Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18654

Bacaan






Berhari-hari Layla menangis sehingga matanya bengkak. Dia benar-benar hampa dengan tindakan Pak Amir dan Mak Mah. Layla beritahu abang Zarif. Abang Zarif berjanji akan cuba  pulang dari UK. Dia akan selesaikan masalah ini. Dia kata ayah tidak rasional mengahwinkan Layla. Layla masih mentah. Ayah macam memperjudikan nasib Layla di tangan mereka. Kak Nura apatah lagi. Dia juga menyokong abang Zarif. Mereka berdua cuba berbincang dengan ayah. Tapi hampa kerana Pak Amir tetap dengan keputusannya.

Beberapa hari selepas itu Kak Nura balik mengejut dari USM. Dia pujuk ibu dan ayah supaya menarik semula persetujuan mereka dengan Tok Zauyah. Tapi ayah kata dia bukan orang macam itu. Hati berbolak-balik. Bila dia buat keputusan dia tidak akan tarik balik. Lagipun dia kata Layla bertuah sebab keluarga Tok Zauyah keluarga kaya. Kalau Layla tak belajar pun pasti hidup Layla akan senang. Oh, ayah. Harta tak dapat beli kebahagiaan!. getus hati Layla.

Kak Nura peluk Layla dan suruh supaya Layla bersabar. Tiada apa yang dapat dia lakukan yang boleh mengubah pendirian ayahnya. Pada waktu itu geram betul Layla pada ayahnya. Ibu pula hanya diam. Ibu sebenarnya menyesal dan rasa bersalah kerana kata-katanya dulu. Seolah-olah kata-katanya menjadi kenyataan pula. Masin sungguh mulutnya sehingga Layla benar-benar akan kahwin selepas SPM.

Abang Zarif pula tidak dapat pulang. Bukannya murah tiket penerbangan dari UK. Dia pula ada peperiksaan akhir semester. Dia juga sedih tapi Layla rasa kalau dia pulangpun ayahnya tidak akan berganjak dari keputusannya. Berkecailah harapan dan cita-cita Layla untuk bergelar seorang mahasiswa. Seminggu dia tidak keluar rumah. Hilang selera makan dan berendam air mata.

Layla beritahu Asha nasib malang yang menimpa dirinya itu. Asha turut bersimpati. Jodoh Layla datang terlalu cepat sedangkan dia tidak pernah berangan untuk kahwin cepat.  Layla lebih suka mempunyai karier yang mantap sebelum berkawin kerana ingin membantu keluarganya. Dia tidak mahu jadi sekadar suri rumah yang menantikan duit suami. Dia punya cita-cita untuk menjadi seorang ahli kimia membuat penyelidikan tentang bahan makanan dan minyak wangi. Dari pemerhatiannya bidang itulah orang Malaysia masih ketinggalan. Tapi sekarang, angan-angan itu akan tinggal angan-angan sahaja. Layla benar-benar hampa.

   “ Anak Tan Sri yang mana satu Layla? “ Tanya Asha pada Layla bila mereka sama-sama duduk di atas batas ban berdekatan dengan taliair yang penuh dengan air hujan semalam.

    “Sebenarnya aku pun tak pasti Asha. Ayah aku kata anak Tan Sri yang sulung tapi tak tahu pulak namanya”. Sebenarnya Layla mahu menyambung bahawa Layla hanya ingat wajah biadapnya lelaki itu tapi tak terkeluar pulak kata-kata itu dari bibirnya. Bencinya Layla bila teringat insiden lelaki itu menolak Layla tempohari dan tambah-tambah benci lagi sekiranya dialah bakal suaminya dan sekarang ada hati berkahwin dengan dia pula. Tak malu!

   “ Berat ni. Nak kawin dengan sapa pun kau tak tahu. Tak pernah aku dengar macamni. Macam kena matchmaking buta je. Apa jadi kalau bila masing-masing jumpa masing-masing tak berkenan? Tak parah ke nanti? Hish, ngeri“ ujar Asha mengangkat bahunya.

   “ Itulah aku cakap Asha. Semua ni gila. Entah apa diorang nak dari aku ni. Kau tahulah aku ni bukannya lawa sangat. Tak ada personality macam Kak Nura. Kalau Kak Nura okay juga. Ini, they all mahu Layla yang masak nasi selalu hangit ni. Tak ke pelik?” balasnya. Asha sedikit ketawa.

   “ Itu aku tak setuju.Sebenarnya kau lagi cantik dari Kak Nura tau. Kak Nura tu kurus sangat. Kau tu tembam. Lagi seksi kau tahu!” Asha ketawa mengekek. Layla menolak Asha. Apa yang Asha merepekni? Seksi? Layla memang sedikit berisi tapi seksi memanglah jauh sekali. Layla meraup muka. Tudung yang sedikit senget lalu dibetulkannya. Kemudian Layla memeluk lututnya.

   “ Apa aku nak buat ni Asha? Aku rasa macam nak lari saja tapi tak sanggup pulak nak hampakan dan malukan mak dan ayah aku.”. Air mata nya tumpah lagi.

   “ Yelah tak kan kau nak buat macamtu. Jadi anak derhaka pulak. Sabar Layla. Mesti ada hikmahnya. Mungkin kau tak nampak sekarang. Tapi manalah tahu dia tu memang jodoh kau yang sesuai. Mana tahu dia handsome, baik dan soleh.?” Asha cuba menyedapkan hatinya tapi Layla rasa rakannya itu pun tak pasti dengan apa yang dia katakan itu. Berkata memanglah senang tapi yang menanggungnya hanya dia seorang. Tapi adakah ibubapanya fikirkan tentang itu semua? Air mata Layla terasa mahu menitis lagi!.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku