TAKKAN KULUPA /YOU'RE ALWAYS ON MY MIND...
BAB 13 “Eh sekejap.” Salbiah menoleh ke arah gerai buruk tempat Dewi menyorok. Dewi pucat pasi. Tera
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 April 2014
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2761

Bacaan






BAB 14

Lima bulanpascaPERISTIWA pencerobohan di kamar tidurnya… Terjadi sesuatu yang cukup menakutkan Dewi.

Malam sudah lewat. Heningnya suasana pada malam itu, hinggakan irama si burung tukang pun kedengaran bingit. Sesekali terdengar salakan-salakan anjing dari kejauhan.

Dari mana pulak datangnya anjing-anjing tu...? bisiknya membayangkan dia dikejar haiwan-haiwan liar tersebut jika keluar lewat-lewat malam begitu. Menggigil tubuhnya tiba-tiba.

‘Tak ada kerja aku nak keluar ke tanah waktu para syaitan sedang bertemasya...’cebiknya.

Tiba-tiba,terdengar sosek-sosek suara perempuan berbaur dengan suara beberapa orang lelaki.Pantas dia menajamkan telinga. Bunyi itu datangnya dari ruang tamu. Ruang tamu rumah itu pula berkongsi separuh dinding dengan kamarnya yang terletak di atas.

Suara perempuan itu sangat dicamnya.Suara Salbiah, kakak iparnya. Pelik juga kerana tidak kedengaran suara abang longnya Mizan sedangkan isterinya Salbiah paling kerap bercakap daripada yang lain. Seperti biasa, terdengar suara Rohan mencelah. Cuma agak aneh bila suara mereka berduakadang-kala ditingkahdua suara lain.Siapa tetamu dinihari rumah itu?

‘Itu macam suara Luke dan seorang lagi tu aku tak berapa kenal...’ bisiknya hairan.

Apa yang mereka bincangkan? Perasaannya kurang enak. Ada ketakutan mulai berpesta. Seolah-olah satu malapetaka dahsyat sedang mengintainya.

Diabangkit lantas tanpa berlengahmerapatkan telinga ke dinding.

“Aku tak selesa tengok muka dia kat rumah ni lagi. Kau tau macam mana dia pandang aku? Menjeling semacam. Pantang bertembung mulalah dia buat muka musuh pada aku. Macamlah aku ni ada berhutang 10 juta dengan dia! Aku tak heran kalau satu hari nanti, dia bongkar rahsia kita. Macam mana Meng? Dan kau Luke? Kau berdua anggaplah saja dia tu macam lauk. Habuan untuk kau orang malam ni. Buat saja apa kau suka kat dia. Kemudiansnap gambar sikit. Lepas tu, kalau dia bising, kau ugutkata nak keluarkan gambar dia tu kat utube. Mudahkan? Langsai satubala!” luah Salbiahcukupsadis.. Tiba-tiba saja, suara itu kedengaran seperti satu ancaman maut buat Dewi!

“Kak Long Salbi…” Dewi berbisik dengan perasaan amat gementar. Wajahnya pucat pasi oleh ketakutan. Dirinyakah yang dimaksudkan oleh Kakak Iparnya yang kejam itu? Disuruh buat macam lauk? Dia faham sangat istilah ‘lauk’ yang dimaksudkan oleh suara-suara berencah itu.Turut berkomplot ialahabangnya sendiri…? Perbuatan rakan abangnya yang hampirmembunuhmasa depannya dulu, memencaksemuladi ingatan…Perbuatan lelaki yang dipanggil Rohan, San itu!

“Kan adik kau sendiri tu? Biar betul… gila argh!!” terdengar satu suara asing meningkah. Tapi suara itu ada tawa nakal di hujungnya.Sekujur tubuhDewikini gementar.

“Wei...inisoal kerja. Kena pro.Pasalkerja tak timbul status adik beradik!” Rohan menengking.Memarahi pemilik suara yang mengkritik tindakannya.Dalam nada bergetar, Dewiperlahan beristighfar. Takut suaranya didengari. Memang sah, diayangbakal dijadikan mangsa! Rohansudahfasik!

“Buat saja. Full stop!” desak Salbiah serius dan mendesak. Memang dia sudah tidak siuman…kutuk Dewi dalam hati. “Angah pula, sah fasik!” lontarnya pedih.

“Kau berdua ni gila siot. Tapijob macam ni, serah kepada kami. Aku memang suka!” Mengamati pelat pada suara itu, Dewi pasti itu Luke. Lelaki itu memang tajam matanya kalau mengintai dia sebelum ini. Sudah lama dia sedar akan perbuatan curi-curinya itu. Sengaja dia buat-buat tidak sedar.

“Ya Tuhanku…bala apakah yang sedang menantiku…” terketar-ketar nadanya. Rentak nafasnyasudahtidak tentu arah.

Dalam ketakutan, hati Dewiterusberbolak-balik. Diafikirkanibu. Betapa halnya dengan ibu? Tapi demi survival, semangatnya hendakselamatkan diri serta maruahnya, mengental begitu mendadak sekali.

Dia bangkit. Pantas menyambar tas tangan kecilnya di meja solek. Dikautnya kesemua wang simpanan di dalam lacinya lalu cepat-cepat disumbat ke dalam tas tangan tersebut. Kedua-dua tangannya menggeletar. Sebuah album gambar kecil turut dicapai. Bimbang kalau-kalau dia mungkin tidak mampu jejak kaki lagi di kampung kelahirannya itupascapelariannya ini nanti.

“Kalau aku tunggu, aku akan menyesal seumur hidup…” Tekadnya itu diluahkan demi menambah berani hatinya. Pertama kali dia senekad itu. Demi maruah!

Mengelak mengeluarkan sebarang bunyi berkeriut, dia menguak tingkap dengan amat berhati-hati. Sesudah diawali Bismillah, dia terjun dan memecut lari semau-maunya meninggalkan pekarangan rumah kampung itu sehinggalah kakinya mencecah simpang tiga. Simpang itu merupakan hujung jalan keluar ke pekan. Jalan raya besar menanti di hadapan.

Dia membuang rasa hiba. Dia mesti fokus. Perasaan negatif akan hanya menjadi musuh dan anti-klimaks dalam situasi cemas seperti itu. Dia tidak boleh bertolak ansur dengan elemen yang mampu membunuh tekadnya hendak menyelamatkan diri itu. Salakan anjing kedengaran semakin mendekat. Dia berdoa dan berdoa. Tidak berhenti membaca ayat-ayat Qursi.

Dari jauh, kelihatan suluhan lampu kereta. Dia pasti itu cahaya dari lampu kereta BMW X6 hitam milik Rohan. Ternyata Rohan dan Salbiah ‘bagai nak rak’ mencarinya. Dadanya bergemuruhkencang.

Dalam ketakutan, cepat-cepat dia menyorok di belakang sebuah gerai buruk yang sudah tidak digunakan lagi oleh pemilik atau bekas penyewanya. Mudah-mudahan anjing-anjing yang menyalak itu tidak mendekati tempat dia bersembunyi itu. Mereka akan lebih kuat menyalak jika terserempak dia yang sedang menyorok itu.

Aduhai…tepat sangkaannya! Dalam kegelapan itu, dia nampak beberapa orang lelaki turun diikuti oleh seorang perempuan yang dia pasti memang Salbiah. Salbiah kelihatan sungguh cemas. Dewi yang ketakutan bermunajat semau-maunya tanpa henti, mohon dipelihara keselamatannya oleh Pencipta jagat raya.

Hasbunallah…wani’malwaqil…

Dengan tubuh yang amat gementar, dia membaca ayat 9 dalam surah Yassin secara berulang-ulang kali sambil pasrah pada ketentuan takdir ke atas dirinya. Seorang hamba yang amat lemah dan hanya mengharapkan belas ehsan Tuhannya! Mana ada sebaik-baik pelindung melainkan ALLAH SWT?

“Mustahil dia menyorok dalam gelap ni?” dengus Salbiah. Nampak Salbiah sedang memakai kemeja T tidak berlengan yang dipadankan denganskirt singkat menampakkan pehanya.

Terfikir Dewi, bagaimanalah abang sulongnya hendak menjawab soalan munkar nakir di kubur sesudah matinya kelak? Berat tanggungan dosa seorang suami yang membiarkan saja isterinya mendedah aurat, berselingkuh pula dengan adik sendiri. Dayus! Kalau Salbiah terus begitu, biarlah terbuka pintu hati abangnya untuk menceraikannya, jika dididik pun dia enggan berubah.

“Dia tu penakut.” Terdengar nada ejekan daripada Rohan. Memang betullah Dewi yang dijadikan topik perbualan mereka di rumah tadi. Alangkah kejamnya seorang saudara sedarah sedaging! Dewi mengetap bibir sayu pilu.

“Dapat saja cekaudia, kerjakan cukup-cukup. Kalau dah lunyai, tentu dia tak berani melawan atau bersuara lagi. Akhirnya dia sendiri takkan sanggup tengok mukanya sendiri yang keji tu. Aku dah tak tahan dengan mulut celoparnya tu!” Terdengar lagi suara perempuan terkutuk itu. Perempuan yang menduakan dan memperbodohkan suami sendiri.

Ya Tuhan… Tidak takutkah dia pada julangan api neraka ditakdirkan dia tidak sempat bertaubat kelak?

“Sampai hati Kak Long, tergamak sungguh…”airmatanya sudah tidak terbendungkan lagi. “Sampai hati Angah…” Dewi menelan esakannya. Takut terdengar oleh mereka. Dia pasti, dia akan dikerjakan cukup-cukup, ditakdirkan mereka berjaya menangkapnya. Tubuhnya hampir lumpuh olehrasangeri.

“Aku rasa dia menyorok di rumah rakan karib dia Wulan, kitatry cari kat sana.”Asakankakak iparnya bergema lagi. Berlagak seolah-olah dialah ketua. Dia seperti seekor jengking yang amat berbisa. Kecantikan yang dianugerahi Khaliq kepadanya, dijadikannya modal maksiat untuk memanipulasi lelaki yang tergila-gilakan parasnya.

Tidak terkecuali abangnya si Rohan, peminat nombor satunya!

“Atau dia lari dengan Azhan, kot Salbi?” Suara Rohan tinggi kala berandaian.

“Beragaklah Rohan, Azhan tu anak ustaz, alim pulak…” bangkang Salbiahyakinpasti.

“Eh sekejap.” Salbiah menoleh ke arah gerai buruk tempat Dewi menyorok. Dewi pucat pasi. Terasa seolah-olah dia disergah halilintar. Bagaikan terbang jantung Dewi tatkala matanya bertembung pandangan Salbiah dalam kegelapan itu. “Kau orang agak, mungkin tak dia menyorok di situ?” tanyanya kepada Luke.

Rohan dan yang lain-lain ikut memandang.

“Jom kita tengok sekejap?” pinta Salbiah separuh yakin.

Dewi sudah gontai. Kakinya seperti tidak berjejak ke bumi lagi. Namun semangatnya keras menjulang ayat-ayat Qursi sambil menelan air mata ketakutan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku