Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 41
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
26269

Bacaan






Dalam perjalanan pulang ke mahligai Bukhari Layla tidak banyak bercakap. Dia hanya layankan sahaja Tok Zauyah bercerita tentang rakannya itu. Setiba di mahligai itu dia terus minta izin untuk ke bilik dan kemudian menghempaskan diri ke sofa. Hatinya masih terganggu dengan apa yang telah berlaku tadi. Masih jelas di ruang matanya bagaimana Faris dipeluk oleh wanita kulit putih itu. Yang paling dia tidak boleh terima ialah bila Faris membiarkan sahaja malah seolah-olah suka pula. Langsung Faris tak fikirkan perasaannya. Yelah, lelaki manalah yang tak suka dipeluk wanita minah salleh yang seksi? Tambahan pula player macam Faris. Tapi kenapa dia rasa tak keruan pulak? Apakah perasaan yang dia rasa itu? Cemburukah dia? Biar betul! Berhakkah untuk dia cemburu sedangkan Faris bukanlah suaminya yang sebenar pun?.

Bukankah mereka sudah berjanji untuk berpura-pura sahaja? Tidak mengharapkan apa-apa? Tetapi kenapa hatinya rasa sakit? Nak menangis pun ada! Hah bodohnya dia. Tak kanlah disebabkan oleh lelaki raksasa hodoh itu dia mahu mengalirkan air mata pula? Tak patut. Memang tak patut. Dia perlu kuatkan diri jangan jadi begitu lembik dengan lelaki itu. Tengok, hanya kerana itu dia dah rasa terluka. Tapi tadi dia perasan semasa dia menyebut Tok Zauyah ada bersama wajah Faris berubah. Takut agaknya kalau Tok Zauyah nampak dia dengan wanita minah salleh itu. Kalau ikut jahat hatinya mahu saja dia mengadu tapi nanti konflik pula. Tambah angin lelaki itu padanya. Nanti siapa juga yang kena buli dalam bilik itu? Pastilah dia juga. Baik dia jangan tempah susah. Lagipun Layla bukan jenis orang yang suka mengadu-ngadu. Dia ada harga diri. Lama Layla bermonolog untuk memahami perasaannya sendiri.

*****************************************************************************************

Selepas menghantar Ariel ke kondominium mewahnya Faris kembali ke ofis. Selepas berjumpa Layla tadi dia seolah-olah tiada selera berlama-lama dengan Ariel lagi. Mudah sahaja dia berikan alasan bahawa dia ada meeting di pejabat, walaupun Ariel tidak puas hati kerana makan tengahari yang terlalu singkat itu. Di ofis, dia geram pada diri sendiri kerana asyik hilang tumpuan. Asyik teringat peristiwa tadi. Dia asyik terasa macam segera pulang ke rumah bertemu gadis itu. Mahu tahu bagaimanakah keadaan gadis itu. Sedihkah? Marahkah? Cemburukah? 

Namun dari riak muka Layla seolah macam ada semua itu tetapi yang hairannya boleh pula gadis itu tidak berkata apa-apa. Dia mahu sangat melihat gadis itu marah lantas menarik Ariel dari sisinya sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu berperasaan terhadapnya. Barulah teruja ada orang berebutkan dia. Tapi boleh pula gadis itu menonong sahaja ke bilik air dan tidak mempedulikannya selepas itu. Macam robot tak berperasaan sahaja. Dia tunggu juga seketika bersama Ariel yang makin bising di courtyard itu. Menunggu Layla keluar tapi kelibat gadis itu tidak juga muncul. Disebabkan Ariel yang semakin bising dan dia tak mahu terserempak dengan Tok Zauyah dia terpaksa beredar keluar dari tempat itu. Nanti kalau terserempak dengan Tok Zauyah sia-sia sahaja dia kena ceramah dan mengamuk pulak orang tua itu. Silap haribulan ke hospital pula orang tua itu bila melihat Ariel. Dari semua itu berlaku baik dia angkat kaki cepat.

Faris memang tidak boleh buat apa-apa pun di ofis. Sekejap dia berdiri sekejap duduk. Kenapa perasaan Layla jadi penting pula pada dia? Sejak bila semua itu berlaku? Dia pun tidak pasti. Apa yang perlu dia lakukan? Faris mencapai kotnya. Kalau macam tu baik dia balik rumah sebab satu apa pun tak jalan. Moodnya memang benar-benar hilang untuk buat apa pun.

****************************************************************************************

Selepas minum petang, Layla ke taman. Duduk di wakaf melunjur kaki ke dalam kolam buatan yang airnya deras menderu-deru. Sekali-sekala beberapa ekor ikan koi berenang berdekatan kakinya, agak jinak kerana mereka juga telah acap benar dengan kedatangan gadis itu ke kolam tersebut. Faris baru saja memarkir keretanya bila terpandang kelibat Layla di taman. Dia ingin masuk ke dalam tapi tidak jadi. Hatinya macam berbunga bila melihat Layla. Tak sia-sia dia balik awal hari itu. Segera dia menghampiri gadis itu yang khusyuk termenung di tepi kolam. Perlahan-lahan dia meletakkan begnya dan melipat kaki seluarnya separas lutut. Jelas Layla tidak perasan. Dia turut sama berlunjur kaki dalam kolam itu. Layla tersentak. Dia mengalihkan badannya menjauhi Faris. Kacau saja! Ikut suka sahaja duduk sebelah orang, desis hati Layla. Beberapa ekor ikan menghampiri kaki Layla. Layla tersenyum suka melihat gelagat ikan itu.

     “ Hai ikan-ikan itupun sukakan awak? Apalah agaknya yang ikan tu suka sangat kat kaki awaktu? Mesti banyak daki. Awak tak mandi ye?” ujar Faris menyindir sambil menahan ketawa. Hah! Macam tu pula! Layla menjuihkan bibir. Dahlah mengacau ketenteramannya. Sekarang mengejek dia pula. Faris memang tak sayang mulut. Rasa macam mahu ditendang saja air kolam itu supaya kena pada Faris. Biar basah semua.

     “Ikut sayalah nak mandi ke tidak.” Amboi! Lain macam bunyi jawapan Layla padanya. Macam marah saja! Eh, dia marahlah. Hati Faris terasa berbunga. Seronok tiba-tiba.

     “ Eh awak marah ke?” Tanya Faris buat-buat tidak tahu.

    “ Tak, saya gembira. Awak tak nampak saya gembira ni??” perli Layla sambil tersenyum buat-buat menampakkan giginya yang rata. Faris seperti mahu tergelak melihat wajah gadis itu.

    “ Awak jealous ye? “ Faris saja serkap jarang. Dia meneliti wajah Layla yang merah dan comel.

    “ Jealous? Minta maaf Encik Faris, sikit pun saya tak jealous. Kenapa awak tak bawak balik aje minah salleh tu tunjuk kat Tok.”

    “ Cakap je lah awak jealous.” Ejek Faris.

    “ Encik Faris, biar saya cakap terus terang ye dengan awak.” Ujar Layla. Amboi! Serius betul wajah gadis itu, desis hati Faris.

    “ Ha cakaplah”. ujar Faris menahan ketawa.

     “Saya ni tak cemburu langsung awak dengan minah salleh tu. Awak juga yang kata hak awak kalau nak bawa mana-mana perempuan sebab awak kata saya bukan isteri awak. Jadi, kalau awak nak kawin dengan minah salleh tak cukup kain tu silakanlah. Saya tak kisah sikit pun. Lagipun saya dah nak pergi belajar. Oh ye, seperti awak janjikan dulu. Bila awak nak minta Tok dan ayah hantar saya pergi belajar ye? Borang-borang untuk memohon tempat untuk further study semua dah keluar. Saya tak mahu saya tertinggal pulak sedangkan saya dah ikut semua yang awak mahu.” 

Faris terkujat. Kata-kata gadis itu mengena tepat padanya. Yelah, dia juga yang mengenakan syarat itu. Sekarang syarat itu macam memakan dirinya. Tak bolehkah Layla lupakan sahaja syarat itu? Kalau boleh dia mahu gadis itu terus berada di rumah itu. Tapi, kalau orang dah tak mahu tak kanlah dia nak memaksa pula. Dia pun ada ego sendiri. Tak kan lah Faris Nabhan Omar terhegeh-hegeh pula.

     “ Baiklah saya akan tanya Tok dan ayah.” Balas Faris pendek sedikit terasa.

     “ Oh ye, lagi satu. Saya nak belajar berenang dan juga belajar main tennis sambil tunggu keputusan dari universiti. Boleh tak? Saya bosanlah. Lagipun kalau saya pandai berenang dan main tennis boleh juga saya join adik awak Nabilah tu” kata Layla lagi. 

Dia sudah lama teruja untuk berenang dan main tennis. Sebelum dia ke mana-mana baik dia belajar dahulu. Berenang? Tennis? Eh macam-macam pulak permintaan gadis itu. Tapi, dia bukan rugi apa pun kalau benarkan. Sekurang-kurangnya Layla boleh gunakan kemudahan di mahligai itu. Tapi, berenang? Fikiran Faris mula membayangkan susuk tubuh gadis itu memakai pakaian renang. Selalunya dia hanya nampak semua itu dari selimut bila gadis itu tidur. Jiwanya sedikit bergetar. Gilakah aku? Cepat-cepat dia menghalau bayangan tersebut.

        “ Okay, granted. Nanti saya akan panggil orang datang ajar awak. Saya akan cari instructor perempuan. Awaktu bukan boleh percaya sangat kalau dengan lelaki!” ujar Faris menyindirnya. Layla buat muka bosan mendengar kata-kata lelaki itu. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku