Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18892

Bacaan






Malam itu bertemankan Tunku Shafinas, Faris ke kelab ekslusif. Dia tidak jadi berjumpa Desmond. Sebaliknya dia menelefon Tunku Shafinas sahaja untuk menemannya ke kelab yang hanya dihadiri oleh orang-orang seperti dia dan Tunku Shafinas sahaja. Dia boleh berada di situ menghiburkan hati tanpa risau wajahnya terpampang di majalah tabloid keesokan harinya atau ataupun bebas dari kemungkinan ditangkap oleh Jabatan Agama.

Selepas menari bersama Tunku Shafinas beberapa lagu, mereka duduk di bar. Faris memesan minuman keras tetapi Tunku Shafinas hanya memesan Coke. Walaupun dia selalu ke situ, Tunku Shafinas tidak pernah minum.Hanya Faris dan Tunku Shahri sahaja yang selalu minum.

Tunku Shafinas menebar pandangan ke sekeliling kelab tersebut. Kelab itu makin ramai kerana malam itu malam minggu. Kebanyakan dari mereka memang pengunjung tetap kelab ekslusif itu. Kelab tersebut yang hanya mampu dimasuki oleh orang-orang tertentu kerana yurannya yang mahal berbanding dengan kelab-kelab lain.

Walaupun Faris suka ke tempat-tempat seperti itu bersama dengan rakan-rakannya tetapi setakat ini belum pernah lagi dia mabuk. Tapi hari itu, fikirannya memang kacau. Sudah lima gelas minuman ‘setan’ itu diteguknya. Tunku Shafinas faham benar dengan mood Faris. Cuma dia hairan kenapa Faris begitu. Apa yang menyebabkan lelaki itu tak senang duduk malam itu. Namun, Tunku Shafinas tidak pula mahu memulakan perbualan tentang itu. Dia tahu lambat laun dia akan tahu juga. Seperti selalu dia akan bersabar menjadi pendengar setia. Sebagaimana dia bersabar selama ini untuk Faris. Bersabar sehingga Faris mahu meluahkan perasaan padanya. Dia tahu Faris bukan jenis orang yang suka dipaksa. Dia tak seperti pemuda lain yang akan mengikut sahaja apa kata Tunku Shafinas. Itulah sebabnya makin dia cuba elak makin suka dia pada Faris. Faris yang sukar untuk ditundukkan dari segi hati dan perasaan.

Selama dia mengenali Faris, belum ada wanita yang Faris jatuh cinta. Dari seorang ke seorang wanita tapi tiada yang kekal.Setakat ini hanya Tunku Shafinas yang kekal berkawan dengan Faris. Tapi Faris hanya menganggapnya sebagai kawan. Adik kepada rakan baikknya. Kadang-kadang Tunku Shafinas berharap Faris akan melihat dia lebih dari itu Dia berharap mungkin satu hari Faris akan jatuh cinta padanya macam dia jatuh cinta pada Faris.

    “ Faris, cukuplah tu. You dah mabuk ni. Jom, I hantarkan balik“ kata Tunku Shafinas menahan Faris dari minum lagi. Faris menepis sedikit tangan Tunku Shafinas. Gadis itu mengeleng-ngeleng bila melihat wajah pemuda itu yang tak tentu hala dan mula bercakap merepek itu.

    “ Sudahlah Faris. I hantar you balik ye.?”

     “ No..no…I nak minum….want to have fun…” ujar Faris tersengeh bodoh dengan mata layu. Wajahnya yang kacak tampak tak terurus. Terbit rasa kasihan di hati gadis itu.

    “ Apa jadi dengan you ni Faris? Something bothering you? “ Tanya Tunku Shafinas ambil berat. Faris merenung mata Tunku Shafinas seketika. Kemudian kembali meletakkan kepala di atas meja bar tersebut.

      I hate her. Hate her. She ruined my life” ujarnya seperti tidak keruan.

     “ Siapa Faris? I tak faham” Tanya Tunku Shafinas.

     “ Orang tua tu… orang tua tu…” kemudian kata-katanya putus di situ. Faris macam tertidur.Tunku Shafinas goyang tubuh sasa Faris.

     “ Faris, jom balik. I hantar balik rumah.” Faris bercakap tak tentu hala. Tunku Shafinas tarik tangan Faris. Faris macam orang bodoh tiba-tiba bangun. Tunku Shafinas galas tangan Faris kemudian cuba memapahnya. Beratnya tubuh lelaki itu. Kalau dia seorang tak mungkin dapat dia papah Faris pulang. Menyedari itu Tunku Shafinas mengeluarkan telefon tangannya dan mendail nombor abangnya Tunku Shahri supaya datang membantu. Ketika itu Tunku Shahri yang berada di sebuah majlis korporat dengan ayahandanya terpaksa datang. Cemas juga dia bila Tunku Shafinas kata Faris mabuk. Jarang Faris mabuk. Kali terakhir semasa mereka di Sydney dulu pada tahun baru. Waktu lain, Faris memang agak berhemah juga dalam meminum arak. Hanya segelas dua dalam majlis tertentu. Tak mabuk.

Hairan juga dia. Mesti ada sesuatu yang berlaku pada rakannya itu. Itulah sebabnya bila Tunku Shafinas beritahu dia terus datang. Mereka bawa Faris balik tetapi tidak ke rumahnya tapi ke apartment mereka di Bukit Bintang itu. Lebih dekat dan pasti tidak mengundang masalah. Tunku Shahri faham benar masalah Faris dengan neneknya.

Sesampai di apartment itu Tunku Shahri letak Faris di bilik tamu apartment tersebut kemudian keluar. Majlis korporat belum berakhir lagi. Jadi dia tidak boleh menemankan Faris di apartment itu sehingga dia bangun. Biar Tunku Shafinas sahaja yang menjaga kawannya itu.

Sewaktu Tunku Shafinas bukakan kasut Faris yang sudah tidak sedar di katil bilik itu, Faris merepek lagi. Tapi sukar untuk dia pastikan buah butir apa yang dikatakan. Pelik betul!. Entah apa sahaja yang mengganggu fikirannya sampai dia sanggup gunakan arak untuk lupakan semua itu. Sanggup mabuk begitu. Sungguh dia kasihankan pemuda pujaan hatinya itu. Kalaulah Faris tahu bahawa dia sanggup buat apa saja untuk lelaki itu untuk hilangkan semua kesedihan itu, fikir Tunku Shafinas. Ah! Dia mengeluh. Dia merenung wajah Faris. Entah kenapa tiba-tiba Tunku Shafinas peluk lelaki berbadan sasa itu. Kepala Faris dirangkulnya. Faris pula dalam mamai membalas. Tunku Shafinas relakan sahaja lalu merangkul lelaki itu lebih erat.

Esoknya sedar-sedar Faris terpisat-pisat. Kepalanya bengal dan sakit sungguh. Badannya terasa sakit-sakit. Rasa nak muntah pun ada. Di manakah dia? Dia melihat sekeliling. Yang pasti itu bukan bilik tidurnya. Tiba-tiba Tunku Shafinas masuk dengan wajah ceria dan berseri. Faris hairan. Dia mahu bangun tapi sedar bahawa dia tidak memakai baju. Hanya memakai seluar sahaja. Dia hairan. Sejak bila pula dia membuka baju. Faris duduk. Masih kehairanan. Di sebuah meja tulis, baju kemejanya terlipat kemas.

     “ Finas, err…kenapa I di sini.”Tanyanya. Tunku Shafinas senyum malu. Teringat peristiwa malam tadi. Mukanya macam merah.

    “ You mabuk semalam. Shahri dan I bawa you ke sini“ jelas wanita itu.

    “ Thanks…err…pukul berapa ni? “ Faris meraup mukanya dan rambutnya yang kusut.

    “ 10.00 pagi” jawab Tunku Shafinas ceria.

    “ Hah!” Faris bingkas bangun. Macamana boleh jadi begini? Dia teringat janjinya untuk main golf bersama Desmond pada pukul 11.00 di sebuah kelab Golf ternama.

    “ I have to go.” Faris mencapai kemejanya dan memakainya. Shafinas perhatikan sahaja Faris. Dia teringat malam tadi.

     " Er Faris…about malam tadi. I tak menyesal pun.” Faris memandang Shafinas hairan. Dia berhenti dari membutangkan bajunya seketika.

     “ Err…what do you mean?” Dia merenung Tunku Shafinas. Gadis itu merasa wajahnya panas tiba-tiba. Bayangan Faris dan dia malam tadi menambah perasaannya yang tak keruan. Mungkin Faris bukan orang pertama tapi Faris yang pertama dia cintai. Setelah malam tadi dia tahu bahawa dia tidak dapat lagi berpisah dengan Faris. Dia seolah terikat.

     “ Takkan you tak ingat? “ Tanya Tunku Shafinas. Suaranya macam sedih. Malam tadi apa yang berlaku sangat bermakna padanya. Dia melahirkan sepenuh cintanya pada Faris tapi jelas Faris tidak ingat.

    “ Finas, please tell me. Apa yang dah jadi? “ Faris cemas. Dia tahu dia mabuk semalam. Adakah dia? Ah! Tak mungkin. Dia meraup wajahnya. Selalunya dia boleh menahan diri dari berbuat sesuatu yang bodoh. Tapi malam tadi dia memang minum lebih dari biasa.

     “ Err…tak ada apa.Tak ada apa Faris. “ balas Tunku Shafinas segera. Faris rasa lega mendengar kata-kata gadis itu.

    “ Kalau you nak kopi I dah siapkan kat dapur.” Ujar Tunku Shafinas mengubah topik. Dia rasa malu sendiri. Jelas Faris tidak ingat. Hatinya rasa kecewa tapi segera ditepis perasaan itu. Biarpun Faris tidak ingat tapi bagi Tunku Shafinas ia kenangan terindah yang dia akan kenang sampai bila-bila. Mungkin satu hari nanti Faris akan ingat semula.

    “ Sorry Finas. I have to go. Ada meeting pagini. See you.” Ujar Faris sedikit tersenyum dan separuh menipu. Kemudian dia berlalu keluar dari apartment tersebut. Tunku Shafinas hanya perhatikan sahaja dengan wajah kecewa bila lelaki itu berlalu.

      “ Where are you? “ Tanya Desmond bila Faris tidak sampai – sampai lagi di padang Golf. Waktu itu Faris baru sahaja keluar dari rumah semula setelah mandi dan bersarapan sedikit. Kepalanya masih bengal tapi lega sedikit setelah menelan juice Kiwi tadi. Mujrlah masa dia sarapan tadi Tok Zauyah tiada. Orang tua itu pagi-pagi lagi selepas subuh sudah sarapan. Dia memang lega banyak kalau orang tua itu tiada. Dahlah malam tadi dia tak pulang ke rumah. Kalau Tok Zauyah tahu habislah dia bersoal jawab pula.

Kereta Audi R8nya baharu sahaja keluar dari perkarangan rumah apabila Desmond menelefon lagi.

On the way” katanya pendek melalui hands freenya. Suaranya sedikit kasar. Kurang sabar pula dia dengan perangai Desmond itu. Macam tak boleh tunggu-tunggu lagi. Macamlah padang Golf itu hendak lari entah ke mana.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku