Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19280

Bacaan






Faris masih macam dulu. Masih lagi menghabiskan masa selepas waktu kerja bersama-sama rakan-rakannya, Tunku Shahri, Tunku Shafinas dan Desmond. Kadang-kadang di rumah mereka kadang-kadang di kelab ekslusif. Kadang-kadang balik sahaja Faris terus ke gym dan selepas itu entah ke mana tanpa berkata apa-apa. Faris sering memberikan alasan banyak kerja di syarikat apabila dia balik lewat kepada Tok Zauyah. Kebetulan pula syarikat sedang sibuk menyediakan tender jadi Faris guna alasan itu untuk menjauhkan diri dari Layla. Dia jarang pulang ke rumah. Kadang-kadang pulang hanya untuk tukar baju sahaja.

Setelah gambar perkahwinannya terpampang di dada akhbar dan majalah dia tidak berani sangat ke kelab. Takut nanti jadi gossip pula dan mencacatkan reputasi syarikat. Walaupun begitu, dia tidak terasa seperti telah berkahwin.

Hidupnya masih bebas seperti orang bujang. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah. Faris kalau boleh tidak mahu mengadap Layla. Dia bencikan gadis itu. Kalau ikutkan hatinya dia tidak mahu berkongsi bilik dengan gadis itu tapi apa pula kata Tok Zauyah. Oleh kerana itu dia telankan jua. Tapi untuk mengurangkan berjumpa Layla dia selalu balik lewat malam. Kadang-kadang Layla hanya tersedar bila dia bangun pagi untuk solat dan nampak Faris terbaring di katil. Entah bila dia masuk ke dalam bilik Layla pun tidak pasti. Terusik juga hatinya bila menyedari betapa bencinya Faris padanya sehinggakan sering balik lewat begitu untuk mengelak darinya. Namun, Layla segera dia sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan Faris menerimanya. Faris telah pun berterus terang tentang hati dan perasaannya dan dia mesti belajar menerima hakikat itu.

Mereka selalunya berjumpa bila makan malam sahaja. Itupun sekali-sekala dalam seminggu kerana waktu lain Faris sibuk dengan urusannya di luar. Entah urusan kerja atau sosial, Layla tidak pasti. Dia pun tidak mahu bertanya takut-takut mengamuk pula Faris kerana dia telah berjanji untuk tidak mengharapkan apa-apa dan mengganggu hidup Faris.

Pada waktu makan malam sahaja Faris berinteraksi dengannya sedikit mesra. Menarikkan kerusi untuk dia duduk dan menyendukkan nasi dan lauk untuknya. Pada waktu itu keluarlah semua sifat gentlemannnya sehingga Layla hampir keliru bagaimana Faris yang kasar jadi begitu pula seolah-olah lelaki itu mempunyai dua personaliti. Kali pertama Faris buat begitu merah mukanya bila lelaki itu tiba-tiba berkata “ Sayang, awak nak lauk mana satu?” tanyanya selamba. Sewaktu itu Tok Zauyah, Tan Sri dan Wafiq ada bersama. Suasana jadi senyap seketika menyebabkan Layla terasa malu kerana seolah-olah mereka semua memerhatikannya menunggu jawapannya.

“ Err...ikan tu.”. Layla menunjuk kemudian mencapai gelas air longan lantas menghirupnya.

Good choice baby!” balas Faris buat-buat senyum romantik. Hampir tersedak Layla mendengar balasan Faris itu. Kemudian Faris menyudukan ikan ke pinggan Layla. Mujur Layla dapat kawal dirinya cepat. Hah? Tadi sayang dan sekarang baby pulak. Pandainya lelaki itu berlakon bila ramai yang memerhati.

Kemudian sepanjang makan malam itu banyak pula dia bertanya Layla itu dan ini. Contohnya “ hows your day?” “ Buat apa hari ni” dan bermacam-macam lagi. Seolah-olah mereka tiada masalah dan berkelakuan seperti pasangan bahagia yang lain menghadapi hidangan makan malam. Yang paling dia tak boleh terima bila kadang-kadang Faris menyuapkan makanan ke mulutnya. “ Try this baby” ujarnya tiba-tiba menyudukan satu benda pelik ke mulut Layla. Entah jenis keju apa yang kalau dia tak kawal boleh tersembur semula. Rasanya sangat meloyakan lidah melayunya. Tak guna! Mahu saja dia menendang kaki lelaki itu tetapi tidak berani. Akhirnya Layla terpaksa telan juga kerana melihatkan wajah Tok dan Tan Sri yang tersenyum memandangnya. Seronok agaknya tengok Faris dan Layla nampak mesra. Faris di sebelahnya hanya memandangnya dengan pandangan sinis. Nak ketawa pun ada juga dia tengok! Hah! nantilah mamat itu! Gilirannya akan tiba juga satu hari nanti.

Ada satu masa Layla rasa berminggu dia tidak nampak Faris. Rupa-rupanya Faris keluar negara ke London atas urusan perniagaan. Itupun Tan Sri Omar yang memberitahunya. Kata Tan Sri Omar dia yang hantar jadi dia minta maaf daripada Layla kerana memisahkan mereka berdua dalam sebulan dua itu, waktu mereka masih diambang bulan madu katanya. Merah muka Layla mendengar kata-kata Tan Sri itu. Sebenarnya dia rasa lega juga tidak mengadap Faris selalu malahan terasa bebas kalau Faris tiada.

Pada waktu Faris ke London itulah adik Faris bernama Nabila pulang ke mahligai itu untuk cuti semester. Layla waktu itu berada di ruang tamu berbual-bual dengan Tok Zauyah bila gadis tinggi lampai bermata hijau ala model itu sampai. Terlongo dia melihat kecantikan adik Faris itu. Cantik sungguh!

      “ Siapa ni Tok? “ tanya Nabilah menunjuk ke arah Layla. Tadi masa dia sampai dia ingat orang gaji baru tapi Tok Zauyah melayannya begitu mesra sekali menyebabkan dia sangsi.

     “ Mari Tok kenalkan. Inilah Layla, isteri Faris.” Nabila kelihatan terkejut.

     “ Hah?” Dia memandang Layla yang berbaju kurung kain cotton atas bawah. Sejak bila pulak abangnya berubah “taste”? Layla menyuakan tangan untuk bersalam tapi tidak disambut oleh Nabila. Dia jelas terkejut dan hairan melihat Layla.

     “ Are you sure Tok? This is hillarious indeed. Sejak bila my brother berubah sampai nak settle down, Tok? You know him. Dia kan player. Unbelievable!”

     “ Hmm...people can changeNabila. I hope you can change too. At least kalau balik Malaysia tu biarlah pakai sopan sikit.” Perli Tok Zauyah. Tidak berkenan dengan skirt pendek dan baju tanpa lengan yang dipakai oleh cucunya itu.

       “ What? Macam dia ni?” Dia mengunjuk jarinya dengan kuku berwarna ungu ke arah Layla.

     “No way Tok! Too conventional for me. Macam orang kampung. Dahlah Tok saya penat ni. Esok-esok sajalah kita discuss. Huh! Nice to see you!” Dia mencebik pada Layla dan berlalu ke ruang atas.

Layla cuba juga untuk berbaik dengan Nabila selepas itu tapi setiap kali dia mencuba penerimaan Nabila memang dingin terhadapnya. Layla sedar siapa dia. Mungkin Nabila tak mahu berbual dengannya sebab dia tak setaraf. Kadang-kadang Layla saja menegur tetapi Nabila hanya buat tidak tahu dengan wajah sombong. Banyak kali pertanyaan dan sapaan Layla tidak bersambut. Disebabkan itu Layla mula membiarkan sahaja. Tak mahu memalukan diri sendiri lagi. Adik Faris, Wafiq pun begitu juga. Dia terserempak dengan Wafiq sewaktu majlis di hotel itu lagi. Wafiq lebih rendah dari Faris dan pendiam.

Adik beradik Faris memang dikurniakan kelebihan dari segi rupa. Cuma antara Faris dan Wafiq, Faris lebih ‘outstanding’. Bila Tok Zauyah perkenalkan mereka, Wafiq hanya tersenyum nipis seperti tidak ikhlas. Di waktu lain kadang-kadang dia perasan Wafiq memerhatikannya seolah-olah tidak sukakan dia. Sebagai seseorang yang terpaksa mengikut suami dan tinggal dengan keluarga mentua terusik juga hatinya bila tidak berapa diterima oleh ahli keluarga sebelah suami. Sudahlah Faris begitu. Adik beradiknya pun sama. Mujurlah Tok Zauyah dan Tan Sri mesra dengannya. Terubat juga hatinya dengan kemesraan mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku