Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
24470

Bacaan






      “ Wah, Kak Layla tu makin ligat sekarang ye” ujar Wafiq tiba-tiba sewaktu makan petang kepada Faris. Faris hanya senyap. Ralit mengunyah karipap pusing kegemarannya. Lagipun dia memang kurang mesra dengan Wafiq. Ada sahaja yang tidak kena. Baru-baru ini mereka betelagah tentang hal kerja. Faris selalu tidak setuju dengan cara Wafiq menyelesaikan masalah syarikat.

        “ Siapa yang hantar dia balik petang-petang tu abang? Kawan abang ke? Ke abang dia?” tanya Wafiq lagi bila Faris tidak menjawab. Faris terhenti mengunyah. Apa yang Wafiq merepek padanya itu? Faris tidak pernah perasan pun Layla sejak akhir-akhir itu selalu keluar rumah. Selalunya bila Faris pulang waktu malam, Layla telahpun tertidur tak sedar apa. Tapi hari itu Faris pulang awal.

         “ What did you say?” tanya Faris acuh tak acuh. Buat-buat tidak kisah pasal Layla. Lantak dialah nak balik dengan siapa!

       “ How come you don’t know? Lately, Kak Layla selalu balik lewat tau. Selalu yang hantar dia balik sorang lelaki ni. Saya nampak dia macam mesra aje dengan lelaki itu. Saya ingat abang dia ke? Hmmm tapi pelik tiap-tiap hari pulak. Cara pandang lain macam. Pagi pergi, petang baru balik. Abang tak tahu ke? Pelik juga saya. Dia kan isteri abang. Hmm.... I smell a scandal bang!”. Wafiq tersenyum sinis secara tak langsung menjadi batu api. Melihat wajah Faris yang kelat dia tahu cucukan dia tadi telah berjaya.

Faris berubah mood lantas bangun dan beredar. Hatinya panas. Siapa tak panas bila isteri main kayu tiga. Isteri? Selama ini isterikah dia padanya? Betulkah Layla curang dengannya? Beraninya gadis itu sekarang. Tahulah mungkin Layla tidak menganggap dia sebagai suami tapi sekurang-kurangnya perlulah jaga maruah ia sebagai suami.

Hatinya terasa geram tetapi bila dia naik ke bilik gadis itu pula tiada. Mungkin pergi berjumpa teman lelakinya? Ish! Hatinya jadi lebih panas tiba-tiba. Dia mundar-mandir di bilik. Mana gadis itu? Bila dia nak balik? Faris tak senang duduk. Berdiri salah duduk pun salah. Hai! Macam-macam betul budak kecik itu. Pandai pula berboyfriend! Tak sedar baru lepas sekolah, gerutu hatinya.

**********************************************************************************************************

Selepas ujian hari itu, Rafi membawa Layla ke KLCC pula. Layla menolak tapi tak sampai hati melihat Rafi yang bersungguh-sungguh untuk meraikan dirinya yang lulus ujian memandu. Dari pagi dia tidak makan kerana cuak untuk malalui ujian tersebut. Perutnya memang lapar sungguh dan mula masuk angin. Menyedari itu Rafi bawa dia makan di Food Court. “ Nanti gastrik pulak” katanya mengambil berat. Sampai di sana waktu sudahpun hampir pukul 2 petang. Sambil makan mereka berbual. Perbualan mereka berkisar tentang ujian itu dan impian Layla untuk belajar di luar negeri. Mujur permintaan Rafi dulu tidak keluar waktu perbualan. Kalau tidak Layla tidak pasti bagaimana mahu menjawab. Sebenarnya banyak kali juga Rafi terniat begitu tapi dia tahu Layla pasti diam dan kemudian buat muka tak selesa. Nanti terganggu pula perbualan mereka. Seronok dia melihat wajah ceria Layla bila bercerita tentang cita-citanya.

Walau bagaimanapun Layla berhati-hati supaya tidak terkeluar cerita tentang perkahwinannya. Dia malu dengan Rafi kalau Rafi tahu. Usai makan Rafi mengajak dia tengok wayang pula tapi Layla menolak. Nanti pukul berapa pula dia akan balik kalau dah menonton wayang?. Penyudahnya Layla ajak Rafi ke kedai buku Kinokuniya maka lamalah mereka di situ. Setelah itu solat pula di masjid berdekatan. Dan bila Layla pulang hari itu, senja hampir berlabuh. Layla memang seronok hari itu tambahan pula dia lulus ujian memandu dan Rafi membuatkan dia terasa hidup semula. Sudah tentulah apabila Rafi menghantarnya pulang Layla senja itu dia nampak girang benar mengucapkan selamat malam dan selamat jalan kepada lelaki itu. Dia tidak sedar bahawa tindak tanduknya itu diperhatikan dari tingkap bilik tidurnya oleh seseorang.

**********************************************************************************************************

Layla menyanyi-nyanyi kecil melangkah masuk ke dalam bilik di tingkat tiga itu tanpa sedar bahawa Faris telahpun ada di bilik. Masuk-masuk sahaja lelaki itu duduk di salah sebuah kerusi wing chair di dalam bilik itu.. Masih berpakaian kerja cuma tali lehernya telah dibuka dan lengan baju dilipat hingga ke siku. Lelaki itu memandang tajam padanya. Layla serba salah bila lihat wajah lelaki itu.

       “ Wah! Gembira nampak? “ sindir Faris. Layla tidak menjawab. Ishh! Cepat pulak mamat ni balik!. Perlukah dia jawab soalan itu? Layla buat tidak tahu. Dia letakkan buku-buku yang dibelinya itu ke dalam salah satu laci berdekatan dengan televisyen. Nanti kalau bukunya bersepah sudah tentu tambah angin pula lelaki itu. Sekarang pun dah lain macam, getus hati Layla risau. Azan Maghrib berkumandang. Layla bangun untuk ke bilik air.

         “ Duduk dulu, saya nak cakap dengan awak.” Kata Faris tiba-tiba. Layla tidak jadi ke bilik air. Dia duduk di sofa berdekatan. Huh! Apa dia agaknya yang lelaki itu mahu cakap dengannya

        “ Saya tanya tadi kenapa awak gembira sangat?”.ujar Faris geram. Dia nampak kemesraan Layla dengan lelaki itu. Dia nampak bagaimana lelaki itu memandang Layla. Kekasihkah mereka? Dia tak sanggup melihat kemesraan mereka. Dia sakit hati. Pedih rasanya melihat senyuman manis Layla itu pada lelaki lain. Dia tahu dia tidak sukakan gadis itu tapi gadis itu hak dia dan dia tidak suka bila haknya diusik oleh orang lain. Dia lihat wajah merah Layla yang nampak berseri bila mengucapkan selamat tinggal. Mujur tiada peluk cium dan sebagainya kalau tidak di situ juga lelaki itu terima penumbuknya. Kenapa agaknya Layla dan lelaki itu nampak mesra? Fikiran kotornya mula singgah dalam mindanya. Mungkinkah gadis itu telah beri miliknya kepada lelaki itu? Mungkin juga sebab Faris tidak pernah memberi apa-apa pada gadis itu. Faris bangun merapati gadis itu. Dia tambah marah bila gadis itu membisu tidak menjawab pertanyaannya.

        “ Saya sedang cakap dengan awak. Kenapa tak jawab? “ herdik Faris. Layla terkedu. Dia pandang Faris dengan tajam. “ Jawab! “ herdik Faris sehingga Layla terkejut. Hodohnya suara!

        “ Awak nak suruh saya jawab apa? Saya gembira ke tidak?” Eh, boleh tak jangan bagi saya soalan keliru macam tu!” Banyak cakap pulak! Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab! Faris bingkas bangun menghampiri Layla.

        “ Who is that guy!!? “ tanya Faris menengking. Amboi! Speaking pulak! Apahal dengan Faris ni? Emo tak tentu pasal. Lelaki mana pulak ni yang dia maksudkan? Layla hairan. Rafi ke? Dia nampak ke tadi? Dia ngintai akukah? Sejak beberapa minggu itu memang Rafi hantar dia ke rumah setiap hari tapi mengapa harini Faris marah pulak? Sebab orang lelaki hantar aku? Fikir Layla cuba mengamati kenapa Faris begitu marah. Salahkah?

         “ Kenapa perlu jawab? Saya tak buat apa-apa yang salahlah” jawab Layla dicelah rasa cemasnya.

        “ Wrong answer!” Ish lain yang aku tanya lain pulak dia jawab. Tak faham soalan langsung budak kecik ni!

        “Jawablah siapa lelaki tu yang senang-senang ikut suka hantar awak balik?! Awak ada masalah nak faham soalan ye?” herdiknya. Amboi! Kenapa marah sangat?. Apa hak Faris? Bukankah Faris kata dia tak mahu expect apa-apa darinya?

          " Nama dia Rafi.” Jawab Layla. Oh! Nama boyfriend dia Rafi!

         “ Oh dah pandai ada boyfriend ye? Ok bagi tahu dengan saya apa yang awak dah buat dengan Rafi?”

         “ Buat? Buat apa? Saya tak buat apa-apa pun.” Ujar Layla tidak mengerti.

        “ Tak buat apa-apa??? Awak kan isteri orang. Kenapa layan lelaki lain? Awak kan tahu berdosa layan lelaki lain.“ ujar Faris menahan kemarahan. Layla tak percaya. Sejak bila pula lelaki itu pandai bercakap tentang dosa pahala? Padahal solat pun tidak pernah! Mengapa Faris bagai dirasuk?. Dan dia paling tidak boleh terima kata-kata Faris yang akhir itu. Layan?

         “ Layan lelaki lain?? Apa awak merepek ni? Dia jurulatih sayalah. Saya belajar driving dengan dia. Saya dan dia tak ada apa-apa. Hentikan fikiran kotor awak tu” Layla cuba menjelaskan dengan nada yang tinggi. Oh! Bila pulak budak kecik ni belajar memandu? Kenapa dia tidak tahu pula?

         “Belajar driving konon. Kalau driving instructor sahaja tak kan dia pandang awak macamtu. Awak tak nampak ke cara dia pandang awak?” soal siasat Faris lagi masih tidak puas hati. Masih segar lagi diingatannya pandangan lelaki itu pada Layla. Dia lelaki. Dia faham pandangan sedemikian. Dia tahu lelaki itu ada hati dengan isterinya. Pasti sudah terpikat dengan gadis melayu terakhir ini. Entah apa agaknya lelaki itu nampak pada gadis bertudung litup yang tak pandai bergaya itu.

          “ Pandang macamana? Saya tak perasan apa-apa pun. Saya rasa dia pandang saya macam biasa aje. Dia kan ada mata mestilah dia pandang saya.” Balas Layla naif. Memang betul, mana dia perasan Rafi pandang lain padanya. Elok sahaja dia lihat.

      “ Jangan nak loyar buruk pulak ye.”

        “ Betul, kalau awak tak percaya boleh tanya ayah awak. Rafi tu driving instructor saya. Setahu saya dia tu buat saya macam kawan sahaja. Tak lebih dari itu.” Ujar Layla menjelaskan. Tapi dia tidak sebut pula tentang lamaran Rafi terhadapnya. Kalau tahu mungkin lebih teruk lagi marah raksasa itu. Mungkin dia akan berubah jadi godzilla! Tapi hairan kenapa dia perlu marah? Bukankah Faris kata dia bukan isterinya? Eh pelik betul perangai orang tua itu.

       “ Jadi awak dah bagi tahu yang awaktu isteri orang?” Ujar Faris suaranya masih tegang. Layla terdiam. Bagaimana nak jawab ye soalan cepuemas itu?

       “ Tidak, saya tak bagi tahu apa-apa. Dia ingat saya anak Tan Sri.” Balas Layla. Faris membulatkan matanya. Tak beritahu? Patutlah!

      “ Kenapa tak bagi tahu?” Tanya Faris. Dia geram. Layla memang melampau. Dah memang dia tu sudah berkahwin tapi depan lelaki lain tak mahu mengaku pula. Mesti ada niat lain. Gadis itu sukakan Rafi ke?

       ‘Sebab saya malu. Saya malu kalau orang tahu saya isteri orang. Kecik-kecik lagi dah kahwin.” jawab Layla terus- terang. Faris meraup wajahnya. Hish! Patutlah lelaki itu pandang Layla semacam! Dia tahu lelaki itu ada hati pada Layla. Hish! Sakit hati dia. Rasa macam nak cucuk saja mata Rafi itu berani pandang isterinya. Eh, isteri akukah dia?

        “ Baguslah tak bagi tahu. Senanglah nak  menggatalkan? Entah apa yang awak buat dengan Rafi tu agaknya sepanjang hari. Tak kan belajar driving dari pagi sampai petang. Itu bukan belajar, itu dating!”. Ujarnya marah.

     “ Menggatal?!!! Eh awak cakap baik-baik ye Encik Faris. Saya dan Rafi tiada apa-apa. Saya ada maruah diri. Saya tahu bagaimana mahu menjaganya. Lagi satu, saya nak tanya saya ni isteri awak ke? Bukan kita kawin atas nama je ke Encik Faris? Awak kata awak tak akan expect apa-apa dari sayakan. Jadi, saya berhak untuk baik dengan sesiapapun. Tak kisahlah walaupun dia hanya seorang driving instructor. Lagipun, kalau saya tak kawin dengan awak mungkin saya dah terima lelaki itu. Awak nak tahu sebab apa? Sebab dia memang ada ciri lelaki idaman saya. Tak macam awak. Satu kualiti pun tak ada! Itulah sebabnya saya benci pada awak.” bebel Layla saja menyiram minyak pada Faris yang memang sudah terbakar kemarahan mendengar kata-kata yang pedih itu. 

Faris tersentak dengan kata-kata Layla itu. Hah! Lelaki itu lelaki idamannya? Egonya terasa sakit sangat mendengar kata-kata gadis terutama bahagian yang dia bukan lelaki idaman Layla itu. Gadis itu memang melampau. Hina dia tak agak-agak. Adakah patut dia bercakap begitu pada seorang suami seperti dia? Suami? 

Faris menghampiri Layla di sofa itu. Kedua tangannya di letakkan di birai wing chair itu menyebabkan Layla terperangkap. Wajah Faris merenung wajahnya. Mata coklat itu menerawang ke setiap inci wajah Layla yang polos. Aduhai! Bergetar jiwa!

“ Awak pastikah satu kualiti pun tak ada pada saya?” bisik Faris sangat dekat dengan Layla. Dekat sangat sehingga nafas mereka hampir bersatu. Layla cuak. Dalam bilik itu kalau dia jeritpun tiada siapa yang dengar kerana hanya ada bilik itu sahaja di tingkat 3. Bilik di wing sebelah pula ialah sebuah perpustakaan. Layla kalau boleh mahu tembus keluar dari sofa itu. Tak selesa dengan Faris yang begitu rapat itu.

    “ Saya...saya pasti.” Jawab Layla tergagap dan bunyi macam tidak pasti.

     “ Sure?” Faris dekat lagi lantas mencium pipi isterinya itu. Layla terkujat. Wajahnya jadi merah dan terasa hangat. Oh tidak! Sungguh bahaya!  Serta-merta dia menolak Faris sehingga Faris terpempan. Layla segera lari ke bilik air dengan perasaan cemas lalu menutup pintu.

 Faris yang ditinggalkan juga merasa terkejut mengapa sampai ke situ pula dia. Dia pun hairan dengan tindakannya. Dia benar-benar keliru. Perasaan yang bermula dengan marah kini bercampur baur dengan perasaan halus yang lain. Sudah lama perasaan itu hilang tapi bila dengan Layla perasaan itu semakin bertapak. 

Apakah ini? Dia sudah gilakah? Tak dengarkah dia bahawa Layla benci padanya? Layla lebih sukakan orang lain menjadi suaminya? Rafi, Rafi lelaki idamannya? Dia tersinggung. Egonya sakit kembali bila kata-kata Layla berputar dalam kotak fikirannya. Faris bergegas keluar meninggalkan Layla yang masih di bilik air. Dia perlu keluar dari situ, jauh dari gadis itu buat sementara waktu untuk tenangkan dan alihkan fikirannya yang kian celaru kerana isterinya yang satu itu! Isteri? Sejak bila aku anggap dia isteri? Ah! gadis itu perlu dihantar belajar segera sebelum dia kian meracuni fikirannya!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku