Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17980

Bacaan






     “ Dua minggu??!!” Faris terjerit. Tok Zauyah memang gila.Ayahnya lagi gila kerana setuju. Sangkanya lama lagi tapi nampak gaya Tok Zauyah macam mahu cepat.Sudahlah begitu anak Pak Amir pula. Apa? Tak ada orang lainkah? Anak pemandu? Ayahnya pula macam dah tak hirau standard. Adakah patut dia akan kawin dengan anak pemandu? Dan entah mana satu pulak tu. Dia tahu Pak Amir ada dua anak perempuan.Tapi yang mana satu? Yang dia tolak hari itu kah? Atau yang sedang belajar? Tapi dua-dua pun dia tidak mahu. Sudah tentu tidak sesuai dengannya.Gila, gila gila. Faris mundar mandir. Dia bengang, geram semua ada. Dia mahu herdik Tok Zauyah tapi dia sedar Tok Zauyah ada sakit jantung.Nanti kalau dia melebih, ke hospital pulak orang tua itu.

     “ Saya tak setuju ayah. Cepat sangat bagi saya.” Faris cuba memujuk ayahnya.

      “ Ayah rasa Faris kena bincang dengan Tok. Dia yang tetapkan semua ini. Ayah pasti Tok ada sebab tertentu. Ayah percaya dengan apa yang Tok buat ni“ Aduhai betapa lemahnya ayahnya. Masih lagi mengikut telunjuk neneknya dalam hal sebegini. Tok Zauyah yang memang sudah sedia dominan dalam semua hal.

     “ Ayah memang tak sayang Faris. Ayah dan Tok nak perangkap Faris dalam perkawinan macam ini. Dah sah lah Faris tak cinta perempuan itu. Perempuan tu pun mungkin tak cinta Faris juga. Bukankah macam menyiksa kami berdua nanti ayah? Ayah mahu kami tersiksa hanyalah untuk idealism tok tu? Ayah kena bantah semua ini. Tok is not being rational ayah!” Tan Sri Omar melepaskan keluhan. Dalam hal begini serba salah juga dia. Yang seorang anak dan yang seorang lagi ibunya.

     “ Faris, cinta dan kasih sayang boleh disemai kemudian selepas berkahwin. Percayalah. Orang dulu-dulu ramai yang macamtu. Hidup mereka bahagia aje. Bahkan ada yang bercinta sampai bertahun-tahun tapi bila kahwin sekejap sahaja dah cerai. Kenal dan cinta sebelum kahwin tak menjamin seeorang itu bahagia, Faris.”

     “ Zaman dah berubah ayah. Mana ada orang kawin macamni lagi. Faris memang tak boleh terima. Ayah cubalah pujuk Tok tu”

     “ Terima ajelah Faris. Lagipun masa tok sakit tu Faris dah janji dengan dia kan.”

     “ Tapi ayah, tolonglah Faris. Pujuklah tok tu. Dia kadang-kadang dengar juga cakap ayah.”

    “ Faris, terima sajalah. Nama gadis itu Layla. Ayah tengok dia tak ada kurang apa-apapun. Lama-lama nanti Faris pun akan sukakan dia juga.”Faris mendengus.

     “ Saya tak kisah apa pun namanya ayah. Saya tak mahu sebuah perkahwinan begini. Kalau boleh saya nak berkahwin bila saya dah jumpa gadis yang sesuai. Yang saya cintai dan akan jadi soulmate saya. Bukan macamni. Saya tak pasti masa boleh menyebabkan saya suka padanya. Saya bukan jenis macam tu. Saya tahu orang bagaimana yang sesuai untuk saya jadikan isteri saya. ”

     “ Yelah macam perempuan kacukan yahudi tu? “ Faris terkejut dengan sindiran ayahnya itu.

      “Faris tak sangka ayah begitu ketinggalan zaman. Terlalu racist. Macam Tok juga!” ujar Faris geram dan suaranya mula naik.

    “ Faris! Jaga mulut kamu. Jangan nak kurang ajar pada ayah ye.” Omar memberi amaran pada anak bujangnya itu.

    “ Sudahlah ayah!” Faris berlalu dengan marah. Semua orang sudah gila dalam rumah itu, dengusnya. Kalau ayahnya tidak mahu membantu dia akan selesaikan sendiri dengan caranya!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku