahniah. Sungguh dia tidak sabar dia melihat senyuman bangga ibu itu.

     “ Anak bertuah!” jeritan ibu mengejutkan nya. Periuk di tangannya terhempas ke dalam sink.

     “ Kau basuh beras ke tuang beras dalam sink? Berangan sungguhlah! Kutip cepat beras tu. Membazir. Membazir. Kau ingat kita orang kaya? Tak gunalah kau ni” Bebel ibu sudahpun menjegilkan matanya padanya. Dia segera mengutip beras yang tertumpah dalam sink yang kini mengalir bersama air yang mengalir deras dan cuba memasukkannya dalam periuk. Ibu menolak dia ke sisi.

    “ Dah pegi sana! Tak boleh harap sungguh si Layla ni tau! Ish apa la nak jadi pada kau ni??? Anak dara apa ni?? Kenapalah kau tak macam Nura? Nura tahu apa nak buat. Kauni selalu kecewakan aku” ngomel ibu lagi. Tak tahan sungguh Layla dengar kata-kata ibu. Dia berlari naik ke atas lalu masuk ke biliknya dan menghempas diri di atas katil. Air mata mengalir. Dia benar-benar kecil hati dengan ibu. Memang kecil hati!.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku