Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19669

Bacaan






Pukul 5 bayang Faris tidak kelihatan. Di tangan Layla sudah ada plastic MPH berisi buku-buku novel. Dia siap-siap membeli dan terus bayar supaya tidak lambat, takut-takut Faris mengamuk pula kalau dia lambat sangat. Tercangak-cangak dia menanti Faris. Naik pening melihat semua wajah yang lalu di situ kalau-kalau Faris yang muncul. Tapi sebenarnya dengan ketinggian hampir 6 kaki bukan susah sangat untuk perasan kedatangan lelaki itu. Dahlah tadi lelaki itu sudah bagi amaran supaya dia tidak ke mana-mana. Jadi dia terpaksa duduk saja di situ menurut arahan suaminya itu. Dari berdiri dia sekarang sudah duduk di salah sebuah bangku di hadapan MPH tersebut. Dia menunggu bosan hanya memerhatikan orang-orang yang lalu lalang. Layla melihat jam di tangan. Sedar-sedar sudah 15 minit dia menunggu. Hish! Mana mamat ni? Hidup lagi ke tidak?

   “ Anak, sekarang dah pukul berapa?“ seorang wanita tua berwajah iras orang Cina menegurnya. Layla memandang kiri dan kanan. Melihat hanya dia di situ. Makcik itu tanya aku kah? Desisnya dalam hati. Layla melihat pergelangan tangan wanita itu yang kosong.

    “Makcik tanya saya ke? “ Tanya Layla kembali dengan sopan.

    “ Ye, makcik tertinggal jam di rumah dan handphone makcik mati pula. Makcik sepatutnya jumpa anak makcik di sini pukul 5.30 tapi makcik tak tahu pukul berapa sekarang. Itu yang makcik tanya anaktu.” Katanya. Layla mengangguk.

   “ Ok. Dah 5.15 petang makcik.” Jawab Layla pendek.

   “ Terima kasih nak.”

    “ Sama-sama.” Jawab Layla pendek.

     “ Err anak  tunggu siapa? Sorry kalau makcik busy body pulak” tanyanya.

    “ Ye saya tunggu…errr...abang..abang saya.” Ujar Layla hampir menyebut suami tapi mengubah fikiran. Rasa malu pula dalam usia begitu sebut suami pula. Mesti wanita itu tidak percaya. Wanita itu pun duduk di sebelahnya dan mula berbual-bual dengannya. Namanya Mak Misah seorang jururawat pencen. Suaminya telah lama meninggal. Dia tinggal dengan anaknya yang kini sedang dalam tahun akhir di UIA. Lama juga dia berbual dengan Mak Misah yang ramah. Sekurang-kurangnya tidaklah bosan dia menunggu Faris yang tak kunjung tiba. Seketika kemudian datang anaknya yang juga iras wanita itu. Apabila dia sampai di situ Mak Misah memperkenalkan anaknya yang bernama Rafi kepada Layla. Orangnya tidak berapa tinggi berkulit agak cerah dan wajahnya seperti ibunya mempunyai iras orang Cina. Kalau tidak melihat ibunya yang bertudung itu sudah tentu orang akan menyangka dia orang cina. Rafi hanya berkata hai dan kemudian berkata pada ibunya,

    “Maaf ibu, saya lambat sikit.” Layla melihat jam di tangan sudahpun hampir pukul 6. Mana Faris ni?. Mujurlah dia cuti solat hari itu kalau tidak kelam kabut dia ke surau untuk sembahyang asar. Dia mula risau.

     “ Tak apa Rafi, ibu tak rasa lamapun sebab Layla ada temankan ibu.” Balas Mak Misah. Rafi tersenyum pada Layla. Layla hanya membalas dengan senyuman nipis. Hatinya risau memikirkan bagaimana mahu balik. Adakah Faris sengaja meninggalkan dia di situ? Mungkin Faris benci sangat hingga meninggalkan dia di situ? Kalau ye kenapa kejam sangat?

    “ Terima kasih sebab temankan mak saya” kata-kata Rafi membawa dia keluar dari lamunan.

    “ Oh tak mengapa. Saya pun tengah menunggu.”

    “ Tunggu siapa?” tanya Rafi. Matanya tak lekang dari wajah Layla yang licin tanpa sebutir jerawat itu. Comelnya, desis hati lelaki Rafi.

    “ Err…abang…abang saya. Dia janji nak ambik kat sini tapi dah sejam tak sampai lagi.” Ujar Layla sedikit tergagap.

     “ Awak duduk mana? Biar kami hantarkan saja.” Ujar Rafi.

    “ Ish, tak apa. Mungkin dia ada hal agaknya. Kejap lagi dia datanglah” Layla menolak. Nanti kalau Faris sampai dia tak ada mengamuk pula. Tapi mana tahu Faris saja mengenakan dia pula.

     “ Layla, biar kami hantarkan saja. Lagipun dah petang ni. Bukan senang nak dapat teksi petang-petang ni. Layla dah temankan makcik jadi biar makcik tolong Layla pulak.”

    “ Betul kata ibu tu. Jomlah kami hantarkan” Rafi beria-ria. Pemuda itu sengeh lagi.

    “ Saya takut abang saya marah.”

    “ Mesejlah padanya yang awak balik dengan kawan. Tentu dia tak kisah.” Ujar Rafi. Layla serba salah. Abangnya yang seorang itu bukan boleh main-main mesej. Nanti kalau mengamuk terus tak boleh tidur dia satu malam. Bebelnya mengalahkan seorang perempuan. Tapi apa boleh dia buat. Nak balik naik teksi seorang dia bukan berani. Nanti kalau dia kena jual bagaimana? Agaknya inilah taktik kotor Faris. Hendak supaya dia dijual orang atau hilang begitu sahaja. Baru agaknya selesai masalah Faris tidak perlu mengadap dia selalu.

Jam sudah pun menghampiri 6.30 petang. Desakan dari Rafi dan ibunya telah menyebabkan Layla menurutkan sahaja mereka menghantar dia hingga ke mahligai itu. Mujur dia ada alamat rumah tersebut. Dapatlah Rafi mencari mahligai itu. Dalam perjalanan banyak juga pertanyaan mereka pada Layla. Rimas juga dia takut terkata sesuatu yang tidak sepatutnya.

Bila sampai ke mahligai itu, Layla hanya mengangkat tangan pada guard tersebut yang sudah pun kenal dirinya siapa sebelum membuka pintu pagar automatic itu.

     “Ini rumah Layla ke?” tanya Mak Misah kagum.

     “ Bukan. Saya menumpang aje di rumah ni makcik.” Balas Layla risau. Rafi hanya terdiam. Gadis itu anak tuan rumah ini kah? Dia baru saja rasa tertarik pada gadis itu. Tapi kalau gadis itu anak orang kaya memang dia tiada harapan. Siapalah yang mahu anak orang miskin macam dia.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku