Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(32 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
25192

Bacaan






Dan senyuman Layla itu membuatkan Faris teringat-ingat keesokan harinya. Hatta apabila dia sedang mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga Pengarah pun senyuman gadis itu tertera di kotak fikirannya sehingga dia lupa sekejap apa yang hendak diperkatakan. Mujur dia cepat pulih dan kembali berfikir seperti biasa. Kalau tidak pasti yang hadir dalam mesyuarat itu hairan. Apa kena dengan Pengarah Urusan itu? Faris akui dia memang selalu menerima senyuman dari wanita-wanita cantik tapi senyuman Layla lebih manis dari yang lain menyebabkan dia hilang tumpuan. Dahlah tu bukan siapa-siapa pun. Seorang gadis remaja dari entah mana yang tiba-tiba menjadi isterinya. Lainlah kalau senyuman itu dari supermodel atau pelakon Hollywood ke!. Aduh! Apa dah jadi dengan dia? Kenapa senyuman dari gadis yang sepatutnya dia benci kian menghantui dirinya?

Faris kembali menumpukan perhatian dalam membentangkan pelan korporat yang baru. Syarikatnya berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ke beberapa lokasi di luar negara, diversifikasi kepada beberapa peluang perniagaan baru. Oleh itu pembentangan itu sangat penting dalam mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah yang seramai 8 orang itu termasuk ayahnya Tan Sri Omar sebagai pengerusi. Faris marah pada diri sendiri. Boleh pula dia berangan-angan semasa membentangkan pelan itu. Dalam hati Faris mengutuk diri sendiri. Bayangkan dengan budak kecik itu pun dia boleh lupa diri? Sangatlah tidak wajar. Dah gila ke apa? Tugasnya dalam mesyuarat itu ialah dia perlu yakinkan mereka semua untuk menerima pelan cadangan tersebut. Sejak pulang dari membeli-belah semalam dia terperap dalam perpustakaan untuk menyediakan beberapa justifikasi yang menunjukkan bahawa pelan perancangan yang baru itu akan membawa kepada keuntungan yang berbaloi. Justifikasi memang boleh bermacam-macam tapi bottom line mestilah pulangan tinggi dalam bentuk wang juga. Sampai lewat malam dia menyediakan pelan itu. Oleh itu, kalau gagal sudah tentulah tidak berbaloi dia bersengkang mata semalam. Mesyuarat berakhir juga. Ahli lembaga pengarah nampaknya bersetuju dengan pelan tersebut. Kalau jadi, syarikat itu akan mempunyai cawangan di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat. Faris memilih Boston kerana track record, network dan juga pengalamannya semasa berada di sana beberapa tahun. Sesungguhnya Faris sangat teruja untuk kembali ke sana.

Selepas mesyuarat Faris kembali ke biliknya. Jam di tangan sudah hampir waktu makan tengahari. Ikut hati mahu saja dia balik ke mahligai Bukhari tapi pasti semua orang hairan sebab dia memang tak pernah pulang untuk makan tengahari sejak dia kembali menguruskan syarikat. Lebih-lebih lagi Layla. Nanti perasan pulak budak kecik itu yang dia mungkin pulang kerana dirinya. Oleh itu dia membatalkan niatnya. Egonya masih kental. Serta-merta telefonnya dikeluarkan. Siapalah yang akan jadi mangsanya tengahari itu untuk dibawa makan? Faris tersengeh nakal. Lama dia tak jumpa seseorang. Dulu dia sangat teruja dengan wanita itu tetapi hari itu dia hanya mahu hilangkan ingatannya pada senyuman Layla sahaja. Agak-agak mampukah wanita itu memadamkan imej yang asyik tertera di mindanya yang kian merimaskan dia itu? Tapi kalau tak cuba mana nak tahu, desis hati lelaki itu. Faris pun mula menyentuh skrin iphonenya untuk nombor telefon seseorang.

“ Hai Ariel baby, this is Faris speaking” ujarnya bila telefon diangkat. Pada mulanya Ariel tak mahu melayan. Jenuh juga Faris kena sumpah seranah dek wanita Amerika itu. Ariel sebenarnya masih marah padanya kerana ditinggalkan di Pavilion semasa dia mencari Layla dulu. Dia masih ingat, oleh kerana panik mencari Layla waktu itu, Ariel telah ditinggalkan begitu sahaja. Memang tak patut tetapi waktu itu dia sangat risaukan Layla. Keluar semua “F word” dari mulut wanita itu yang masih geram dengan tindakan Faris tetapi Ariel bagaimanapun cair juga dengan Faris bila dipujuk-pujuk dan dipuji tambahan pula dia mengumpan wanita itu makan tengahari di Seri Carcosa Negara. Akhirnya wanita itu keluar juga dengan dia tengahari itu.

******************************************************************************

Layla masih terkenangkan layanan Faris terhadapnya semalam. Dia masih teruja dengan telefon yang dibelikan Faris. Malam tadi dia telahpun menelefon ayah dan ibunya menghilangkan kerinduan terhadap dua orang yang dia kasihi itu. Layla tersenyum sendirian. Siapa sangka lelaki itu makin melayannya dengan baik. Membelikan dia pakaian, tudung, telefon dan juga makan tengahari bersama. Walaupun mereka berdua bukanlah pasangan romantic dan Faris pun masih menyindir dan marah-marah padanya tapi manis juga bila diingat-ingat terutama sewaktu lelaki itu mengelap bibir comotnya. Aduh, caring juga mamat raksasa itu. Pada mulanya fikiran buruknya menyangka yang Faris mungkin ada niat lain tetapi dari pemerhatian dia hingga ke hari itu tiada pula Faris begitu.

Sedang dia berangan membaca sebuah novel Tok Zauyah mengajak Layla menemannya keluar berjumpa rakan lamanya dari Brunei. Tok Zauyah memang suka mengajak Layla berjumpa rakan-rakannya lantas memperkenalkan dia sebagai isteri Faris cucunya. Hari itu kata Tok Zauyah mereka akan makan di Carcosa Seri Negara. Layla terlopong. Kawan Tok Zauyah yang datang itu rupanya salah seorang kerabat di Raja Brunei dan bukan calang-calang orang. Aduhai, ngerinya Layla untuk makan di tempat seperti itu. Mujurlah Faris sudah belikan dia baju-baju yang elok. Kalau dia sendiri sahaja tak mengapa. keluarlah dengan baju apa pun. Tapi kalau keluar dengan Tok Zauyah, biarlah elok supaya dia tidak memalukan Tok Zauyah walaupun sebenarnya mungkin Tok Zauyah tidak kisah.

Semasa keluar makan itu Layla menyarung dress berwarna salmon dengan sehelai cardigan berwarna krim yang dia beli semalam. Kemudian melilitkan tudung berbunga kecil senada dengan dress dan cardigan tersebut. Tudung dari kain chiffon lembut itu disematkan di tepi telinga dengan satu kerongsang bunga. Layla hanya bersolek nipis dengan bedak dan sedikit lipstick asal wajahnya tidak nampak pucat sahaja. Manakala Tok Zauyah memakai baju blouse ala kaftan motif moden hijau dan merah jambu dari kain jenis silk crepe. Corak di kaftannya kelihatan ekslusif dipakai dengan skirt panjang warna hitam yang bersequin. Tudungnya yang juga berwarna hitam bertatah kristal Swarovski. Melihatkan itu, Layla bersyukur hari itu dia memakai dress itu. Kalau tidak tak sepadan pula dia dengan Tok Zauyah yang ekslusif itu.

Mereka berdua tiba di Carcosa Seri Negara hampir pukul 2 petang dan terus di bawa ke restoran melayu “ The Gulai House” di situ sambil menunggu kedatangan rakan Tok Zauyah di sebuah veranda di hotel ekslusif itu. Layla sangat teruja dengan hotel itu yang asalnya adalah rumah kediaman residen Gabenor British Frank Swettenham. Memang apabila berada di situ terasa seperti di era pemerintahan British. Kata Tok Zauyah, petang nanti semasa minum petang bolehlah mereka cuba pula skon dan pastri ala English di “Drawing Room” yang popular itu. Layla hanya ikutkan sahaja. Dia pun bukan tahu apa skon itu tetapi teruja juga mahu tahu bagaimanakah rasanya. Boleh juga berangan menikmati “English tea” seperti bangsawan Inggeris berskirt kembang seperti dalam novel-novel Inggeris yang lama.

Banyak yang dibualkan oleh Tok Zauyah bersama rakannya. Biasalah bila dua rakan sudah lama tidak bertemu mestilah ada sahaja yang hendak diceritakan. Layla pula banyak mendengar dan tidak menyampuk kecuali hanya apabila di tanya. Usai makan mereka ke Drawing Room pula. Makan-makan skon bersama krim dan meneguk teh Inggeris jenis “Earl Grey” dengan menggunakan cawan yang sangat cantik. Teruja Layla melihat cawan dan piring yang digunakan. Sangat cantik dan comel sahaja dia lihat. Mungkin dari jenis Royal Daulton seperti yang ada di mahligai Bukhari. Dia bukan tahu sangat tetapi terperasan jenis itu bila membasuh cawan di mahligai tersebut.

Entah bagaimana dia terasa ingin ke bilik air pula lalu meminta izin dari Tok Zauyah dan rakannya. Dari Drawing Room itu dia melalui satu courtyard ke bilik air. Dia perasan ada satu lagi restoran lain yang dinamakan Dining Room berdekatan dengan courtyard itu. Alunan musik klasik bergema dari dalam restoran itu. Layla memandang ke dalam seketika tetapi tindakannya itu menyebabkan dia terlanggar seseorang yang datang dari arah bertentangan dan hampir terjatuh kalaulah tidak pinggangnya dipegang oleh seseorang itu.

    “ Eh awak?” Layla mengangkat muka. Ya Allah! Matanya menerjah ke wajah seorang lelaki yang dia kenal sangat. Lelaki yang bermata coklat itu. Apa dia buat di situ? Layla terlopong. Dia amati betul-betul. Macam tak percaya. Faris juga tidak percaya. Tadi semasa dia keluar dari bilik air dia tidak perasan Layla sedang menuju ke arahnya kerana sibuk membersihkan air yang tertumpah di kemejanya sehingga terlanggar gadis itu. Tak sangka pula gadis yang dia langgar dan pegang dipinggang sekarang ialah Layla. Menyedari itu, serta-merta dia lepaskan gadis itu.

      “ Apa awak buat kat sini? Kan saya kata jangan keluar tanpa saya?” ujar Faris dengan nada marah. Mana tak marah. Dia sudah pun pesan pada Layla supaya tidak keluar tanpa dia. Dahlah keluar kemudian bergaya bukan main.

     “ Tok yang bawa saya ke sini. Tak kan lah tak boleh saya keluar dengan Tok.” Serta-merta muka Faris berubah. Alamak! Dia teringat Ariel di dalam restoran. Kalau Tok Zauyah nampak habislah dia.

     “ Er, baiklah. Awak selamat kali ni. Kalau awak keluar sendiri pakai cantik-cantik macam ni siaplah awak.” Faris memberi amaran. Tiba-tiba seorang wanita Inggeris berpakaian seksi keluar.

     “ Is everything okay Faris? “ Tanya gadis itu memandang Layla ke atas ke bawah dengan wajah kurang mesra. Serta merta dia merangkul Faris. Layla terlopong. Berbulu matanya melihat aksi berani gadis minah salleh itu pada Faris yang hanya tersengeh. Ikut suka sahaja wanita itu memeluk Faris.

     “ Yes everything ok.” Jawab Faris memandang tepat ke wajah Layla yang memang nyata sangat berubah. Layla tidak mampu lagi melihat Faris dan wanita itu. Hatinya terasa sangat pedih menyebabkan dia terus sahaja beredar ke bilik air tanpa berkata apa-apa. Apa yang boleh dia katakan?. Meskipun ada perasaan sedih dan hampa serta marah mungkin, tetapi kalau ikut perjanjian mereka dahulu Layla tidak boleh buat apa-apa atau harapkan apa-apapun dari Faris sebab dia bukanlah wanita yang Faris cintai ataupun soulmatenya. Dia hanyalah isteri paksaan untuk Faris. Malahan Faris tidak pernah menerima Layla sebagai isterinya.

Namun Layla keliru dengan kebaikan Faris yang semalam. Faris yang semalam sangat berlainan. Faris semalam telah menunjukkan "caring"nya pada Layla menyebabkan hati Layla berbunga tetapi Faris hari itu sangat menyakitkan hatinya. Layla keliru. Faris ada split personality agaknya. Suruh orang jangan keluar tanpa dia konon tapi dia keluar entah dengan minah salleh mana yang tak cukup kain, desis hati Layla menyampah. Arghhh! Bodohnya dia kerana terpedaya dengan kebaikan lelaki itu semalam sedangkan sebenarnya Faris tidak pernah berubah. Tidak pernah menerima diapun. Rupa-rupanya dia sahaja yang terperasan sendiri semalam. Ah, malunya dia!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku