Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 46
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
25216

Bacaan






Malam itu bila mereka berdua saja dalam bilik Faris berkata dengan girangnya pada Layla. Waktu itu Faris di katil dan Layla di sofa. Layla sudah siap dengan bantal dan selimut untuk tidur.

     “ Tak sangka awak dapat Harvard ye. “ Faris pula yang seronok semacam. Kalau boleh mahu saja dia memeluk gadis itu sekarang juga tapi melihatkan wajah gadis itu yang kelat tiga macam dia memadamkan sahaja niatnya.

     “ Kenapa? Awak ingat saya ni tak layak ke nak dapat university macamtu?” Tanya Layla segera bunyi macam tidak puas hati. Layla geram kerana Faris tidak berkata apa-apa kepada nenek dan ayahnya untuk tidak mengikut Layla ke sana. Macam-macam alasan dia boleh bagi tapi boleh pula dia mengangguk-angguk tadi.

    “ Hmm…taklah macamtu…sebenarnya boleh tahan terror jugaklah awak ni kan. Saya ingatkan biasa-biasa je”. Ujarnya tersengeh. Huh! Baru tahu? desis hati Layla. Selama ini kau ingat aku budak bodohkan, tak ada standard? Dia tahu selama ini Faris memang pandang rendah padanya tetapi tidak mahu mengaku. Semuanya memang sangat jelas dengan layanan buruk Faris selama ini terhadapnya.

    “Awak tahu tak saya dulu grad from Harvard jugak?. “ Tanya Faris padanya bersungguh. Memang Layla tahu. Siapa tak tahu kalau merata dalam bilik itu semua ada momento dari Harvard. Gambar, bunting, logo dan gambar semuanya dari Harvard.

    “ So? “ Tanya Layla acuh tak acuh. Entah apa yang lelaki itu ingin katakan padanya. Tak ada makna apa-apa baginya kalau Faris juga belajar di Harvard dulu.

     “ Saya sukalah sebab isteri saya pun masuk Harvard jugak. Bukan senang nak masuk Top School ni. Syarat kemasukan dia agak susah tapi awak boleh ditawarkan tempat. Kira hebatlah!”Layla perasan penyataan yang merujuk pada isteri ditekankan sedikit. Dan ada nada bangga di suaranya. Hebat? Langsung tak. Ada ramai lagi yang lebih hebat. Bernasib baik mungkinlah. Hati Layla terasa janggal. Kemesraankah yang dia rasakan ini dari Faris? Atau adakah ini lanjutan dari sandiwara tadi. Tapi bukankah ini semua mengundang masalah? Bukankah lebih baik kalau mereka tidak mesra supaya tiada kenangan antara mereka. Supaya tiada siapa yang terluka menjeruk rasa apabila perkahwinan tersebut terlerai nanti? Agaknya dia perlu menyedarkan Faris tentang janjinya.

     “ Isteri? Oh Encik Faris, saya nak ingatkan awak ye, manalah tahu awak lupa atau buat-buat lupa. Ehem, saya ni isteri awak ke? Awak tak ingat janji yang kita buat dulu masa kat rumah saya tu...malam pertama kita kahwin?” Faris buat tak peduli. Dia buat-buat ralit membaca sesuatu di iPhonenya. Layla bengang. Nampak gayanya Faris memang sengaja menanggguhkan saja perbincangan mereka tentang pemergiannya ke Boston itu. Layla menunggu reaksi Faris. Namun Faris tidak juga berkata apa-apa.

      “ Faris, awak kata nak bincang. Boleh tak bincang sekarang? Saya dah mula rasa mengantuk ni tapi awak dari tadi tak kata apa-apa tentang awak nak pergi sekali tu. Saya nak dengar dari awak jalan penyelesaian ni sebelum saya tidur. Kan dulu kita dah janji tak mahu duduk sama bila saya pergi belajar. So apa kita nak buat pasal cadangan ayah dan Tok tu?” ujarnya serius.

Layla lihat wajah kelat Faris. Macam terpotong stim aje. Dia menghela nafas. Layla merenung wajahnya. Sambil memerhatinya itu dia tersedar betapa rupanya dah lebih tiga bulan dia tinggal di bilik ini, di mahligai ini dan sekarang yang sedang duduk mengadapnya di sofa ialah Faris Nabhan Omar, suaminya, suami pada nama sahaja. Layla amati wajahnya. Memanglah kacak macam nak pengsan tapi selama beberapa bulan itu belum ada sekelumit perasaan pun padanya. Opps sekelumit pun tak ada? Desis hati Layla mempersoalkan. Baiklah, mungkin ada sikit tapi penolakan Faris terhadap Layla sejak mula-mula dahulu telah membina satu tembok besar di dalam hati Layla menyebabkan yang sekelumit itu tidak bercambah mekar walaupun ada juga tindakan Faris yang mnguji perasaan perempuannya juga. 

Namun, cita-citanya mengatasi segalanya. Baginya tiada keistimewaan kalau wajah saja yang kacak tetapi dalamnya kosong. Lagipun, Faris masih tiada perubahan yang ketara. Dia masih belum mengerjakan solat yang cukup dalam sehari seperti yang Layla harapkan. Biarpun ada tindakan Faris yang menggetarkan jiwanya tetapi bila dia teringatkan tentang solat Faris yang tak sempurna hatinya jadi tawar pada Faris. Orang macam itukah yang akan menjadi imamnya dan bapa kepada anak-anaknya? Rasa macam tak layak. Sebab itulah dia masih tidak dapat menerima Faris.

Dia teringat kata-kata Asha sama ada dia cair dengan Faris ataupun tidak. Mahu saja dia tergelak. Entah apanya yang cair. Baginya Faris hanya rakan sebilik yang kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang raksasa yang hodoh.

     “ Awak serius tak mahu saya ikut ke Boston nanti? “ Tanya Faris bersungguh-sungguh. Jauh di sudut hati dia terasa. Layla tak nampakkah sejak-sejak akhir itu dia telah melayan gadis itu dengan lebih baik?

     “ Memanglah saya serius. Awak kan tahu sejak dulu lagi. Bukankah awak pun tak mau kita tinggal sama-sama sebelum ni kan? “ tanya Layla. Faris terdiam. Alamak! Menyesal dia kerana dengan egonya dulu meletakkan syarat seperti itu. Sekarang gadis itu telah menuntut semua itu darinya bila hatinya tidak mahu.

     “ Eh jawablah.” Ujar Layla kurang sabar bila Faris diam begitu tak berkata-kata.

     “ Yalah, kita dah janji macam tu. Tapi awak kan tahu syarikat nak set up cawangan di sana. Mestilah saya kena ikut awak. Macamana saya nak tolak” Betul juga.

     “ Kalau macam tu kita tinggal asing-asinglah.” Cadang Layla.

     “ Habis, nanti kalau Tok datang melawat, macamana? Mestilah terbongkarlah rahsia kita” kata Faris lambat-lambat. Layla meraup muka. Hisyh!

      “ Awak pun satu, kenapa awak tak tolak je tawaran bapa awak untuk projek usahasama tu. Buatlah alasan apa-apapun supaya awak duduk saja kat Malaysia kan senang. Awak tak perlu ke US sama-sama dengan saya. Kan dah jadi rumit macamni!”

     “ Awak ingat senangke nak buat macam tu? Saya yang buat cadangan ke Boston tu in the first place. Mana saya nak tahu awak dapat Harvard. Kalau awak dapat universiti lain bolehlah bagi alasan. Lagipun mereka dah suruh kita duduk sama. Ayah dengan Tok tu kalau dah bulat dengan satu-satu perkara bukan boleh disangkal lagi. Macam they all paksa saya kahwin dengan awak. Sama keadaannya. Nanti kalau Tok dah keluar dengan ugutan dia saya jugak yang susah.” Layla menggaru kepala yang tidak gatal. Nampaknya kalau mengikut kata Faris, Layla akan mengadap Faris lagi selama empat tahun. Oh, malasnya dia. Dan Faris juga tentu terpaksa.

       “ So, apa cadangan awak Faris?”. Faris berfikir sejenak.

        “ Kita ikut aje lah.” Layla terkejut seperti tidak percaya apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Kemudian buat muka cute bila menjawab. Dari tadi dia perasan yang Faris seolah suka kalau mereka pergi bersama-sama. Apa maksud semua ini? Hisyh! Geramnya dia!

        “ Ha? Awak jgn cakap belit-belit ye Faris. Dulu awak yang beria supaya kita berpisah. Ni sekarang awak nak ikutkan aje? Awak biar betul! “ suaranya sedikit meninggi.

       “ Yelah… kalau kita ikutpun awak bukan rugi apa, Layla” Layla seolah tidak percaya apa yang dia dengar. Terasa berbulu telinganya.

       “ Apa awak cakap? Cuba ulang sekali lagi” ujar Layla geram tidak puas hati.

         “ Ala kita buat macam sekaranglah. Kita tinggal bersama tapi lebih kepada rakan serumah. Tak kan awak tak biasa. Selama ni pun kita duduk sebilik macam kawan sebilik je kan?”. Ujar Faris menduga. Layla menghela nafas. Apa yang susah sangat Faris nak faham ni? Bukankah dulu dia yang kata nak duduk asing-asing?

       “ Tapi Encik Faris…. saya nak bebas macam student lain. Duduk dengan kawan-kawan yang sebaya. Mesti kawan-kawan saya akan tanya kenapa saya tinggal dengan awak. Awak siapa? Tak kan saya nak kata awak suami saya. Saya tak mahu mereka tahu saya dah kahwin dengan awak. Saya baru 18 tahun tapi dah kahwin. Isyh...malulah saya. Lagipun, kalau saya duduk dengan awak hidup saya akan boring tahu tak? Dahlah beberapa bulan ni saya tengok awak je. Lepastu terpaksa layan kepala angin awaktu pulak. Saya tak sanggup nak buat perkara sama untuk 4 tahun lagi” Layla telah pun ke sofa. Cuba menahan sangap. Mengantuk sungguh.

       “ Kenapa? Teruk sangat ke saya ni sehinggakan awak tak lalu nak mengadap saya setiap hari?!! ujar Faris seperti menduga. Memanglah gadis ini lain dari yang lain. Ada ke dia bosan mengadap aku? Apa aku tak cukup handsome ke? Getus hati Faris tak puas hati.

   “ Nanti kalau saya cakap awak tersinggung pulak. Hmm…tapi itulah kenyataanya. Awak ni Encik Faris sangat membosankan. Tengok, sayani bila cakap dengan awak mesti rasa nak tidur.” Katanya sambil tergelak-gelak geli hati. Kemudian terfikir kalau-kalau Faris mengamuk pula. Argh! Tolong jangan mengamuk. Faris senyap seketika. Alamak, dia marah ke? Layla dibalut risau.

     “ Amboi kalau mengutuk, mulut awaktu macam tak de insurans. Nanti saya datang ke sofa tu cium awak baru tahu! “ balas Faris marah. Layla terpempan. Betulkah apa yang dia dengar? Sangapnya hilang seketika. Biar betul. Layla menoleh pada Faris di katil. Dia sudahpun merebahkan badan. Matanya merenung tajam pada Layla.

      “ Apa pandang-pandang? Awak nak saya pergi kat sofa tu? “ ugutnya. Wajahnya serius. Layla terkedu tidak menjawab. Terasa terbang semangatnya. Cepat-cepat dia tarik selimut menutupi muka. “ Hmm tahu takut…” ejeknya. Dengar suara ketawa mengekek dari Faris. Tak guna! Persoalannya masih lagi tidak berjawab. Kenapa Faris berdolak-dalih pula? Bukankah ini yang dia mahukan?

      “ Err Faris…..saya nak bagi tahu ni yang saya serius tak mahu awak duduk sama-sama dengan saya di Boston. Awak duduk apartment,  saya duduk dengan kawan-kawan. Boleh tak Faris? Tolonglah saya.” Layla guna taktik memujuk pula masih tidak puas hati dari celah selimut. Faris naik angin tiba-tiba. Tersinggung kerana terasa dia tidak diperlukan oleh Layla dalam hidupnya. Faris hanya diam. Malas dia hendak menjawab.

     “ Bolehkan…” pujuk Layla lagi.

      “ Eh tidurlah! Malam-malam macam ni nak membebel. Kalau awak bersuara lagi lepas ni siap awak…saya akan terus tidur dengan awak malam ni.” marah Faris. Layla tersentak kemudian mendengus. Hisyh ke situ pulak dia! Sungguh Layla tak rela! Menyampah betul dia pada Faris! Tak habis-habis mengugut dia dengan cara itu macamlah tak ada modal lain. Bosan betul!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku