Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(22 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23035

Bacaan






Kalaulah dia ini anak durhaka sudah lama dia lari dari rumah. Sebenarnya ringan sahaja tangannya untuk mengemas kain bajunya masuk ke dalam beg Adidasnya dan meninggalkan rumah itu tapi dia masih waras lagi. Dia masih sedar bahawa semarah-marah ibu, sekecil-kecil hatinya pada ibu, dia tak sanggup melukakan hati ibu apatah lagi ayah. Ayah pasti sedih kalau dia lari. Nanti satu keluarga malu kalau dia melarikan diri. Nanti orang kampong tak hormatkan ibu dan ayah lagi. Mana maruah abang Zarif dan Kak Nura pulak nanti. Oleh sebab semua itu dia masih di bilik. Termenung memandang siling. Sedih tapi tak dapat berbuat apa-apa. Dia rasa terperangkap antara tanggungjawab dan jiwa lara dibuat begitu oleh ibu sendiri.Kadang-kadang dia terfikir mungkin dia membayangkan sesuatu yang tiada. Mungkin dia melebih-lebih sedangkan ibu tidak begitu. Mungkin itu cara ibu menunjukkan rasa ambil beratnya dan sayangnya padanya. Tapi dia tak sekuat mana menerima kasih sayang sedemikian dari ibu kerana selalu bila ibu berkata begitu hatinya tercarik. Dia jadi pesimis. Dia jadi kian tertekan. Apatah lagi bila hari penentuan semakin hampir. Tidurnya makin terganggu. Dia tak lalu makan sejak beberapa minggu lepas.

Tambahan pula ada saja kata-kata ibu yang pedih untuknya. Setiap kali Layla buat kesalahan ibunya akan ungkit keputusan peperiksaan PMRnya. Kemudian makin galak pula dia bercakap mengenai hasratnya ingin mengahwinkan Layla sekiranya keputusannya tidak sehebat kakak. Layla makin risau. Ibunya pula setiap hari ada sahaja yang mahu dileterkannya menyebabkan Layla makin kusut fikiran dan jiwanya. Entah pada siapa dia mahu adukan. Kalau dia beritahu rakan baiknya Asha pun paling kuat Asha hanya boleh mendengar sahaja. Layla mula tidak lalu makan. Selalunya dia patah selera selepas beberapa suap sahaja.

    “ Wei apsal nampak kurus je kauni? Diet ke apa?” tanya Asha bila mereka keluar ke bandar satu hari ke McDonald setelah beberapa minggu tidak berjumpa. Layla sedar jeans nya agak longgar sedikit tapi tak sangka ketara pula di mata Asha.

     “ Ye ke?” Dia ketawa. Seronok pun ada kerana nampak kurus. Selalunya dia agak berisi juga orangnya. Jenuh untuk mengurangkan berat badan sekilo dua walaupun di masa puasa.

    “ Baguslah. Diet menjadilah ni.” Ujar Layla ketawa lagi sengaja bergurau. “ Diet konon!” Asha menepuk bahunya. McDonald outlet itu sunyi hari itu kerana waktu bekerja. Hanya ada beberapa sahaja pengunjung yang kelihatan. Jadi apabila mereka ketawa sedikit sahaja sudah kedengaran agak kuat. Pengunjung lain memandang seketika mereka yang ketawa itu tetapi kemudian tidak menghiraukan. Masing –masing lebih suka buat hal sendiri daripada mengambil tahu hal budak-budak sekolah seperti mereka.

    “ Ini bukan diet. Ini macam sengsara je aku tengok. Tu matatu macam cengkung je.Eh, kau tak sihat ke?” tanya Asha lagi. Asha merenung muka Layla macam tidak percaya. Layla segera menghirup Coke kalau boleh tidak mahu menjawab soalan Asha itu.

    “ Ha! Jatuh cinta ke?” dia serkap jarang pula. Telunjuknya di sua ke muka Layla. Mahu sahaja Layla merenjis Coke dihujung straw pada muka Asha. Memang jauh sekali serkap jarang Asha.

   “ Asha, tolong jangan merepek ya. Jatuh cinta tak main lah. Err geli tahu tak”

    “ Habis? Apa yang buat kau kurus macamni?” Tanya Asha hairan.

   “ Aku risaukan SPM aku. Kau tahulah aku ni macam dibayangi oleh kakak dan abang aku. Diorang tu terror tak macam aku ni. Mak aku kata kalau dapat teruk dia nak kahwinkan aku. Kau percaya tak?” Adunya. Asha ketawa. Harapan Layla supaya Asha lebih memahami tapi kawannya itupun mengganggap ia sebagai lucu. Eh, dia sahaja kah yang sedar betapa seriusnya perkara ini.

   “ Hah sebab itu aje? Tak kanlah stress sampai macamni? “ Asha macam tak percaya.

    “ Mana tak stress, mak aku kata nak kawinkan aku. Takutlah beb. “ Asha ketawa besar.

    “ Biasala emak2 cakap macamtu. Mak aku pun cakap benda sama. Dengan kakak aku pun dia cakap benda yang sama. Hei itu saja-saja je la. Kau jangan risau. Merepekla mak kau nak kawinkan kau.” Memang sahih Asha tak percaya.

    “ Aku harap macamtu lah. Tapi kau tak tahu mak aku. Dia jarang bergurau. Selalu apa yang dia cakap tu betul “ balas Layla. Memusing-musing burger di hadapannya. Meskipun Asha yang belanja burger kegemarannya tapi dia macam tiada selera.

    “ Dahlah. Habiskan la burger tu. Lepasni, kita pergi tengok wayang di KLCC nak? Aku pun nak widow shopping sikit. Nak tengok beg coach yang kakak aku bersungguh nak beli.”Ujar Asha seperti faham moodnya yang hilang. Dia sangka Layla sepertinya. Bagi Asha, shopping jadi penenang jiwanya. Bagi Layla entahlah. Sejak akhir-akhir ini semua jadi hambar. Lagipun dia bukan ada duit sangat.

    “ Mampu ke kau beli beg beribu lemon tu.....kauni, SPM pun belum tahu lagi dah berangan nak beli handbag.” Balasnya cuba menjamah burgernya.

    “ Beranganlah dulu barulah jadi kenyataan. Itu target aku..kalau aku dah kerja aku nak beli handbag macam tu” ujar Asha tersenyum nakal.

    “ KLCC tu kan kat KL? Kau nak kita naik bas 2 jam pergi KL? Lepas tu another 2 jam untuk balik. Mana sempat. Sekarang ni dah pukul 11 tau.”

   “ Jomlah.” Ajak Asha seperti merayu pula.

    “ Kau gila nanti mak aku kata apa pulak?Nanti mak aku kejar dengan kayu tau” ujar Layla keberatan. Tadi masa keluar pun ibunya sudah berpesan supaya jangan pulang lambat. Tadi dia hanya kata ke bandar kecil itu sahaja tapi tidaklah hingga ke Kuala Lumpur. Kalau ibunya tahu memang dia tempah susah jawabnya.

    “ Alah mak kau tu sadis betul lah. Kau jangan risau sebelum pukul 6 kita baliklah. Aku janji kita pergi sekejap saja. Aku bosanlah dengan shopping complex kat bandar kita ni. Tak happening langsung.”

   “ Yelah, kalau ada apa-apa berlaku kat kita di KL tu siapa yang pening nanti.”

    “ Lah, macam kau tak pernah buat. Kak Nura pun pernah buat macamni jugak dulu kau tak ingat?”

    “ Aku tahu tapi itu dengan Kak Nura. Ini kita berdua je. Takutlah aku.”

    “ Tak adventurous langsung kauni. Okaylah, kalau macam tu kita ajak Asyraf nak?” Asha mencadangkan.

     “ Asyraf? Kau gila ke? “ Asyraf rakan sekelas mereka yang sejak dulu cuba untuk berbaik dengan Layla lebih dari seorang kawan. Tapi Layla sahaja yang tak berminat. Hatinya belum terbuka walaupun Asyraf anak ketua kampong dan bapanya disegani di kampong mereka. Keluarganya memang orang baik-baik di kampong itu.

    “ Habis? Siapa lagi. Dia ada kereta. Jadi kita pergi dengan dia boleh pegi cepat sikit dan balik cepat. Dia okay. Ha, lagipun diakan sukakan kau, mesti dia nak punya.” Ujar Asha macam pandai saja.

    “ Aku tak sedap hatilah. Dahlah mak aku tak tahu.”Layla terasa cemas. Nak buat jahatlah katakan. Bukan dia biasa buat perkara seperti itu tanpa pengetahuan keluarganya.

    “ Tak kira. Aku nak telefon Asyraf ni. Nak pegi ke tak? Alah, ni kira ubat stress la. Alah kau baik sangat pun mak kau bukan nampak. Asyik dok puji Kak Nura je. Aku bukan tak tahu. Kadang-kadang kau kena tunjuk nakal sikit” Terkesan juga kata Asha itu dalam hatinya. Layla terdiam. Dalam hati macam ada kebenarannya.

   “ Macamana? Aku call Asyraf ye?” Asha menunggunya. Layla terpisat-pisat. Apa yang patutnya dia lakukan? Tak pernah dia buat kerja gila macamni. Tapi agaknya inilah masa untuk buat kerja gila. Baru ibu tahu Layla memberontak.

    “ Hmm call lah. “ Layla mengetap bibir. Asha tersenyum puas. Entah kenapa Layla terasa seperti mahu kenakan ibunya.Ye, ibu yang tak pernah lihat baik apa sahaja yang dia lakukan. Apa salahnya kalau dia buat begini. Lagipun apa yang hairan sangat kalau dia buat kerja gila macam ini. Ini kan Layla? Layla bukan Kak Nura dan Abang Zarif. Dia Layla yang selalu kecewakan ibu. Layla, anak ibu yang tak gunakan? Dia cuba untuk menyedapkan hatinya yang tak keruan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku