Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20070

Bacaan






Tuk Zauyah resah bila bertanya pada Pak Amir tadi tentang Layla. Kata Pak Amir Layla cemerlang SPM. Tuk Zauyah gembira tetapi dia risaukan rancangannya nanti. Sudah tentu Layla tidak setuju. Dari cerita Pak Amir, nampak sangat Layla bersungguh mahu melanjutkan pelajaran. Tuk Zauyah risau kalau rancangannya lambat. Dia takut umurnya tidak panjang. Dia masih ingat pesan arwah suaminya supaya memastikan anak cucunya sejahtera. Jadi soleh dan solehah. Harta bukan boleh bawa ke syurga tapi doa anak cucu yang soleh dan solehah berterusan. Dia mahu semuanya jadi baik semula. Dia tahu wanita dikahwini kerana 4 sebab. Pertama kecantikan. Kedua kerana keturunan. Ketiga kerana harta dan terakhir kerana agamanya. Tapi yang terbaik ialah agamanya.

Tuk Zauyah pasti dari tingkah laku Layla, dia jenis perempuan yang keempat. Dia mahu Faris memiliki seorang isteri yang demikian. Terbayang dia kelembutan Layla hari itu. Sedap suaranya mengalun ayat Al-Quran. Betul tajwid dan makhrajnya. Merdu pula suaranya. Orangnya sopan santun dan cerdik pula. Kalau tidak masakan dapat keputusan cemerlang dalam SPMnya. Tapi bagaimana hendak dia mulakan semua ini? Bagaimana hendak dia pinang Layla kalau Layla ada cita-cita untuk belajar bukan berkahwin. Lagipun, budak sekarang bukan mahu kawin segera. Buntu kepala Tok Zauyah. Walau bagaimanapun rancangannya harus diteruskan.

Tok Zauyah harap inilah keputusan yang terbaik. Dia akan pinang Layla dengan segera sebelum gadis itu ambil keputusan untuk ke mana-mana melanjutkan pelajaran. Tok Zauyah angkat gagang telefon. Dia perlu bagitahu Omar hari itu juga. Mereka perlu cepatkan peminangan gadis itu!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku