Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Sinopsis
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18687

Bacaan






Takdir telah menemukan dua insan dari latarbelakang yang sangat berbeza dalam satu perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Faris Nabhan Omar anak sulung seorang hartawan dan Layla Amir seorang gadis yang baharu sahaja menerima keputusan SPMnya.

Mereka membenci satu sama lain kerana pertemuan yang tak dijangka. Justeru bila mereka terpaksa berkahwin demi mengikut permintaan keluarga masing-masing berjanji untuk berkahwin atas nama sahaja dan tidak akan mengharapkan apa-apa dari perkahwinan tersebut. Faris dengan soul matenya dan Layla dengan cita-citanya.

Pada permulaannya agak sukar untuk mereka menyukai satu sama lain disebabkan jurang umur, pemikiran dan latar belakang keluarga ditambah dengan ego masing-masing yang mencengkam diri. Namun, mereka mendapati bahawa janji itu makin lama makin sukar untuk ditunaikan lantaran hati masing-masing yang kian tertarik di antara satu sama lain.

 Perbezaan membawa kepada tarikan yang sangat kuat untuk mereka apabila masing-masing mula mengenal hati budi.

 Sedang mereka baru melakar cinta yang sangat manis di Kota Boston, sesuatu berlaku menyebabkan cinta mereka terpisah. Selepas beberapa tahun mereka bertemu kembali dalam keadaan yang tidak terduga. Masihkah ada cinta untuk Faris dari Layla? Adakah Layla soul mate yang dicari oleh Faris? Masihkah perlu Layla bertanya “Saya Isteri Awak Ke?” untuk meyakinkan dirinya bahawa cinta Faris, sang suami adalah miliknya?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku