Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 50
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 April 2014
Buku ini sudah terbit! Sekarang telah berada di MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan dengan anda.Berada di tangga 18 dalam carta Local Best Seller MPH selepas 10 hari :) Jangan ketinggalan mendapatkannya ye!
Penilaian Purata:
(106 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
26893

Bacaan






     “ Apa ye kita nak cari untuk ayah ni?” Tanya Layla pada Faris sebaik saja mereka berada dalam perut kereta Sport itu menuju ke pusat membeli belah di One Utama. Mereka baru saja bertolak dari mahligai Bukhari 30 minit yang lepas. Layla seperti yang diminta sudah siap di foyer menunggu Faris dengan dress paisley berwarna cream yang dipadankan dengan jaket polos berwarna biru. Tudung pula dari jenis kain crepe ber jalur warna cream biru yang dililit dan ditarik sehingga labuh ke dada dan kemudian disemat dengan kemas menggunakan kerongsang pepatung berwarna biru aqua. 

Wajahnya disolek nipis seperti biasa. Dia menunggu seperti yang diminta oleh Faris dengan beg Luis Vuiton tersandang di bahu. Itulah satu-satunya beg yang dia ada. Itupun hadiah hantaran dari Faris konon-kononnya sedangkan dia tahu Tok Zauyah yang belikan. Dia besyukur ada juga beg yang bergaya sedikit. Kalau tidak dulu dia hanya pakai beg Adidas sahaja kalau ke mana-mana. Bila Faris sampai sahaja tadi mereka terus bertolak.

    “ Mungkin jam, briefcase, pen?” Faris memberikan cadangan. Layla mengangguk-angguk pada lelaki yang masih berpakaian kerja berwarna biru gelap itu yang sedang memegang stereng. Tampak handsome dan gagah pula tiba-tiba di pandangan Layla. Agaknya warna biru memang sesuai untuk lelaki itu, justeru ketampanannya menyerlah. Ataupun sebab pagi tadi dia ternampak julung-julung kalinya Faris bangun solat subuh seterusnya menyebabkan pandangannya sedikit berubah terhadap lelaki. Eh, Faris dah insaf ke? Kalau tidak pun mungkin Layla yang demam atau sakit mata pagi tadi, nampak apa yang tidak ada. Tapi serius bila dia bangun pada pukul 6 pagi lelaki itu telahpun duduk tahiyat akhir dan memberi salam. Beberapa kali dia genyeh mata kalau-kalau masih bermimpi. Tapi lelaki itu tidak menegurnya. Malahan terus ke katilnya dan tidur semula.

    “ Itu aje? Lagi?” tanya Layla pada Faris.

     “ Cerut, diary, shirt …eh…tak kan saya sorang aje yang kena perah idea ni. Awak pulak bagi idea, barulah adil.” Ujar Faris tersenyum pada Layla. Dia melirik seketika pada gadis itu yang tenang sahaja di sebelahnya. Sangat sesuai baju dan tudungnya hari itu. Semuanya nampak comel pada mata Faris. Comelnya rasa macam nak berhentikan kereta dan cium-cium pipi gadis itu. Tapi nanti dia dah macam orang gila pulak. Mesti Layla terkejut dan lari lintang-pukang tinggalkan dia. Elok-elok dah jinak sikit larilah pulak. Siapa yang susah, abang dia ni lah jugak, desis hati Faris.

     “Hmm apa ye? Lukisan? Perfume, buku, desk organizer, paper weight……”

    “ Okay, awak pilih satu dari senarai yang kita sebut tadi. Kemudian kita terus ke kedai dan beli. Jadi tak buang masa.” Cadang Faris pada Layla. Layla mengangguk. Betul juga, katanya dalam hati. Mereka bukan ada banyak masa pun. Sekarang pun sudah pukul 5.30. Nanti kalau sampai di sana sudah pukul 6.

     “ Ha saya tahu. Saya nak pilih desk organizer. Boleh ayah guna  desk organizer tu di office.” kata Layla teruja.

     “ Kalau macam tu kita pergi ke Royal Selangor. Cari desk organizer yang sesuai. Lepas tu boleh kita engrave nama kita berdua pada organizer tu. “From Faris and Layla with love”. How is it? Brilliant kan saya ni..” Faris tersenyum bangga. Memanglah mamat ni tak habis-habis. Kalau ada peluang saja untuk masuk bakul angkat sendiri memang cepat saja dia ambil.

      “ Ye brilliantlah sangat Encik Faris.” Tapi sebenarnya Layla pun memang suka dengan cadangan itu.

      “ Eh awak tak suka ke? Kalau tak suka boleh ubah. Pilihlah apa-apa lagi dari senarai tu.” Ujar Faris tersengeh.

     “ Serius saya suka. Personal sikit.” Akur Layla.

     “ Saya pun suka. Kalau saya belikan hadiah untuk awak nanti pun saya akan pilih sesuatu yang khas untuk awak. Macam tu juga. Eh awak nak apa? Hari ni jugak saya beli” Amboi. Macam tu sekali? Tiba-tiba nak beli hadiah. Layla rasa tidak selesa. Kenapa Faris nak berbaik dengannya pulak sekarang? Serius dia rimas.

    “ Tak apa lah Encik Faris, birthday saya lambat lagi. Simpan aje lah duit awak tu.”

      “ Ish, orang nak belikan hadiah pun tak nak.” Tanya Faris hairan.

      “ Kalau nak belikan tanya-tanya macam tu tak thrill. Saya suka hadiah yang surprise. Saya tak cakap tapi orang tahu. Tapi sebenarnya bagi saya hadiah apa tak berapa penting, tapi ingatan tentang hari-hari yang bermakna untuk seseorang itu yang penting . ”

     “ Kompleks la perempuan macam awak ni. Tanya tak boleh tapi kalau dah tersilap beli nanti tak suka pula. ”

     “ Awak kan brilliant, banyak kawan perempuan tak kan lah tak tahu apa nak dibeli untuk seorang perempuan.” Sindir Layla.

    “ Wah menyindir nampak. Kalau tak mahu tak payahlah lebih-lebih.” Jawab Faris sedikit angin. Gadis itu memang suka sangat cari gaduh dengannya. Dia dah cakap baik-baik tadi kenapa gadis itu mesti nak menyindirnya sahaja.

    “ Awak jugak yang cakap dalam perkahwinan kita ni saya jangan expect apa-apa termasuk hadiah untuk birthday dan segala-galanya. Sekarang awak nak belikan saya hadiah pula. Saya kelirulah dengan awak. Boleh tak kita ikut sahaja apa yang kita dah janji. Kan senang!”

Faris terdiam. Ke situ pulak dia. Lagi-lagi janji itu. Kenapalah degil sangat gadis itu. Susah sangatkah untuk terima sahaja yang dia sudah berubah sikit dari Faris yang mula-mula mengahwini gadis itu. Tak dapat petunjuk ke yang dia tak berapa mahu lagi mengikut perjanjian itu? Tapi Faris tidak terkata apa-apa. Dia serba salah.

    “ Hmm ikutlah. Saya tak mahu paksa orang yang tak suka.” Ujar Faris sedikit kecewa. Dia merenung hari-hari depan yang mencabar dalam menyempurnakan misinya menakluki hati Layla kalau Layla masih bersikap begitu. Masing-masing terus membisu melayan perasaan masing-masing selepas itu sehinggalah ke pusat beli-belah One Utama itu . Mereka akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Mujur lalulintas ke tempat membeli-belah itu agak lancar maka kerana mereka merentang arus di waktu orang ramai keluar dari pejabat.

Sesampai sahaja di tempat parkir, entah apa kena Faris cepat-cepat keluar membukakan pintu kereta untuk Layla sambil terseyum. Amboi! Romantiklah pulak. Seumur hidup Layla belum pernah ada orang buka kan pintu kereta seperti itu. Mamat handsome pulak tu. Terleka Layla seketika. Mujur tidak keluar ayat-ayat seperti “wahai tuan puteri ku ke, oh sayang ku ke? “ kalau tidak terus Layla terpotong stim sebab terlalu klise baginya.

Faris menyua tangannnya membantu Layla keluar macam tuan puteri. Aduhai apa kena pulak Faris itu. Tadi dah gaduh. Boleh pulak jadi macam ni? So unpredictable! Tangan lelaki itu terasa hangat di tangannya. Entah kenapa selepas menutup pintu pun Faris masih lagi tidak melepaskan tangannya. Layla cuba merentap tangannya. Faris menguatkan pegangan.

     “ Eh, lepaslah.” Marah Layla. Apa hal nak pegang-pegang tangan pula?

     “ Tak ingat syarat ke? Dalam janji kita tu kita kena berlakon jadi pasangan bahagia pada pandangan orang lain. Salah satu caranya nak tunjuk bahagia ialah pegang tangan. Ha tadi awak juga yang suruh saya ikut syarat. Sekarang jangan tak mahu ikut pulak. Pegang tangan saya!” arah Faris. Layla tersentak. Amboi, dah keluar dah kembar dia si raksasa itu. Kalau dah keluar takut pula Layla. Terpaksalah dia mengikut. Muka Layla sedikit merah. Sebenarnya dia malu berpegang tangan begitu di khalayak ramai. Namun yang peliknya bila Faris genggam jari-jarinya dia rasa selamat. Perasaan halus mula terasa singgah di hati. Kenapa dia rasa begitu? Tak mahu tapi mahu? Ish, mengadakan aku ni? Mahu tapi malu! Memanglah tak malu! Tapi, bukan dosa pun. Dia kan suami aku! Dia mengingatkan diri sendiri. Faris pula tersenyum suka. Wah, sedikit kemajuan ni Faris. Yes, caiyok!

Sepanjang perjalanan ke Royal Selangor yang terletak di tingkat bawah pusat beli belah itu mereka terus berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Layla terasa janggal meskipun Faris tersenyum lebar sentiasa. Seronok berjalan di sebelah gadis itu. Rasa bangga pun ada. Lebih dari yang penah dia rasa bila berjalan dengan Ariel. Ada masa tangannnya menyauk pinggang gadis itu seketika terutama bila ada ramai pengunjung-pengunjung lain melalui koridor yang sama dan koridor itu jadi sempit. Oleh itu dia terpaksa menarik gadis itu ke sisinya supaya dapat berjalan dengan cepat. Layla hampir terjerit tapi malu pula di hadapan orang ramai berbuat begitu. Jadi jeritannya tidak keluar. 

      “ Eh, awak jangan lebih-lebih. Tadi kata pegang tangan sahaja.” Bisik Layla marah. Faris tersengeh. 

       “ Peluk pun termasuk juga tau.” Bisik Faris. Layla mendengus geram. Kalau waktu nak paksa dia begitu boleh pula ikut perjanjian!

Mereka akhirnya tiba di Royal Selangor itu disambut oleh seorang jurujual di situ. Faris meminta untuk melihat desk organizer yang sesuai. Jurujual di situ lantas mengeluarkan beberapa design desk organizer yang dibuat dari pewter. Semuanya nampak cantik dan ekslusif. Layla terpegun melihat kekemasan buatan barang-barang dari Pewter itu. 

Akhirnya mereka memilih satu design desk organizer bermotifkan hiasan wau. Desk organizer itu mempunyai ruang untuk meletak alat tulis, paper weight dan juga pemegang kad dan surat. Di depannya boleh pula di ukir dengan laser untuk ungkapan personal. Faris memilih untuk meletakkan ungkapan“ The Best Dad in the World” dan di belakangnya pula diukir dengan saiz tulisan yang agak kecil untuk nama pemberi pula. Faris minta untuk ditulis “ from Faris and Layla with love”. Layla main setuju sahaja kerana dia pun suka hadiah seperti itu. Bila siap, Faris meminta jurujual itu untuk membalutnya dengan kertas hadiah dan dimasukkan dalam beg kertas dari Royal Selangor juga. 

Selesai sudah bab mereka mencari hadiah untuk Tan Sri Omar. Lega rasa mereka berdua. Masa untuk mereka ke agenda seterusnya. Mungkin untuk makan tapi jam di tangan telah menunjukkan hampir 7.45 malam. Layla melirik jamnya lalu mendongak pada Faris.

     “ Err…awak , saya nak cari surau sekejap. Dah masuk Maghrib ni.”

     “ Okay, kalau macam tu jom kita cari sama-sama. Kita pergi ke Information Centre. Dekat situ kan ada senarai kedai dan kemudahan dalam bangunan ni. Mesti dia akan tulis surau di mana.” Cadang Faris.

Layla mengangguk. Mereka berdua pun ke Information Centre seperti yang dicadangkan. Akhirnya jumpa juga surau di bangunan itu walaupun lama juga berpusing-pusing dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Layla pula tidak pernah ke One Utama jadi dia tidak arif tentang selok-belok bangunan itu dan di mana suraunya. Selalunya di mana-mana pusat membeli belah yang besar memang ada surau. Jadi memang mudah untuk solat sambil bershopping sebenarnya hanya perlu rajin mencari dan bertanya.

       “ Nanti kita jumpa balik di sini ye dalam 15 minit.” Ujar Faris sewaktu mereka menghampiri lorong untuk ke surau.

       “ Okay” jawab Layla lalu bergerak ke surau. “ Eh, awak tak ikut sekali? Tempat solat lelaki ada di sebelah tempat solat perempuan tau“ ujar Layla.

     “ Eh ye ke? Baiklah I follow you la madam .” sambutnya. Mana dia pernah solat di shopping complex seumur hidupnya. Waktu solat pun tak ingat apa tah lagi tempat solat. Sekurang-kurangnya bila dengan Layla solatnya terjaga. Macamana agaknya rupa surau di shopping complex. Bersihkah?

      “ Ha, follow jangan tak follow. Tapi sampai depan pintu surau wanita aje ye. Surau lelaki kat sana. Nanti semua orang dalam ni menjerit tengok awak masuk!” kata Layla. Faris ketawa sendiri gelihati. Perasan yang dia telah mengikut Layla membuka kasut di depan surau wanita. Punyalah dia mengikut gadis itu sampai tak perasan dia sudah di hadapan surau wanita.Ye tak ye jugak. Tak kan nak follow sampai surau wanita pulak! 

 Layla tersenyum. Hatinya seronok juga bila melihat Faris nak ke surau. Agaknya tidak sia-sia dia mendoakan Faris dilembutkan hati untuk menunaikan solat. Pagi tadi waktu subuh dan sekarang Maghrib pula. Alhamdulillah. Layla mengucap syukur sangat-sangat dalam hati. Satu permulaan yang baik untuk Faris mungkin! 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku