CHA HUM HUM
BONUS: HANG
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 April 2014
Watak-watak dalam novel ini adalah sebuah lukisan zaman silam. zaman penuh pancaroba. Di mana yang hak berpaksi melawan yang batil.Tiada kena mengena yang masih hidup atau yang telah PERGI Kerana dendam dia datang! Bab-bab di dalam novel ini tidak dimuatnaik sepenuhnya. Selamat membaca.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
253

Bacaan






Jembalang itu dihidupkan kembali

Sebuah kawasan yang luas. Rumputnya segar bugar. Kawasan yang dikenali sebagai 'hang' itu dikelilingi oleh pagar yang dibuat daripada batang-batang kayu. Menjadi satu kepungan. Bangsal-bangsal beratap rumbia dibina mengelilingi kawasan padang berumput hijau. Pada bahagian tengah, terdapat sebuah anjung yang dibina. Ia lebih tinggi dari kedudukan bangsal beratap rumbia. Anjung itu, tempat kedudukan pembesar apabila temasya bermula.

'Hang' adalah medan laga. Hang adalah tempat temasya setelah badan dan tulang empat kerat dikerah sepanjang tahun.
Sorak-sorai dari atas pelenggar dalam bangsal di sekeliling hang adalah suatu lepas lelah penduduk kampung, mencari hiburan.

Musim menuai sudah tamat. Hasil padi sudah dipungut. Padi disimpan di dalam jelapang. Ada utusan dari kampung seberang, temasya selepas musim menuai bakal bermula.

"Tuan hamba, temasya akan bermula. Tadi sudah dicanang," ujar Jemaluk. Awang Demang yang sedang memandikan Bagok, menoleh kepadanya.

Bagok, kerbau jantan hitam berkilat adalah 'ayam tambatan' bagi Awang Demang. Jika Bagok masuk 'hang', Bagoklah juara temasya itu. Bagok adalah seekor kerbau tempur, kerbau petarubg.

"Temasya ini ..masih tuan hamba dengan Bagok?"

"Kalau bukan Bagok ... siapa lagi?" Ujar Awang Demang sambil mengusap-usap Bagok. Bagok begitu manja.

"Tak dapat lagi kita mengadakan temasya di kampung kita."

"Ya lah, sejak kehadiran pemuda dari Siam itu. Kesukaan kita semua terhalang."

"Cis!" Kemarahan Awang Demang terhadap Taib, tidak tertangguh.

"Hamba harap, Bagok jadi juara."

"Hamba dengar Mambang, Merak Api, Caping Perlis dan Hujan lebat, tidak kurang hebatnya." Jemaluk menarik perhatian Awang Demang.

Bagok perlu dicari pengganti. Bagok sudah tua. Bagok sudah letih. Bagok semakin lemah.

"Hamba bimbang nanti kelak ... Bagok lari pusing hang."

***
Malam menjelang. bunyi burung tukang bersahut-sahutan. Hujan lebat baru saja beredar pergi. Pungguk menyembunyikan diri kerana bulan tidak menampakkan wajahnya.

"Bagok perlu disiapkan." Awang Demang mendapatkan sekeping kaca. Kaca itu telah disepuh dengan air rendaman besi, yang dibiarkan melekat pada kaca, ketika besi cair. Pandai pedang yang menyepuhnya. Kemudian, kaca direndamkan di dalam getah dari pokok Ipoh. Mantera tertentu telah dibacakan pada kaca yang disepuh. Ia kukuh.

"Taji ayam taji bisa. Mari aku letak atas segala pudi. Taji sepuh terbang racun. Taji mahal besi kharsani. Disepuh dari Laut Khalzum, menitik turun ke bumi. Hancur luluh segalanya," kumat-kamit Awang Demang membaca mantera.

Dia menghampiri Bagok di dalam kandang. Siang tadi Bagok telah dimandikan dengan teliti, hitam berkilat dan diminyakkan. Diberi makan daun biak yang dicampur dengan gula tebu.

'Bagok harus juara,' bisik Awang Demang.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
| Prolog | BAB 1: GAYUNG BERSAMBUT | BAB 2: PANGGILAN JIHAD | BAB 3: MENJEJAK WASIAT | BAB 4: ANCAK TOK HITAM | BAB 5:BERMUKIM DI TANJUNG JAGA | BAB 6: SARI CEMPAKA | Bab 7 : JANJI DIIKAT | Bab 8 : IGAU | BAB 9: CLEMENTINE | BAB 10 : TOK SYEIKH | BAB 11: KESUMAT | BAB 12: BANIR | Bab 13: PAWANG JAKI | BAB 14: AMUK | Bab 15: AMPUH | BAB 16 : JENAH DAN SIAH | BAB 17: GAYUNG BERSAMBUT | BAB 18: ANCAK-ANCAK | BAB 19: KESUMAT MELUR | BAB 20 : SANGKAR | BAB 21: TEMPUR | Bab 22: TURUNAN | Bab 23: PENGAIT | BAB 24: GILA | BAB 25: AYAM HUTAN | BAB 26: DURJA | BAB 28: KALUT | BAB 29 : SPIRIT OF THE COIN | BAB 30 : PEMBANTU | BAB 31 : KORBU | BAB 32 : BUNIAN | BAB 33 : BURUAN | BAB 34 : ZAM PALA | BAB 35 : WARISAN JADIAN | BAB 36 : HASADA | BAB 37 : KHURAFAT | BAB 38 : TIKA MALAM MENJELANG | BAB 39 : WAJAH | BAB 40: KETULUSAN | Biodata Penulis | PROLOG II | BAB 22A: KERAH | BAB 8D : SERU | BAB 17A: PERANG | BAB 41: MENCARI JAWAPAN | BAB 11A: RAMADHAN | BAB 8A: DESIR | BAB 8B: GANGGU | BAB 33A: HILANG | BAB 42: BAYAN | BAB 11B : HENING | BAB 11C: GALI | BAB 36A: GELAP | BAB 25A: RAHSIA | BAB 7A: GUSAR | Bab 43: Tok Lawak | 34A : TALI ULAT | MUNCUL | BAB 15C : PUTIK DENDAM | 31A : LEBAT | MEMBARA | BAB 42: JAWAPAN YANG DICARI | 5A: ILMU | BAB 17B: JAUH MELAMBAI KOTA KUALA BAHANG | BAB 35A: JELAS | BAB 25 B: DAKI | Geruh | Sua | Dia Datang | BAB 23A: NIPPON | Silam-Menjejak Saudara | BAB 28: SANGKAP | BAB 45: SUNGAI BATU 500BC | BAB 4a : KEMUNCULAN | bab 46 | BAB AKHIR | Bab peti | BONUS: HANG |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku