Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19161

Bacaan






Kedatangan Tok Zauyah satu petang bersama dengan Tan Sri dan beberapa orang wanita ke rumah membawa hajat yang tak dapat Layla terima. Hajat mereka yang gila bagi Layla. Bayangkan mereka meminang dirinya untuk cucu Tok Zauyah yang entah mana satu. Ayah dan ibunya serba salah. Mana tidaknya mereka sudah berjanji untuk membiarkan Layla melanjutkan pelajaran tetapi hendak tolak pinangan Tok Zauyah bukannya mudah. Tok Zauyah dan Tan Sri Omar majikan Pak Amir. Mereka berdua memang disegani oleh ayah dan ibu Layla. Malahan telah banyak berbudi pada mereka.

Bayangkan Tok Zauyah dan Tan Sri ingin berbesan dengan mereka?.Terpinga ibu dan ayahnya. Mana mungkin semua ini boleh berlaku. Seorang hartawan ingin berbesan dengan orang miskin seperti mereka. Dan yang mereka nak pinang Layla pula bukannya Nura. Entah apa kelebihan Layla. Kalau Nura mungkin logik juga sebab dalam pengajian. Setahun dua lagi Kak Nura akan habis belajar sedangkan Layla baru sahaja ingin memulakan pengajiannya. Belum apa-apa telah dipinang orang. Kemudian terus nikah pulak. Bukannya bertunang dan tangguh sementara sehingga habis belajar macam yang selalu dibuat orang.

Tok Zauyah pula macam mendesak mahu cepat. Pak Amir faham sungguh dengan Tok Zauyah yang akan terus mendesak selagi tak tercapai hajatnya.

    “ Saya ni dah tak lama. Ingin sangat tengok cucu saya disatukan dengan Layla. Harapan saya janganlah ditolak. Saya suka sangat dan berkenan pada Layla. Harap Layla serta Amir dan Mah tak kecewakan kami semua ni ye?” ujar Tok Zauyah memujuk dengan suara yang sayu. Nampak macam ada harapan menggunung dari Tok Zauyah. Pak Amir serba salah. Ibu Layla macam tidak percaya apa yang Tok Zauyah katakan.

      “ Saya bukan apa Datin. Layla baru dapat keputusan yang bagus. Saya dah janji nak izinkan dia pergi belajar lagi. Kalau saya kahwinkan dia habislah peluang dia. Datin pun tahu keputusan dia cemerlang. Saya lebih suka dia belajar dulu. ” Terang ibu Layla pada wanita itu.

    “ Mah, itu tiada masalah. Kalau Layla mahu belajar biar kami saja yang berikan dia biasiswa tapi biarlah kita satukan dulu budak-budakni. Nanti selepas kawin bolehlah Layla sambung belajar. Kami akan minta suaminya izinkan dia belajar. Jadi kalau pasal nak belajarni saya rasa semua tu tak ada masalah. Kami pun suka kalau dia belajar lagi.” Ujar Tok Zauyah Ibu Layla terdiam. Tapi mahukah Layla bersetuju?

    “ Betultu Mah dan Amir. Biar kami saja yang tanggung pengajian dia tu.Selalu kami bagi biasiswa pada pelajar-pelajar cemerlang. Tapi kalau boleh bagi pada menantu lagilah bagus.” sela Tan Sri Omar pula sambil ketawa kecil. Pak Amir dan Mak Mah berpandangan. Bukannya senang untuk dapatkan biasiswa zaman sekarang sebab yang mendapat ‘straight’ A pun sudah beribu-ribu. Nampaknya tiada alasan lagi yang boleh mereka berikan. 

Pak Amir pula dah banyak terhutang budi pada mereka kerana mengambilnya bekerja di kala kegawatan ekonomi itu. Bahkan Tan Sri Omar menawarkan juga peluang untuk Pak Amir berniaga. Katanya tak perlulah Pak Amir jadi pemandu lagi. Dia akan bagi modal pada Pak Amir untuk uruskan restoran kerana dia tahu Mak Mah selalu menjual nasi lemak secara sambilan. Pak Amir dan Mak Mah jadi tambah serba salah. Takut pula nanti orang kata mereka menjual anak. Tapi modal perniagaan bukannya senang untuk dapat.


 Pelbagai alasan diberikan tetapi Tok Zauyah dan Tan Sri Omar ada sahaja jawapan mereka sehingga Pak Amir dan Mak Mah sudah kehilangan alasan untuk mengatakan tidak. Akhirnya mereka berdua terpaksa setuju. Cincin berlian entah berapa karat bertukar tangan. Tok Zauyah terus tetapkan masa pernikahan dua minggu lagi.

Dua minggu lagi tarikh pernikahannya?. Layla yang mendengarkan semua itu dari ibu dan bapanya menjerit kehampaan. Layla tanya ayahnya apa salahnya. Layla ingatkan ayahnya kepada janji ibu. Layla cuba beri alasan yang logik pada ayah kenapa dia tidak boleh kawin seawal itu. Pak Amir berkata dia tak boleh buat apa-apa dalam hal itu. Layla rayu ibunya pula. Ibunyapun tidak boleh membantunya. Layla hampa. Kalau dia ada di situ pasti dia sudah membantah. Kebetulan dia ke rumah Asha bersama adik-adiknya yang kecil. Balik-balik saja dia nampak kelibat beberapa kereta meninggalkan perkarangan rumah mereka. 

Layla terasa sungguh jauh hati. Ayah tanpa berbincang dengannya terus menerima sahaja peminangan tersebut. Ayahnya, satu-satunya orang yang memahami Layla pun telah setuju memberikan Layla pada keluarga itu. Macam ayahnya tidak kasihan pada nya, pada nasib Layla yang diperjudikannya. Mengapakah ayahnya percaya sangat yang dia akan diberi peluang pada untuk belajar walaupun sudah menjadi isteri? . Mungkin itu hanya janji-janji manis untuk memastikan perkahwinan itu berlaku. Satu lagi persoalan,bagaimana harus Layla belajar kalau Layla sudah jadi isteri orang?. Isteri? Ah janggalnya perkataan itu. Sej anggal bila tahu bahawa dia akan jadi isteri kepada orang yang dia tidak kenal langsung. Entah siapa nama bakal suaminya?. Entah yang mana satu?. Anak sulungnya yang sombong itu atau anak kedua Tan Sri Omar yang Layla yang tidak pernah jumpa?. Gilanya semua ini. Bayangkan dalam zaman moden seperti ini masih lagi ada kahwin paksa!.

Pak Amir kata pada Layla dia sudah fikir masak-masak. Dia pasti Layla akan bahagia. Oh ayah. Mana ayah tahu? Memang mahligai itu cantik. Semua ada tapi cukupkah kasih sayang di dalamnya? Sedangkan Tok Zauyah pun tak bahagia apatah lagi Layla. Tambahan pula Layla akan kawin dengan orang yang Layla tidak kenal. Baikkah dia? Serasikah mereka? Yang penting boleh kah dia terima Layla dan Layla terima dia? Soal hati bukan boleh dipaksa, bisik hati Layla lirih sambil air matanya mengalir lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku