Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20057

Bacaan






Tiada apa yang dapat Layla lakukan lagi. Faris tidak dapat menarik balik pinangan kerana neneknya. Dia pula tidak boleh menolak kerana ayah. Mereka berdua nampaknya tersepit dalam perkahwinan yang bakal berlaku itu. Seminggu lagi bakal perkahwinannya menjelang. Ayah dan ibu sibuk ke sana ke sini meyiapkan kenduri yang bakal berlangsung. Kata ibu dia hanya mahu buat ala kadar tapi Tok Zauyah ingin buat besar-besaran sebab cucu pertama, menantu Tan Sri yang pertama. Layla seolah tak berminat. Semua terasa hambar tapi apa yang boleh dia lakukan. Dia hanya jadi penurut sahaja tanpa ada perasaan. Sejak rombongan Tan Sri datang heboh kampungnya itu. Ada macam-macam cerita yang didengar. Sebenarnya Kak Nura yang dipinang tapi ayah bagi Layla sebab Kak Nura masih dalam pengajian. Ada juga yang mengatakan Pak Amir macam jual anak. Kesian ibubapanya.

Dengarnya dua ekor lembu akan tumbang. Itupun sebelah pengantin lelaki yang biayai. Ibunya ada juga membawanya membeli barang hantaran. Layla terima saja apa yang ibu tunjukkan. Lagipun dia bukan kenal Faris. Layla bukan tahu apa yang dia suka dan tidak suka. Bahkan Layla tidak peduli samada bakal suaminya suka atau tidak. Ibunya semacam faham. Dia tidak memaksa Layla untuk turut terlibat sangat. Dia faham perasaan Layla.

Asha ada juga datang bersembang dengannya. Ada juga dia cerita tentang Asyraf yang jelas begitu kecewa dengan khabar Layla akan berkawin. Patutlah sejak berita Layla akan berkawin tersebar, Asyraf tak pernah langsung menelefon ke rumah. Dalam facebook pun tidak menegur Layla. Jauh hati agaknya. Dia yang mengejarnya dengan sabar sejak di tingkatan empat tapi orang lain pula yang dapat.

**********************************************************************************************************

    “ Siapa nama bakal isteri you Faris?” Tanya Tunku Shafinas sedikit kelat sewaktu mereka makan tengahari satu hari. Adalah dalam seminggu sebelum perkahwinannya berlangsung. Waktu itu mereka baru saja habis bermain tennis bersama. Tunku Shahri pun ada. Tunku Shafinas rasa kecewa tapi dia diamkan.

     “ Layla. Nama dia Layla.” Jawab Faris acuh tak acuh. Dia baharu sahaja berjumpa gadis itu minggu lepas. Gadis bermata galak itu yang menggundahkan hidupnya kini.

    “ Someone we know?. Anak siapa Faris? “ Tanya Tunku Shahri pula.

    “ Err boleh tak jangan cerita benda ni. Pening kepala I. Kalau tak kerana nenek I tu I tak mau kawin dengan budak Layla ni. Tahu tak? Anak orang kampung mana entah. My granny kata itulah wanita Melayu terakhir. She’s so insane!” Tunku Shahri berpandangan dengan adiknya. Tunku Shafinas hanya mengangkat kening. Sebenarnya kecewa juga dia bila mendengarkan Faris akan berkahwin seminggu lagi. Faris yang telah lama dia puja akan berkahwin dengan orang lain tapi bila Faris memberitahu bahawa dia sebenarnya dipaksa berkahwin, Tunku Shafinas tahu dia masih ada harapan. Dan jelas pula Faris tidak suka bakal isterinya. Faris memberitahu mereka dia akan berkahwin sementara sahaja selagi Tok Zauyah ada. Dan hanya akan berkahwin atas nama sebab dia tidak sukakan gadis itu yang bernama Layla. Kalau Tok Zauyah sudah tiada dia akan ceraikan wanita itu secepat mungkin. Lega hati Tunku Shafinas.  Shafinas juga hairan kenapa Tok Zauyah berkenan sangat dengan Layla yang pasti bukan keturunan ternama. Faris tidak memberitahu siapa Layla. Cuma mengatakan dia saudara sebelah bapanya yang tinggal di kampung dan Tok Zauyah yang pinangkan untuk Faris tanpa persetujuan Faris. Sesungguhnya Shafinas tidak sabar berjumpa dengan Layla. Hendak melihat samada dia perlu bersaing dengan perempuan itu dalam merebut cinta Faris nanti atau tidak.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku