Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(18 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
24061

Bacaan






Faris tidak sanggup lagi bersandiwara. Letih betul dia. Dia lega apabila ibubapa mertuanya memintanya berehat sahaja di dalam bilik bersama Layla. Dia sungguh penat. Bukan saja kerana majlis perkahwinannya itu tapi juga semua kepura-puraan itu. Yang paling dia penat ialah bergambar dengan Layla. Memeluk isterinya seperti orang dilamun cinta sedangkan pada hakikatnya dia dan Layla hanyalah berpura-pura. Dia juga dapat merasa penolakan Layla terhadapnya bila tubuhnya di peluk sewaktu sessi bergambar. Keras dan dingin sahaja. Ada masa dia juga dipeluk. Teruja juga dia dengan pelukan wanita itu. Terasa tubuhnya yang hangat dan lembut. Bergetar jiwa tapi mengingatkan perkawinan itu yang bukan atas dasar cinta menyebabkan perasaan itu padam macam disimbah air dingin dari kutub selatan.

Dia lihat Tok Zauyahlah paling gembira. Tak putus-putus bibirnya menyebut kecantikan Layla dan kelembutan Layla. Bahawa Faris bertuah memiliki Layla dan macam-macam lagi sejak dia bernikah semalam. Tok Zauyah seolah cuba ‘mencuci’ otaknya supaya rela menerima isteri yang dia pilihkan. Tapi itu semua tidak akan berlaku kerana Faris telah berjanji pada dirinya untuk tidak jatuh cinta atau menerima Layla. Memang Layla akan jadi isterinya tapi sekiranya dia berjumpa orang yang dia cintai nanti dia akan berkahwin seorang lagi. Dia tahu kalau dia ceraikan Layla, Tok Zauyah dan bapanya akan halau dia dari rumah. Sudah tentu keistimewaannya hilang. Jadi, itulah yang dia akan lakukan nanti. Senyap-senyap kalau terpaksa. Dia pasti Layla bukan orang yang ditakdirkan menerima cintanya. Dia menunggu wanita soul matenya. Tapi wanita itu dia pasti bukan Layla. Bukan budak kecik itu yang tidak tahu bergaya langsung!

Dan bila dia di suruh ke bilik malam itu, Faris terasa rimas kerana Layla disuruh turut berehat juga. Kalau boleh dia tidak mahu bersendirian dengan gadis itu. Terutamanya di dalam bilik kerana gadis itu mengingatkan dia pada belenggu perkahwinan itu. Perkahwinan yang dibencinya. Menyebabkan dia juga benci pada gadis itu. Semuanya terasa begitu jelek sekali.

Sebenarnya Layla tak mahu masukpun tapi sangka Mak Mah, Layla dan Faris malu-malu lagi seperti pasangan lain yang baru berkahwin. Tambahan pula perkawinan mereka diatur keluarga. Jadi kedua-duanya dipaksa masuk berdua. Akhirnya untuk tidak jadi isu pula mereka berdua masuk ke dalam bilik pengantin yang dihias indah itu. Layla terasa kekok lalu duduk dibirai katil mengadap meja solek. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ini memang dari dulu biliknya tapi pada malam itu biliknya terasa asing benar. Kekok dalam bilik sendiri kerana lelaki itu ada di situ. Terasa seperti privasinya telah diceroboh oleh orang asing itu.

Faris mengibas-ngibas wajahnya. Panas sungguh dia rasakan di situ lantas menekan punat kipas angin selaju mungkin. Kalau ikutkan hatinya malam itu juga dia mahu pulang ke rumahnya. Tak sanggup dia bermalam di situ. Tadipun masa Tok Zauyah dan bapanya bersalaman dengan Pak Amir dan Mak Mah untuk pulang dia ingin ikut sama tapi Tok Zauyah bisik padanya suruh tinggal di situ sehingga kenduri sebelahnya minggu depan. Faris bagi alasan tak bawa baju tapi rupa-rupanya Mak Neng dah siapkan semuanya atas arahan Tok Zauyah. Liciknya orang tua itu. Jadi dia tidak alasan apa-apa lagi terpaksa berada di rumah itu malam itu dengan gadis itu yang entah siapa-siapa. Huh geramnya dia. Dia mengerling pada gadis itu yang duduk sopan dan diam di birai katil. Sopan macam perempuan melayu terakhirlah tu konon! Meluat dia melihatnya!

Faris masih berdiri tapi telahpun membuka baju luar pakaian pengantinnya. Tak sanggup lagi dia menahan kepanasan menyebabkan dia tidak segan silu lagi membuka bajunya. Bajunya tadi disangkut pada satu penyangkut baju berdekatan almari. Tanjak yang dipakai sejak tadi diletakkannya di atas meja solek. Dia mengeluarkan kemeja dari begnya. Dia membelakangkan Layla. Membuka baju pengantinnya dan kemudian menyarung kemeja. Terdedah separuh tubuhnya yang sasa menyebabkan Layla rasa malu. Dia membuka seluarnya pula. Oh tidak! Layla tak sanggup lihat lagi. Cepat-cepat Layla berpaling. Wajahnya merah. Ada senyuman sinis di bibir lelaki berbadan sasa itu yang hanya berseluar boxer dan T-Shirt putih tidak berkolar. Malu konon! Kemudian dia mengeluarkan sepasang seluar dan sehelai towel dari begnya dan keluar semula untuk mandi agaknya.

Melihatkan Faris tiada, barulah Layla menanggalkan tiara dan tudungnya. Dia juga terasa begitu panas tapi malu untuk berbuat demikian. Kemudian dia menyalin kepada pakaian tidur jenis kain kapas. Rambutnya yang panjang dilepaskan seketika sebelum diikat satu. Dia bercadang untuk ke bilik air selepas Faris kembali. Letih sungguh dia hari itu dan badannya terasa sungguh melekit setelah seharian memakai baju pengantin yang dibuat dari kain lace itu. Faris kembali dengan tuala di sandang di bahu dan rambut yang basah. Dia telah siap memakai T-Shirt putih tidak berkolar dan seluar tiga suku. Dia kemudian rebah di atas katil bersetentang dengan Layla sambil mengeluh. Bosan betul dia. Tadi semasa hendak ke bilik air beberapa orang makcik mengusik dan menyindir-nyindirnya tentang malam pertama. Dahlah bilik air diluar, sedikit gelap dan banyak nyamuk pula. Kalau boleh dia nak lari balik malam itu juga.

    “ Awak, saya pergi mandi dulu ye. “ kata Layla seolah minta izin. Yelah, lelaki itu sudah jadi suaminya yang sah. Sekarang sudah wajib baginya melayan lelaki itu sebaik-baiknya walapun hatinya tidak berapa ikhlas.

    “ Huh, tak tanya pun. You do whatever you want to do, nak mandi ke nak lari ke, the hell I care!” balas Faris dengan kasar. Tersentak Layla. Amboi, kasarnya! Speaking pulak tu!. Huh! Buat rugi saja tanya baik-baik pada mamat itu! Layla tarik muka masam lalu keluar dengan tuala menutup kepala. Memanglah dia tidak boleh berbaik dengan lelaki itu.

Sekembalinya dia dari mandi dia melihat Faris yang terbaring di katil merenung bosan ke skrin Iphonenya, mungkin sedang membaca status facebook agaknya. Layla duduk di bangku depan cermin menyikat rambutnya. Faris yang melihat itu merenung dengan menyampah. Huh!

    “ Tak payahlah nak sikat-sikat rambut tu buat muka menggoda. Tak tergoda pun!” sindir Faris membuat Layla panas hati. Kurang ajar! Ya Allah, perasannya lelaki itu. Sedikit pun dia tidak berniat untuk menggoda lelaki itu dengan menyikat rambut.

    “ Eh, apa masalah awak ni? “ tanya Layla mula kurang sabar. Terasa macam mahu dilontarnya sahaja sikat di tangan. Biar benjol kepala lelaki itu.

    “ Masalah saya? Masalah saya awak tanya? “ Faris telahpun bangun berdiri berdekatan Layla sehinggakan dia terdongak. Layla terkedu. Kenapa emo pula lelaki itu padanya.

   “ Masalah saya tu awak! Awak jangan ingat pada malam pertama ni saya akan tergoda dengan awak ye. Janganlah nak buat muka syahdu perempuan melayu terakhir pada saya sebab saya meluat. Awak faham tak?” Layla terdiam. Hatinya terguris dalam.

    “ Saya faham siapa saya. Saya tak layak dengan awak.” Ujar Layla jauh hati.

    “ Hah, tahupun. Jadi janganlah nak cuba apa-apa sebab awak tu bukan taste saya. Kalau tak ada Tok Zauyah tu jangan haraplah awak ada kat sebelah saya ni sekarang.” Layla hanya diam lalu meletakkan sikat dari tangannya.

    “ Saya nak tidur atas katil ni. Awak boleh tidur bawah. Jangan nak cuba-cuba baring sebelah saya. Ingat tu” Arah Faris selamba. Ya Allah perasannya lelaki itu. Dia ingat dia hero Malaya yang aku hadap sangat nak tidur sebelah! Jauh panggang dari api. Desis hati Layla. Hati perempuan Layla terusik juga sedikit sebanyak. Terasa macam tidak berharga. Layla ambil bantal dan selimut lebih dari almarinya kemudian rebahkan diri di atas lantai bersetentang dengan katil.

    “Oh ya, saya nak awak tahu bahawa perkahwinan ini hanya atas nama. Saya tak cintakan awak dan awak tak cintakan saya. Terus terang saya kata saya hanya ikut kata nenek saya. Kalau nenek saya tak paksa saya terima awak perkahwinan ini tidak akan beraku. Jadi awak jangan harap yang kita akan jadi suami isteri yang sebenar.”

    “ Saya faham.” Jawab Layla pendek.

    “ Bagus kalau begitu. Lagi satu, jangan expect apa-apa dari saya seperti seorang suami. Janganlah nak harap saya ingat birthday awak ke, romantik dengan awak ke, layan awak dengan baik ke atau apa-apa. Dan katakanlah kalau saya jumpa wanita yang saya cintai saya harap awak jangan cemburu atau marah kalau saya bercinta dengannya atau kawin satu lagi. Awak hanya isteri atas nama sahaja. Awak tak ada hak untuk melarang saya mempunyai wanita lain. Semasa bersama keluarga awak dan keluarga saya, awak akan berlakon seperti isteri saya. Tapi bila kita berada sesama kita contoh seperti dalam bilik ini awak bukan isteri saya. Ingat tu. ” ujarnya panjang lebar dengan nada sombong sekali.

Layla hanya diam. Dia tiada air mata untuk dititiskan lagi untuk kata-kata perit itu. Tidak berbaloipun. Air matanya sudah banyak tumpah bermula dari saat dia tahu dia akan bernikah dengan Faris. Dia masih ada harga diri. Tidak perlu mengalirkan air mata kecewa atas penolakan itu. Semua dia telah jangkakan dan dia juga tidak mahu terlibat dengan lelaki itu. Dia tahu waktu Faris jumpa dengannya dulu dia tahu lelaki itu seperti dia juga, tersepit antara keluarga dan kehendak sendiri. Walaupun nampak kejam kata-kata lelaki itu tapi Layla lega. Sekurang-kurangnya dia hanya terikat atas nama sahaja. Walaupun mungkin pedih untuk seorang wanita yang baru berkahwin seperti dia tapi dia bersyukur dia masih ada harapan untuk mengejar cita-citanya. Layla menghela nafas seketika sambil berfikir. Dia mahu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Kalau Faris boleh berikan syarat seperti itu diapun patut berikan syarat untuk dirinya pula.

    “ Baiklah saya setuju dengan semua syarat awak tu. Kalau macam tu saya hanya nak minta satu sahaja. “ ujar Layla.

    “ Ha cakaplah!”

    “ Saya nak lanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya rasa awakpun suka kalau saya tiada mengadap awak nanti. Saya akan pergi belajar dan awak tak perlu kisahkan saya. Dan kalau satu hari nanti awak mahu lepaskan saya, awak lepaskanlah sebab macam awak kata awak tak cintakan saya dan saya pun tidak cintakan awak. Jika awak tolong saya untuk kejar cita-cita saya, saya tak akan kacau awak sepanjang hidup awak. Awak bebas untuk bercinta dengan orang lain bila-bila awak mahu ataupun berkahwin dengan sesiapa sahaja. Jadi saya rasa kita sama-sama faham apa yang kita mahukan dari perkahwinan ini. Perkahwinan ini macam awak cakap hanya pada nama. Saya pun tak akan expect apa-apa dari awak dan saya harap awak juga begitu. Jangan expect apa-apa dari saya. Jangan harap apa-apa dari saya sebab macam awak kata saya bukan isteri awak. Saya akan jadi isteri bila bersama keluarga awak dan keluarga saya. Tapi waktu lain saya bukan isteri awak.” ujar Layla.

Faris terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Boleh tahan juga gadis itu memberikan syaratnya. Syarat gadis itu mudah sahaja bagi Faris malahan menguntungkan dia. Kalau Layla pergi belajar ke luar negara dia akan bebas buat apa sahaja seperti waktu dia bujang dahulu. Dia tidak akan terikat untuk sentiasa bersandiwara di depan keluarganya. Mereka juga akan tinggal berasingan untuk masa yang agak lama. Ada alasan untuk mereka tidak berjumpa dan kemudian membuat haluan masing-masing.

    “ Baiklah. Kita akan buat perjanjian antara kita. Saya akan pengaruhi ayah untuk hantar awak belajar di luar negara nanti. Saya akan tinggal di sini dan biarkan awak belajar ke luar negara. Kemudian saya dengan hidup saya dan awak dengan hidup awak. Awak boleh kejar impian awak dan saya kejar impian saya. Tapi, sementara itu sewaktu di depan mereka kita mesti berlakon supaya mereka sangka kita pasangan bahagia. Saya tak mahu nanti apa yang kita rancangkan ini tidak berjaya. Awak setuju?” Layla yang berada di lantai bangkit mengadap Faris. Dia yang sedih menjadi sedikit ceria. Ceria sebab lelaki itu telah berjanji untuk membantu dia melanjutkan pelajaran.

   “ Saya setuju sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak. Awak jangan risau, saya janji saya tak akan kacau hidup awak nanti kalau awak bantu saya belajar ke luar negara” ujar Layla tersenyum gembira. Tak disangkanya Faris begitu sporting sekali. Dia tidak menjangka ada kebaikan juga dia berkahwin dengan Faris itu! Dengan kegembiraan itu dia tidak perasan sinar mata Faris yang gusar memandangnya. Ego Faris terasa sakit tiba-tiba. Inilah kali pertama seorang perempuan benar-benar tidak mahukan dia! Malahan seronok pula.!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku