Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19148

Bacaan






      Sewaktu di dalam kereta, Asyraf mengajak mereka menonton wayang Spiderman entah ke berapa. Katanya kalau sempat mereka boleh menonton pada pukul 1.30 petang. Mendengarkan Spiderman, Layla terus setuju. Mujur Asha juga setuju. Sebenarnya, Layla lebih suka menonton dari bershopping sebab dia bukan ada duit sangatpun. Dia hanya ada dalam RM50 sahaja itupun pemberian ayahnya minggu lepas setelah membantu menjual nasi lemak beberapa hari. Kalau tengok wayang dan beli novel memang cukup sangat.

      Layla dan dua rakannya itu tiba di KLCC dua jam kemudian. Agak sukar mencari tempat parkir di kala itu. Beberapa kali juga kereta Persona Asyraf berpusing-pusing mencari tempat. 20 minit kemudian baru ada satu tempat kosong itupun dirembat oleh pemilik kereta sport Audi R8 yang tidak bertimbangrasa walaupun kereta Persona itu yang sampai dulu. Hangat hati Asyraf begitu juga Layla serta Asha. Itulah baru pertama kali Layla melihat wajah kelat Asyraf. 

     Sudahlah begitu lelaki berkot perang di dalam kereta mewah itu hanya buat tidak tahu sahaja. Isyarat minta maaf pun tidak. Sungguh kurang asam. Ini agaknya budi bahasa orang kaya! Getus hati Layla geram namun dia sabarkan juga Asyraf takut kalau dah lelaki itu bergaduh siapa pulak yang susah. Panjang pula ceritanya nanti lambat pulak dia balik. Dia jengukkan muka melihat wajah lelaki itu dengan pandangan tajam. Rasa seperti mahu ditelan sahaja lelaki itu. Lelaki itu seolah perasan menoleh padanya lalu senyum mengejek. Hatinya tambah geram. Argghhh…siaplah lelaki itu kalau dia jumpa di mana-mana, getus hati Layla bersungguh. Banyak kali juga Asyraf menyumpah-nyumpah. Boleh tahan juga baran pemuda itu. Itu yang membuatkan Layla makin geram.

    Akhirnya ada juga rezeki mereka. Mujurlah di KLCC ada paparan berapa jumlah ruang parkir yang kosong. Setelah memarkir, mereka segera ke TGV Suria KLCC. Mujur juga mereka masih sempat lagi membeli tiket wayang itu. Asyraf yang belanja walaupun Layla lebih suka kalau dia yang bayar sendiri. Dia tidak mahu termakan budi manakala Asha kelihatan seronok saja bila dibelanja. Layla teringat sebenarnya pada pesan ibunya untuk tidak mudah menerima pemberian orang. Itulah yang menyebabkan dia kurang selesa dengan sikap murah hati Asyraf itu.

     Asyraf juga membelikan mereka popcorn dan air coke. Sudahlah begitu untuk Asha dia belikan satu bekas tapi dia pula satu bekas berkongsi dengan Asyraf. Layla memang tak rela kerana dia pasti dia akan dipaksa duduk sebelah Asyraf. Ikut manapun Asyraf akan duduk sebelahnya juga. Layla tiada pilihan. Sepanjang tayangan Layla tidak selesa manakala Asha seronok sahaja di sebelahnya. Asyraf pula sepanjang tayangan seolah mencari peluang untuk berbual mesra dengannya. Ada-ada sahaja pertanyaan. Apabila cerita wayang hampir di kemuncak dia bertanya.

     “ Layla nanti kalau lepas SPM nak ambik bidang apa ye? “ tanya Asyraf. Aduhai, malasnya nak jawab, bisik hati Layla. Nak tengok Spiderman lagi nak jawab lagi, gumam Layla dalam hati. Matanya tertancap pada wajah kacak Peter Parker aka Spiderman di skrin hadapan dengan begitu focus sekali..

     “ Mmmm tak tau lagi.” Jawab Layla acuh tak acuh. Asyraf senyum terangguk-angguk.

     “ Dah kena sedia juga tau sebab bila keputusan keluar nak apply ada beberapa minggu saja.” Nasihat Asyraf padanya bersungguh-sungguh.

    “ Hmm okay…” Layla menjawab pendek, malas hendak melayan pemuda itu.

     “ Masa cuti apa Layla buat di rumah?” tanya Asyraf lagi. Perlukah untuk dia jawab? Peter Parker sedang terloncat-loncat melawan musuh di skrin depan boleh lelaki disebelahnya bertanya soalan macam itu? Diwaktu Peter Parker berlawan dengan sengit menyelamatkan heroinnya? Dia perasan yang Asyraf asyik memandang wajahnya bukan memandang skrin wayang di hadapan. Tapi itu adalah babak kritikal jadi dia perlu berkata,

      “ Cop…bagi saya tengok ceritani dulu…nanti saya jawab ye…”ujar Layla. Asyraf yang baru sahaja hendak bertanya lagi terdiam. Lama juga dia terdiam baru Layla perasan. Tersinggung ke? Alamak kasihanlah pulak.

     “ Ok untuk soalan awak tadi…kat rumah saya jaga adik-adik, masak nasi, baca buku cerita dan chatting dengan Asha.” Jawab Layla satu nafas sambil senyum buat-buat. Sekadar berbahasa sahaja tidak lebih dari itu.

     “ Oh menarik jugak tu..” balas Asyraf. Menarik? Pelik lelaki itu. Bagi Layla tiada apa yang menarik menghabiskan masa seharian di rumah seperti itu. Dia sebenarnya sudah bosan berbulan-bulan di rumah membuat sesuatu yang sama setiap hari. Ditambah dengan leteran dan kata-kata sindiran ibunya. Pertanyaan Asyraf tidak berhenti di situ, ada lagi banyak pertanyaan yang dijawab oleh Layla dengan ‘ya’, ‘tidak’, ‘aha’, ‘ok’ dan ‘mmm’ sehinggalah habis tayangan.

       Selepas selesai tayangan Asha pulak masih belum mahu pulang. Haripun masih awal katanya. KLCC sudah agak sesak kerana hari itu hari Sabtu. Layla mencadangkan supaya mereka solat zohor dulu di masjid berdekatan. Lagipun jam sudah menunjukkan hampir angka 3.00 petang. Satu perkara tentang Layla, dia kalau boleh tidak mahu tinggal solat sebab itulah pesanan ibu dan bapanya pada dia dan adik-beradik lain. Asha memang sudah faham sangat dengan sikap Layla itu. Selesai solat mereka ke kedai buku Kinokuniya pula. Layla memang kaki buku begitu juga dengan Asha. Asyraf hanya ikutkan sahaja. Dia seronok mengekori asalkan Layla ada. Kadang-kadang dia pura-pura ke barisan lain kemudian memerhatikan buku apa yang dibelek-belek oleh Layla. Ada buku masakan, novel dan sebagainya. Dia cuba menyelidiki minat Layla untuk menarik hati gadis pujaannya itu.  



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku