Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
22887

Bacaan






Tepat pukul 12.00 Asyraf datang ke McDonalds itu. Anak muda tinggi lampai berkulit putih kuning itu nampak bergaya. Rambutnya di sikat rapi. Bau perfume menusuk hidung. Dia nampak segar. Bajunya pun masih bau kedai lagi. Kasut pula kasut Nike jenama terkini. Jeansnya juga tampak baru. Layla terfikir adakah ini memang Asyraf atau hanya hari ini sahaja dia begitu kerana Layla ada di situ. Segera dia tepis fikiran itu. Tak mahu perasan sendiri. Layla dapat menelah Asyraf macam suka padanya tapi mungkin juga Layla yang terperasan lebih. Sebab, yelah siapalah dia kan?.

Bak kata kakaknya Nura, bersolek pun tak pandai. Lainlah kakak. Cukup serba-serbi. Dia beli sewaktu di USM. Kakak pakai tudung juga macam Layla tapi kakak lebih bergaya. Yelah, banding dengan Nura, Layla agak montel sedikit. Mukanya bujur sirih. Nura pula mukanya berbentuk hati. Layla berisi sedikit berbanding dengan kakaknya yang lebih kurus dan tinggi lampai kelihatan. Kakak lebih putih darinya kerana ikut sebelah ayah. Layla putih juga tapi tak semelepak kakak. Layla tinggi juga macam kakak tapi tidak kurus. Kakak berambut ikal tapi Layla pula berambut lurus. Jadi ada banyak beza antara kakak dan Layla. Malahan ada yang sering bandingkan dia dengan kakak. Kata mereka kakak yang paling cantik. Dia dan Aisyah sudah kurang cantik. Tapi Aisyah baru 4 tahun manalah adil hendak dibandingkan dengan mereka berdua. Kata mereka semua kecantikan ibu dah turun pada kakaknya itulah sebabnya bila tiba giliran Layla dan Aishah makin cair kecantikan itu. Hah! Itulah teori mereka yang Layla selalu dengar. Entah betul entahkan tidak.

Asyraf tersenyum kepadanya apabila Asha menegurnya dan mengajak dia duduk ditempat mereka. Seolah mengharapkan senyumannya, Layla hanya tersenyum sedikit pada Asyraf. Sekadar berbasa basi. Supaya tidak nampak kekok. Layla bukan suka sangat pada Asyraf. Ada sesuatu yang menyebabkan Layla tidak berapa suka dengan nya. Laylapun kurang mengerti sedangkan Asyraf cukup segala. Ada rupa. Ada gaya. Ada kereta. Anak ketua kampong. Pandai juga belajar dan macam-macam lagi. Cuma hati Layla saja yang tidak melihat semua itu. Orang kata tiada feel pada Asyraf walaupun sehebat manapun pemuda yang berada di hadapannya. Dan apabila Asyraf terlalu mencuba hati Layla jadi lagi hambar padanya. Ah! Berlagaknya Layla.

     “ Hai Layla. Sihat? “tanya Asyraf telahpun duduk di sebelahnya. Entah bau perfume apa menusuk ke hidungnya. Layla serasa mahu terbatuk tapi dia tahan. Tapi gagal, lantas Layla terbatuk-batuk kecil.

     “ err..saya okay…” jawab Layla antara batuknya.

     “ Ish betulke? Ni batuk-batuk ni…” tegurnya. Ada senyuman di bibir pemuda itu.

     “ Mmmm…entahlah mungkin ada habuk kot kat sini” ujar Layla sambil mengibas-ngibas tangan.Kemudian mengurut dada cuba melegakan gatal tekaknya yang datang tiba-tiba. Layla lihat Asha disebelah Asyraf macam nak tergelak-gelak. Asha faham sangat perasaan Layla di ketika itu.

     “ Kalau tak sihat saya boleh bawak pegi klinik” Asyraf menawarkan diri.

     “ Tak payah Asyraf. Dia ni nanti kalau pegi KLCC sihatlah. Jom la kita pegi. Ke kau nak makan dulu Asyraf. Kami dah selesai ni.” Ujar Asha yang sejak tadi melihatkan saja.

    “ Aku tanya je manalah tahu kalau Layla tak sihat. Aku dah makan kat rumah tadi. Lagipun kalau lapar nanti aku belanja you all kat KL nanti ye” ujarnya macam berhajat besar benar. Matanya tak lari dari muka Layla. Layla terasa rimas. Tapi demi hajat dia dan Asha ke KL terpaksa Layla hadapi sahaja. Ish! Jahatnya dia. Seolah menggunakan Asyraf pulak.

     “ Kalau macamtu jom la kita pergi. Nanti kalau lambat jenuh pulak kawan kita ni bersoal jawab dengan mak dia.” Ujar Asha.

     “ Oh, Mak Mah dan Pak Amir tak tahu ke kau nak pergi Layla?” tanya Asyraf lantas memandang Layla menantikan jawapan. Layla terkedu masih keliru apakah yang perlu dia katakan pada Asyraf.

    “ Kauni Asyraf banyak tanya pulak. Jom lah nanti lambat”. Belum sempat Layla berkata-kata untuk jelaskan pada Asyraf, Asha dah pun menyampuk menyelamatkan keadaan. Asha dahpun bangun menyandang beg tangannya ke bahu.

     “ Orait! Jomlah kita pergi” balas Asyraf. “ Ladies first!” ujarnya ceria. Matanya masih di wajah Layla dengan penuh hajat. Hati Layla terus rasa pelik. Alamak!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku