Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 43
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(24 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23746

Bacaan






Seperti yang dijanjikan, minggu depannya Faris memberitahu juga Tan Sri Omar dan Tok Zauyah tentang hasrat Layla melanjutkan pelajaran.Waktu itu mereka bersarapan bersama-sama satu keluarga. Nabila dan Wafiq pun ada bersama.Masing-masing macam biasa tidak berapa ramah dengan Layla. Bagi mereka Layla macam orang lain. Wafiq agak tidak ketara penerimaannya yang negatif itu tapi Nabila memang tidak berselindung. Entah kenapa sehari demi hari dia makin meluat dengan gadis bertudung litup itu. Dia meluat tengok keistimewaaan yang gadis itu terima. Seolah-olah macam semua orang teruja dengan gadis itu. Bahkan ayahnya pun bukan main lagi. Mesra betul dengan gadis itu. Kalau Faris apatah lagi. Siap sorongkan kerusi untuk isterinya. Ambilkan itu ini macam apa. Peristiwa di kolam mandi juga menambah meluatnya. Gentlemanlah kononnya!.

Tok Zauyah pula memang tak perlu dikatakan lagi. Asyik nama Layla sahaja yang bermain di mulutnya. Nabila meluat sungguh. Sedangkan dia satu-satunya anak dan cucu perempuan pun tidak dapat perhatian sedemikian selama ini dari Tok Zauyah. Wafiq pula macam biasa memang cemburukan abangnya. Dia meluat melihat kebahagiaan Faris itu.Puas dia mencucuk hari itu tapi tiada kesan yang ketara pula. Dia tidak percaya yang Layla dan Faris baik sahaja di antara satu sama lain. Macam ada yang tidak kena. Tapi dia tidak pasti apakah ia. Dan hasrat Layla ingin ke luarnegara menguatkan lagi telahannya itu. Wafiq sangsi. Adakah ini semua lakonan atau kebetulan? Dia perhatikan Faris dan Layla silih berganti. Huh! Macam ada yang tak kena.Namun bila Faris nyatakan hasrat Layla itu, Nabila memang suka kerana gadis itu akan keluar dari rumah itu dan dia tidak akan lihat lagi gadis itu dalam tempoh seketika.

Tentang hasrat Layla itu, Tok Zauyah berat hati sebenarnya. Dia takut kalau-kalau bila berjauhan nanti Layla akan dipersiakan oleh Faris. Dia tahu kalau jauh, peranan dan pengaruhnya pada Faris sudah kurang maka Faris boleh buat apa sahaja yang dia mahu. Dia takut Faris apa-apakan Layla.

Setelah masing-masing Faris dan Layla nampak bersungguh-sungguh akhirnya Tok Zauyah izinkan juga Layla belajar di luar negara. Layla memang seronok. Lagipun dia memang telah berjanji pada ibu bapa Layla. Akhirnya, akan tercapai juga hasrat kedua – dua mereka. Layla sudahpun terfikir tentang belajar di universiti dan bagaimana dia boleh bebas dari Faris. Bagaimanapun tidak Faris. Hatinya berat untuk benarkan Layla belajar lagi tapi dia telahpun berjanji. Lagipun mungkin bagus juga kerana gadis itu makin lama makin menyebabkan dia hilang kawalan jiwa dan perasaan.

    “ Thanks Faris kerana bagi tahu Tok dan juga ayah” ujar Layla gembira apabila mereka berdua sahaja di dalam bilik selepas sarapan itu. Walaupun sebelum ini mereka tak pernah berbaik dan lebih banyak bertikam lidah tapi hari itu dia memang ikhlas mengucapkan terima kasih. Faris senyap. Dia kelihatan sedang bersiap-siap untuk keluar. Layla pasti lelaki itu akan ke padang Golf macam biasa pada setiap hari Ahad. Kepalanya sarat berfikir.

      “ Jangan suka sangat. Selagi belum nyata, banyak perkara boleh berlaku tau. “ ujarya. Dia akui. Kegembiraan gadis itu memberi kesan padanya. Suka melihat gadis itu tersenyum girang. Tapi di sudut hati dia risau. Bagaimanakah agaknya kalau dia berpisah dengan gadis itu? Dia sudah terbiasa dengan gadis itu sering berada di rumah itu. Berada di bilik itu. Namun, janji tetap perlu ditunaikan. Lagipun mungkin itu sahaja caranya untuk dia menjauhi Layla sebelum terlambat. Sebelum hati benar-benar terlibat dengan gadis itu. Sekarang pun dia makin dapat merasakan tarikan terhadap gadis itu.

      “ Err…dah bolehlah cuba mohon mana-mana universiti. Nanti kalau awak dah isi semua bagi pada saya dan saya forwardkan pada ayah.”Ujar Faris membetulkan kolar T-Shirt golf jenis Greg Norman yang dia pakai itu.

      “ Ok. Terima kasih sekali lagi“ ujar Layla pendek. Faris hanya mengangguk. Suasana senyap seketika. Layla menyedari itu lantas mahu berlalu dari bilik itu. Dia mahu terus ke perpustakaan untuk mencari universiti-universiti yang sesuai untuk bidang yang dia ingin mohon nanti.

       “ Eh nanti dulu, ayah minta kita ikut dia ke padang Golf. Dia nak ajar awak pukul bola golf di driving range nanti. Oh ya, Tok dan Nabila pun akan berada di sana sekali ” kata Faris tiba-tiba menyebabkan Layla tidak jadi pergi.

       “ Errr…baiklah. Sekarang ke?”

      “ Ya. Mereka semua akan tunggu di bawah. Saya turun dulu. Awak jangan lambat sangat bersiap. Nanti padang Golf dah panas rentung pulak kita semua. Lagi satu pakai lengan panjang dan sunblock. Nanti jadi zebra pulak berbelang-belang” Faris mengingatkan sambil separuh bergurau.

      “ Err…okay…eh awak, saya nak pakai baju apa ye? “ Tanya Layla serba salah. Faris berpaling. Aik! Baju pun nak tanya dia juga?

     “ Saya tak pernah pergi ke kelab golf. Saya tak mahu malukan ayah pula kalau baju saya tak sesuai nanti.” Layla menjelaskan. Faris tersenyum. Tak mau malukan ayahnya sahaja? Bagaimana dengan dia?

      “ Bolehlah pakai track dan T shirt dulu sebab kita nak practice pukul bola saja. Ayah kata kalau awak dah pandai baru kita main betul-betul. Lepastu bolehlah kita cari pakaian golf dan juga kasut golf untuk awak. Kalau betul dah pandai baru beli golf set. Buat masa ni awak guna set yang Tok punya dululah. Nanti Tok boleh ajarkan juga ‘club’ mana nak pakai”. 

Wah sampai begitu sekali kalau nak main golf?. Kena siapkan semua kelengkapan begitu. Pasti mahal harganya. Dia pernah dengar satu set golf ‘club’ boleh mencapai hingga puluhan ribu. Golf menurut Tan Sri Omar adalah antara salah satu sukan yang memerlukan banyak wang. Namun Layla mengangguk jua. Teruja juga dia untuk main golf. Tak sangka pula Tan Sri mengajak dia walaupun hanya untuk latihan memukul bola golf.

Sebaik saja Faris turun, Layla membuka begnya. Dia mengeluarkan sehelai T-Shirt lengan panjang berwarna biru dan track suit warna hitam. Untuk disesuaikan dengan baju itu dia menyarungkan tudung lilit berwarna biru corak paisley. Tudung itu dipakai dan disemat dengan keronsang Chanel hadiah Tok Zauyah padanya sewaktu perkahwinan dulu. Wajahnya disolek nipis hanya dengan bedak dan sedikit gincu warna samar berry. Selepas puas hati Layla pun turun ke bawah mendapatkan Faris yang sedang berbual dengan Tan Sri Omar di foyer mahligai itu.

Faris sedang berbual-bual dengan bapanya di perkarangan rumah sambil menanti gadis itu. Tok Zauyah juga ada sama. Mereka semua berbual tentang golf tournament yang bakal diadakan beberapa minggu lagi dan juga perkembangan syarikat. Dalam ekonomi dunia yang merosot nampaknya perniagaan mereka dalam sektor hartanah juga nampaknya merosot. Sekarang syarikat perlu bergantung pada sektor pembinaan kerajaan. Tan Sri Omar merasa risau. Sebagai syarikat yang sahamnya diniaga di Bursa saham apa sahaja boleh berlaku. Dia risau kalau mereka tidak dapat memuaskan keinginan pemegang saham. Dia menyatakan kerisauan pada anaknya itu dan Tok Zauyah. Faris memahami perasaan bapanya. Namun, apabila dia melihat wajah ceria Layla yang turun dia terpempan dan lupa kata-kata bapanya itu seketika. Lain betul penampilan Layla hari itu. Dia tak dapat nafikan lagi gadis comel itu nampak ekslusif hari itu.Nampak segar, ceria dan sangat berseri seolah matahari hanya bersinar padanya.

Mereka menunggu Nabilah pula, tapi di saat akhir, Nabilah tidak jadi pergi pula. Jadi hanya mereka berempat sahaja kali itu. Mereka tiba di driving range salah sebuah kelab golf yang terkenal di Kuala Lumpur itu tepat pukul 8 pagi. Tan Sri sering ke situ untuk berlatih memukul bola sambil berbincang dengan Faris mengenai perniagaan. Dia saja membawa Faris sekali supaya Faris dapat mengajar Layla cara bagaimana untuk memukul bola golf sementara berbincang tentang perniagaan. Sejak kecil Faris telah diajar bermain golf walaupun tidak sehebat mana tetapi kadang-kadang dapat juga dia bawa balik hadiah kemenangan. Tan Sri siap mengupah jurulatih untuk anaknya itu dulu. Tok Zauyah pun pandai juga bermain golf. Dulu semasa suaminya masih hidup mereka sering bermain dalam flight yang sama.

Layla memerhatikan Faris memukul bola golf dengan lentikan mekanik badannya yang kemas. Bola golf yang dipukul melantun cantik melebihi kawasan bertanda 170 kaki. Tan Sri menepuk bahu anaknya. “Beautiful swing and nice shot Faris!” puji Tan Sri Omar pada anaknya itu. Faris tersengeh bangga kemudian memandang Layla yang juga teruja. Dia tersenyum pada gadis itu. Layla menoleh. Eh, dia senyum pada aku kah? Desis hati Layla hairan. Jarang senyuman begitu ditujukan padanya. Kemudian Tok Zauyah pula menunjukkan skilnya. Untuk seorang wanita yang agak berumur, pukulan Tok Zauyah boleh tahan juga walaupun tak sejauh 170 kaki.

     “ Kita ladies ni selalu berhati-hati memukul. Tak jauh tapi jarang masuk hutan. Kalau yang lelaki ni kelam kabut pukul sampai masuk hutan dengan bunker. Kurang betul sabarnya” Ujar Tok Zauyah sambil ketawa kecil.

     “ Tapi slowlah Tok. Kalau macam tu sampai bilalah tak dapat birdie.” Balas Faris. Tok Zauyah ketawa lagi. Layla mendengarkan sahaja. Satu apa pun dia tak faham apa yang mereka katakan. Mereka seperti bercakap bahasa lain di pendengarannya. Bunker? Hutan? Birdie? Angry bird? Ini cerita fairy tale ke apa? Nampaknya dia perlu belajar istilah main golf itu.

      “ Layla, awak nak try pukul tak? “ Tanya Faris tiba-tiba pada gadis itu yang diam sejak tadi.

     “ Boleh juga. Seronok juga tengok you all pukul bola tu.” Ujar gadis itu.

      “ Mari saya ajar sikit….kalau nak pukul bola macam saya buat tu awak kena ambil club nombor 8.” Baru Layla perasan semua club yang dibawa dalam golf set itu ada nombor rupanya. Faris mengambil posisi di carpet hijau itu. Dia mencucuk tee kemudian meletakkan bola golf di atas tee tersebut. Dia pun menunjukkan bagaimana untuk memukul bola itu. Layla di suruh cuba. Banyak kali juga bola itu “topple”. Menghayun club bagai nak rak tapi bolanya melompat ke depan tak sampai satu kaki pun. Faris hanya gelakkan sahaja. Nampak sangat dia seronok Layla buat silap begitu. Ada masa bola naik ke atas bumbung pula. Sah Layla memang fail!

     “ Tak apa Layla, Tok pun selalu macam tu dulu.” Ujar Tok Zauyah bagi semangat. Tan Sri Omar pun berkata yang sama. “ Lama-lama pandailah tu” ujar lelaki itu.

     “ Tu lah tak dengar cakap pro macam saya. Cepat letak tee dan bola. Awak pukul sekali lagi sampai betul” Layla pun memegang club kemas-kemas. Membengkokkan kakinya sedikit lantas menghayun badan dan memukul bola tersebut. Kali itu pukulannya hampir betul kerana bola golf terlontar ke hadapan tapi tidak sampai 50 kaki pun.

      “ Lembutkan sikit badantu. Kalau pukul macam robot keras semacam manalah bola nak pergi jauh” Bebel Faris. Sakit telinga Layla. Dia memang tak ada skil jadi pengajar langsung. Anak murid boleh lari kalau garang macam itu.

       “ Lembut macam mana? Saya tak faham.” Tanya Layla geram.

       “ Macam ni lah ish!” Faris lantas menghampiri Layla dari belakang untuk membetulkan cara Layla berdiri dan memegang club. Perlakuannya itu seolah memeluk Layla dari belakang sahaja lakunya. Bergetar jiwa di buatnya bila Faris terlalu rapat begitu sekali dengannya. Terasa hangat dan selamat malahan Layla boleh membau minyak wangi Eternity yang Faris pakai. Rapatnya mereka dimana kedua-dua tangan Faris juga memegang kedua-dua tangan Layla yang memegang club itu. Kemudian Faris membawa badan Layla bersamanya menghayun bola tersebut sama-sama. Bola golf terlontar ke kawasan menghampiri 100 kaki.

     “ Ha! Macamtu lah baru cantik” ujar Faris berbisik di telinga Layla. Nafasnya terasa hangat di telinga. Meremang bulu roma Layla. Faris mengajarkah atau mengambil kesempatan ke atasnya? Layla sedikit meronta kerana rimas. Faris bila merasakan Layla meronta itu serta merta melepaskan tubuh Layla yang kecil itu. Ikut hati memang dia nak terus buat begitu sampai habis. Bila lagi. Peluang macam tu bukan selalu datang. Fikirnya nakal. Tapi nanti pelik pulak kalau orang tengok. Terutama ayah dan neneknya. Tok Zauyah dan Tan Sri Omar berpandangan sambil tersenyum penuh makna di antara satu sama lain.

     “ Cuba awak buat lagi. Kali ni mesti sampai ke 150 kaki tu.” Arah Faris kepada Layla. Layla mengangguk. Dia kena pukul bola tu sehingga 150 kaki jika tidak mahu dengar lagi bebelan Faris yang membosankan itu.

       " Layla kalau pandai nanti boleh masuk tournament golf."

        " Entahlah tok...saya pukul bola pun macam apa je...macamana nak masuk tournament"

        " Tak pe, Faris boleh ajar sampai pandai!" Aah yelah tu sangat. Tengok muka Faris yang garang itu, Layla tak pasti dia boleh pandai. Stress adalah!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku