TAKKAN KULUPA /YOU'RE ALWAYS ON MY MIND...
BAB 12 “Memang kau anak yang dilahirkan di Lembah Kejahatan!” Dewi melontar gema esakannya ke d
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 April 2014
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3986

Bacaan






   BAB 12    Mimipi ngeri serta imbas kembali…    Seketika tertidur, dia bermimpi sedang bergelut dengan seseorang…Pergelutan itu sungguh dahsyat. Dahsyat sekali. Bergema pekikan dan laungannya di kejauhan malam itu. Dia merasakan tubuhnya sudah kekeringan kudrat kerana tidak berhenti meronta-ronta dalam cubaan meloloskan dirinya.    “Janganlah! Oi…tolonglah! Kau dah gila ke…?” Sedar daripada mimpi, dia masih terkejut. Nafasnya berlumba-lumba keluar dari rengkung. Dia termengah-mengah. Peluh dingin merenik-renik jatuh dari dahinya. Di saat-saat begitu, barulah terasa betapa takutnya tinggal sendirian di rumah itu.    Dia bangun menyandar. Dahinya berkerut-kerut cuba mentakwil erti mimpinya. Matanya melirik pada cadar yang sudah separuh menelanjangkan tilam. Komforter sudah lorot ke lantai. Terasa seperti dia sedang bergelut dengan musuhnya di alam realiti tadi. Mengerikan.     “Ya Tuhan…boleh pulak aku mimpi Abang Ngah mahu membunuhku…”Suaranya bergetar saat beristighfar. Mimpi itu membuatnya kembali teringatkan abangnya Rohan. Kenangan lama merentang layarnya kembali. Bertandang tanpa dipinta.    Teringat punca kejadian yang telah mengheretnya sejauh Taman Setiawangsa itu...    Satu malam itu, seorang lelaki tinggi sasa, menceroboh masuk ke kamarnya. Dia sendirian tika itu. Kamar itu dulu dikongsinya bersama adiknya Mila. Tetapi ketika kejadian, Mila yang berjaya meneruskan pengajiannya telahpun meninggalkan Pasir Penambang untuk tinggal di kampus UITM.    Berjurus Dewi bungkam berdepan dengan kejutan itu. Matanya memisat-misat. Lelaki itu sebaliknya terus memanah wajah dan tubuhnya dengan penuh bernafsu. Romannya ganas dengan dua jambang liar memanjang di kedua-dua pelipisnya. Hidungnya tinggi. Bermisai lebat. Tampak begitu menakutkan sekali!     Umpama harimau yang kelaparan, dia dengan rakus menerkam bila dilihatnya Dewi terus terpisat-pisat dalam keadaannya terus terlentang kaku di katil. Mungkin dia menyangka Dewi mengalu-alukan kemunculannya. Apalagilah, meronta-ronta bagai ‘nak gila’ Dewi. Dengan sehabis kudrat dia menentang cubaan memperkosanya itu. Sambil menjerit dia terpekik-pekik memanggil ibunya. Namun kamar ibunya yang terletak jauh di serambi gagal ditembus oleh gema pekikannya itu.    “Eh…abang kau sendiri dah bagi izin, takkan kau pulak nak berkira?”    “Berkira kepala hotak kau? Ya Allah, matikanlah binatang di depanku ini serta-merta wahai Tuhanku. Rentungkanlah seluruh jasad hingga ke anak-anak rambutnya jangan bersisa di dalam api nuraka jahanam-Mu ya Tuhan!” Dewi menjerit dengan sehabis suaranya.    Rakan Rohan yang kekagetan itu tertegun lama. Terpana mukanya merenung Dewi. Perlahan-lahan dia mengundur. Dua minit selepas itu kelihatan dia menyarung semula kemejanya ke tubuh. Tapi sepasang matanya itu langsung tidak berkelip memerhatikan Dewi. Keadaannya yang seperti itu tidak berkalih sehinggalah Rohan menjenguk untuk mengetahui punca bunyi kecuh itu.    “Aku dengar orang memekik. Apa hal gebang sangat?” Rohan membulatkan mata memerhatikan Dewi yang melompat turun dari katil. Adiknya itu kini mencegat di depannya dengan muka berang.  
  “Abang Ngah gila. Gila, tau tak? Tak berhati perut!” Dewi menjerit ke mukanya. “Tergamak abang buat perkara sial ni. Suruh kawan abang buat perkara tak senonoh pada adik sendiri. Memang Abang Ngah dah sasau...!”    Rakannya itu mendengus kasar. Dia kini menghadap Rohan, matanya yang tajam itu dikecilkan. Ada api amarah sedang bernyala-nyala.   
 “Pantang betul aku sentuh orang tak sudi ni. Dayus! Kalau tak larat nak bayar kerja aku, jangan buat malu aku macam ni!” bentaknya seraya meminggir dengan maki hamunnya.   
 “Eh…San, tunggulah jap!” Rohan melaung memanggil semula rakannya itu supaya kembali. Namun lelaki itu sudahpun ghaib. Hilang tidak meninggalkan jejak. Dewi dengan muka merah padam seakan mencaduk kepada Rohan yang berpaling padanya dengan kemarahan di mata.     Tergeleng Dewi. Seorang abang sanggup berangkara terhadap adik kandungnya sendiri. Adik sendiri? Sudah hilang pertimbangankah? Sudah hilang akal? Di mana diletak otaknya?    “Apa yang dah kau cakap kepada dia, hah gatal?” Rohan tanpa rasa bersalah sedikitpun menengkingnya dengan mata membelalak.    Hampir meraung hati seorang adik yang berang lagi kecewa. Tergamaknya!   
 “Peduli apa Dewi? Abang Ngah ni dah tak betul, tak betul! Sanggup Abang Ngah suruh kawan abang buat tak senonoh macam tu pada adik sendiri? Abang Ngah memang dah gila. Dah biul!” jerit Dewi hampir histeris.   
 “Habis yang kau keluar selalu dengan jantan Azhan tu, tak gila pula? Entah apa yang kau orang berdua buat bila keluar, kau sangka aku tak tau berfikir? Aku hanya suruh kau ulang je apa-apa yang kau buat dengan Azhan tu pada kawan aku tadi. Salah ke? Sporting apa abang kau ni!” Mendengar itu darah Dewi menyimbah panas.  
  “Biadap. Kurang ajar. Dewi tak sehina Abang Ngah atau kawan-kawan Abang Ngah tu. Abang Ngah mungkin dah buat perkara terkutuk tu dengan Kak Long. Tapi Dewi tak sehina dan sejijik Abang Ngah atau Kak Long Salbi yang tak bermaruah tu!!” Mendadak satu tamparan hinggap di pipi kanan Dewi. Perit!   
 “Abang Ngah gila. Memang sah Abang Ngah dah gila!” mengongoi.   
 “Gedik. Jalang! Aku tau kau memang dah bermukah dengan teman lelaki kau tu. Berani pulak tuduh aku buat benda yang sama dengan bini Abang Long?” Rohan memagut kuat dagunya.    “Mampus kau, kalau kau ulang lagi tuduhan kau tu!”gertaknya.   
 “Lepaslah gila. Sakit tau tak? Azhan tu setakat kawan, dan dia tu anak ustaz yang dihormati di kampung kita ni. Dia bukan macam Abang Ngah atau kawan Abang Ngah tadi. Lepaslah gila, sakit tau tak!”   
 “Habis apa yang dibuat Azhan tu tak sakit ke. Tak gila?”   
 “Abang Ngah jangan tuduh Dewi sehina tu!” Pipinya sudah banjir dengan air mata. “Dewi akan adukan kepada ibu, apa yang abang suruh kawan abang buat pada Dewi tadi…”  
  “Adukanlah kalau berani. Kau nak aku panggilkan San tu sekali lagi? Atau Luke? Baru padan dengan muka. Dasar betina murahan!”   
 “Astaghfirullah. Dewi ni adik Abang Ngah, tau tak? Ke Abang Ngah balas dendam pasal kes hari tu? Bukannya pasal Dewi dengan Azhan kan? Abang Ngah memang tau Azhan tu hanya kawan biasa. Lagi-lagi dia tu budak waraq. Agaknya, Abang Ngah ni takut pasal Dewi dah ternampak apa yang Abang Ngah buat kat Kak Long yang gatal tu! Nahas Abang Ngah kalau Bang Long dapat tau!” Dewi mengugut tapi serentak dengan itu, satu lagi tamparan hinggap di pipinya. Pedihnya ya Tuhan, bukan kepalang. Mahu remuk tulang pipinya!    Dewi terasa lidahnya masin. Pasti tamparan tadi sudah menerbitkan darah.   
 Mendengar batuk-batuk kecil daripada ibunya yang menjengah ke ruang tersebut, Rohan secepat kilat minggat melarikan diri.    Dewi menangis sendirian di kamarnya setelah ibunya pergi, sehinggalah dijenguk si kakak ipar.   
 “Suka sangat bermain dengan api…” sindirnya sambil gelak-gelak kecil. Sengaja menaikkan darah Dewi. Dewi meluat. Menyampah dan sakit hati.  
  “Kak Long berdosa layan Angah macam tu. Kak Long ada laki. Tiba masanya nanti, saya akan dedahkan kepada Bang Long, saya tak sudi bersubahat lebih lama lagi. Dewi takkan simpati pun kalau dia ceraikan Kak Long.” Mendengar itu tiba-tiba pecah ketawa Salbiah yang dipanggil Kak Long Salbi oleh seluruh penghuni rumah itu.    “Adukanlah. Kau taukan betapa Abang Long sewel kau tu, sangat tergila-gilakan aku. Sanggup jadi balaci aku? Kau fikir dia akan percaya pada tohmahan kau? Mati berangan lagi baiklah. Silap-silap, kau tu nanti dibelasahnya kerana memfitnah isteri kesayangannya ini!” Dia mencemik dan beredar pergi dengan lenggang angkuhnya sambil tergelak-gelak. Dada Dewi berbahang.    “Memang kau anak yang dilahirkan di Lembah Kejahatan!” Dewi melepaskan geram, akhirnya melontar gema esakannya ke dinding


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku