Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 47
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(76 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23489

Bacaan






Faris sampai di pejabatnya lebih awal. Ada kerja yang perlu diselesaikan pagi-pagi itu. Sekejap lagi dia perlu bersemuka dengan ketua yang mewakili pekerja-pekerja buruh Indonesia yang bekerja dengan syarikatnya. Jadi, sebelum itu dia mahu meneliti dulu maklumat-maklumat berkenaan pekerja-pekerja itu. Sejak akhir-akhir itu banyak konflik yang melibatkan mereka. Oleh itu dia mahu dapatkan pandangan dari ketua mereka sendiri apa masalahnya. 

Dengarnya pekerja-pekerja itu ingin mengugut untuk melancarkan mogok tak lama lagi. Kalau itu berlaku sudah tentu memberikan masalah pada syarikat. Banyak kerja pembinaan yang masih dalam proses dan mengejar deadline. Sebenarnya tugas itu patutnya diuruskan oleh adiknya Wafiq tapi nampaknya Wafiq seolah tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Malahan dia juga mendengar banyak rungutan terhadap adiknya itu. Tapi seperti selalu Faris tidak suka buruk sangka tanpa menyelidik terlebih dulu. Dia lebih suka dapat maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan.

     “ Kita berhentikan saja mereka tu abang. Bukan susah nak cari pekerja lain. Semua besar kepala sebab kita banyak sangat bagi kemudahan pada mereka.” Cadang Wafiq semalam di ofis bila dia bertanya tentang masalah itu.

     “ Ye ke Wafiq? Tak apa I look into it first. Nanti kita bincang lagi.”

     “ Nak bincang apa lagi dengan they all tu abang? Buang masa. Kita cantas terus sebagai peringatan pada yang lain tu supaya tak melebih. We need to show them who is the boss bang!” ujar Wafiq.

      “ Betul Wafiq, tapi sebelum buat apa-apa kita kena selidik dulu. Nanti kita aniaya orang pulak.”

      “ Sejak bila abang jadi baik ni? Dulu tak kisah pun pasal aniaya bagai.” Sindir Wafiq.

     “ Kita cakap pasal manusia Wafiq. Abang tak mahu kita kena saman atau kena tindakan undang-undang mengenai hal pekerja buruh asing ni. Kerajaan dah mula pantau masalah layanan buruk terhadap buruh asing dan pembantu rumah Indonesia ni sekarang. Abang tak mahu hal macamni memburukkan nama syarikat kita dan dah tentu nama ayah.”

      “ Hmmm ikut abanglah. Tapi percayalah kata saya yang abang buang masa. Kalau abang layan sangat mereka mesti mereka banyak lemak minta macam-macam. Ini pun dah komplen macam-macam.” Balas Wafiq berlepas tangan.

Faris termenung seketika memikirkan masalah itu. Sekurang-kurangnya sebelum dia berlepas ke Boston semua masalah itu selesai dan semuanya berjalan baik. Jadi kalau dia tinggalkan pun semuanya dia tidak akan risau lagi. 

Bukan itu sahaja yang bemain dalam fikirannya. Dia juga terfikirkan Layla dan perbincangannya dengan gadis itu semalam. Dia sedikit tersinggung sebenarnya bila melihat penerimaan negative Layla terhadap keputusannya mengikut gadis itu ke Boston. Entah kenapa gadis itu masih tidak dapat menerima dia. Tak bolehkah dia lupakan sahaja perjanjian mereka? Dia teringat Nora. Mungkin setiausahanya itu dapat membantunya seperti selalu.

Dia menekan butang intercom. “ Nora, buatkan kopi untuk saya.” Pintanya pada setiausahanya terasa haus pula meskipun sudah sarapan pagi tadi. Nora yang berhijab trendy dari kain chiffon itu masuk membawa satu mug kopi dan meletakkannya di tepi Faris.

       “ Nora, duduk sekejap. Saya nak bincang sikit dengan awak” Faris mengarahkan. Nora tersenyum lantas melabuhkan punggungnya. “ Ada apa bos?”

       “ Ni saya nak tanya, agak-agak you lah apa yang kurang dengan saya ni ye untuk seorang perempuan?” Nora tersentak. Ingatkan nak tanya pasal kerja tapi soalan personal pula yang keluar dari bosnya itu. Pasti Faris ingin bercakap tentang Layla agaknya. Soalan yang susah untuk dijawab kerana bosnya itu pada pandangan Nora dah memang perfect. Tak nampak apa yang kurang setakat itu. Nora pun senang bekerja dengannya walaupun dia akui ada anginlah juga bila kerja yang dibuat tak kena. Selain dari itu elok sahaja.

      “ Kenapa bos? Bos ada masalah ke?” Tanya Nora berhati-hati. Tak mahu menyentuh kisah peribadi bosnya itu walaupun sejak akhir-akhir itu sering bertanya dia macam-macam tentang Islam dan perempuan berhijab bahkan baju renang muslimah bulan lalu.

     “ Saya cuma hairan kenapa sampai sekarang Layla tak boleh terima saya. Saya dah layan dia dengan baik tapi dia masih tak sukakan saya. Itu saya nak tanya awak sebagai seorang perempuan apa kekurangan saya. Agaknya apa yang saya perlu lakukan supaya dia terima saya ye?.” Nora menghela nafas. Diapun baru berkahwin tak sampai lima tahun sudah tentu bukan arif dalam hal-hal rumahtangga seperti itu. Kalau melihat secara luaran mungkin tiada cacat cela pun Faris di matanya. Memiliki semua dari rupa dan harta. Anak jutawan pula.

 Butakah Layla itu? Namun yang lain-lain dia tidak tahu pula. Tapi mungkin Layla ada fikirannya sendiri. Mungkin apa yang Layla mahukan tiada pada Faris agaknya. Ataupun mungkin gadis itu perlukan masa lantaran usia yang masih muda. Mengikut Faris dulu pun dia kahwin dengan Layla atas permintaan keluarga. Payah juga kahwin aturan keluarga ni. Yang kahwin suka sama suka dan sudah berdating lama pun boleh bermasalah apatah lagi aturan keluarga seperti itu yang kedua-duanya tidak kenal hati budi masing-masing. Namun, jodoh tak boleh nak diagak. Ada yang aturan keluarga elok saja bahagia yang kenal bertahun-tahun suka sama suka pulak berantakan.

       “ Saya pun bukan pandai dalam hal ni Encik Faris.” Nora merendah diri.

      “ Tapi kan awak seorang perempuan. Pasti faham tentang perempuan. Sebelum ni nasihat awak banyak bantu saya jadi manalah tahu yang ini pun boleh bantu sama.”

      “Err…macamana ye…err.. mungkin Encik Faris kena selidik apa yang Puan Layla mahukan tak? Mungkin kriteria yang dia mahukan dari seorang suami ke? Perempuan ni kompleks sikit. Dia tak cakap tapi dia mahu lelaki faham apa yang dia nak. Cubalah selidik dari best friend dia ke, emak dia ke. Dari cerita Encik Faris dulu saya tahu Puan Layla tu tegas orangnya dan juga sedikit keras hati. Cuba Encik Faris cari apa yang menyebabkan dia masih tak boleh terima Encik Faris sebagai suaminya. Bila Encik Faris dah tahu nanti cubalah Encik Faris sesuaikan dengan diri. Ikut seperti yang dia nak. Manalah tahu bila buat macam tu terbuka hati dia terima Encik Faris.” Kata Nora panjang lebar. 

 Aduhai, pandainya dia menasihat pula, desis hati Nora. Rumahtangga sendiri pun belum sempurna. Semalam baru sahaja betegang urat dengan suaminya tentang rumah yang hendak mereka beli lantaran perbezaan keinginan masing-masing. Namun meskipun selalu bertegang urat, syukurnya cinta mereka masih utuh. Lepas bergaduh selalunya mereka akan berbaik semula dan tidak pernah menyimpan dendam.

Faris mengangguk-angguk. Betul juga. Apa agaknya yang Layla mahukan? Apakah yang perlu dia buat supaya Layla dapat menerima dia? Kompleks betul si Layla itu untuk difahami. Kalau wanita-wanita lain senang sahaja dia faham tapi tidak Layla.

    “ Tapi kalau Nora macamana? Apa yang Nora nak dari suami Nora?” Tanya Faris. Nora tersentak.

     “ Eh saya pulak Encik Faris?, Keadaan saya lain, Puan Layla pulak lain.”

     “ Manalah tahu sama….saya betul-betul clueless dengan Layla ni. Dia lain dari semua wanita yang saya kenal. Dia pakai tudung sama macam awak. Tolonglah saya.” Pinta Faris.

    “ Baiklah tapi saya harap Encik Faris tidak sensitif, saya tak cakap Encik Faris kurang agama tapi orang perempuan ni kadang-kadang dia suka kalau suami dia tu alim sikit. Dulu, masa saya nak pilih suami saya, saya pastikan suami saya tu solat 5 waktu tak tinggal, pandai baca Al-Quran, cukup puasa, tidak merokok , tak buat dosa besar seperti minum arak dan zina, dan juga boleh imamkan solat. Lagipun bapa saya imam di kampung kami. Jadi, senarainya panjanglah sikit. Kalau tak, payah bapa saya nak terima suami saya tu. ” Jawab Nora pada Faris yang terkedu. 

Panjang betul senarainya. Kalau kena senarai tu pada dia memang sah-sah gagal. Dia simpati pada suami Nora. Mesti jenuh untuk penuhkan syarat yang panjang seperti itu.

     “ Suami awak tak ada masalah ke nak satisfy itu semua?” Tanya Faris. Nora tersenyum.

     “ Ada jugak terutama bab merokok tu. Tapi sebab nak betul-betul kawin dengan saya dia berhenti merokok.”

     “ Oh begitu. Bagusnya dia.” Faris senyap seketika.

      “ Baiklah Encik Faris, saya minta diri dulu. Encik ada apa-apa lagi? “ ujar Nora bila melihatkan Faris yang mula termenung menerawang entah ke mana, memberikan ruang untuk bosnya itu berfikir tentang kata-katanya itu.

     “ Itu saja Nora, thanks for the advice. I really appreciate it. Kalau Heryanto datang sekejap lagi bawakan saja dia ke sini ye.”

     “ Okay boss.” Akur Nora lalu keluar dari ofis Faris itu kembali ke tempat duduknya di luar menyelesaikan kerjanya yang masih tertangguh. Cukuplah untuk hari itu menjadi kaunselor perkahwinan pulak untuk bosnya!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku