Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
21261

Bacaan






    “ Hei! Awak ke mana tadi? Puas saya cari! Kan saya suruh awak tunggu di MPH tu? Awak ni tak faham bahasa ke?” Sebaik sahaja balik malam itu Faris mengamuk sakan seolah-olah macam Layla yang bersalah. 

Faris tahu dia terlambat selepas berjumpa dengan Ariel. Mereka pergi makan-makan dan shopping di sekitar Pavilion itu. Dia ralit berbual dengan Ariel sampai dia tidak sedar janjinya untuk mengambil Layla di MPH pada pukul 5.

Kemudian Ariel mengajak dia bershopping pula dan dia bersama Ariel bershopping sampai terlajak hingga ke pukul 7. Bila sedar-sedar dia terasa panik. Dia terpaksa meninggalkan Ariel dan terus ke MPH tetapi mendapati gadis itu pula tiada. Merata dia cari. Nak gila pun ada juga dia rasa. Risau hatinya bukan main. Manalah tahu kena culik ke atau di bawa lari. 

Namun egonya menghalang untuk dia mengakuinya di hadapan gadis itu. Itulah sebabnya balik-balik saja dia terus ke bilik mencari gadis itu. Lega juga dia bila melihat gadis itu sudah ada di rumah. Kalau hilang apa dia nak jawab pada Tok Zauyah?

    “ Saya dah tunggu tapi awak tu yang terlupakan saya. Saya tunggu sampai pukul 6.30 tau…tak ada pun awak. Saya dah mesej pada awak bagi tahu ada kawan yang hantar.” Balas Layla geram.

    “ Yelah tu 6.30. Saya tak dapat mesej apa-apapun” ujarnya menipu. Ada bunyi mesej masuk tapi dia buat tidak peduli. Kemudian terlupa tentang mesej itu sehinggalah bila Layla memberitahu.

    “ Saya ada kat situ, awak je yang tak nampak…ni awak mesti dah balik awal. Awak ni memang ada masalah untuk dengar arahan ye? Tadi awak balik dengan siapa? Oo..dah pandai naik teksi ye? Tak tahu ke bahaya? Nasib baik orang teksi tu tak jual awak.”

Layla mencebik geram. Konon! Mudah sahaja lelaki itu meletakkan kesalahan padanya. Dia yang salah, Layla pula yang kena. Dia ni ada masalah hilang ingatan kah atau wayar putus?

    “ Saya belum buta dan pekak lagilah Faris. Awak tu ke mana sampai terlupa nak ambik saya?”

   “ Suka hati sayalah nak ke mana. Lagipun awak dah pandai naik teksi.”

   “ Saya tak naik teksi. Ada orang yang saya jumpa di MPH tu yang hantar saya.”

   “ Siapa? Awak ni bukan main berani tumpang-tumpang orang. Awak tahu tak ramai orang yang tak boleh dipercayai di dunia ini? Ada orang yang professionnya jual manusia? Terlibat dalam sindiket memperdagangkan orang?. Kalau awak kena jual macamana?” Amboii! Layla pula yang kena leter sedangkan sepatutnya Layla yang leterkan dia. Hati Layla mendidih.

   “ Biar saya kena jual!. Biar! Awak pun suka kan? Tak kan awak nak suruh saya tunggu awak sampai ke malam. Awak janji nak ambik saya tapi awak senang-senang lupakan saya. Tadi, saya dah bagi tahu Tok awak pergi kerja. Tok tanya kenapa awak tak balik lagi tadi bila saya dah ada di rumah. Saya dah menipu bagi pihak awak. Tuhan saja yang tahu awak pergi mana!. Nah ambik duit awak ni semua!” ujar Layla terus melempar duit not 50 bergumpal ke arah Faris. Terkejut lelaki itu.

    “ Saya tak pakai sekeping pun duit awaktu tu sebab saya ada harga diri. Saya tak perlukan awak dan duit awak jugak. Tolong keluar dari hidup saya!” Marah Layla terus menghempaskan dirinya di sofa itu kemudian menarik selimut hingga ke kepala. Entah kenapa hatinya terasa sangat sedih. Dia sangat terasa hati dengan Faris. 

Faris terkujat seketika dengan penuh rasa bersalah! Apa dah jadi dengan aku ni, Faris galau sendiri.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku