TAKKAN KULUPA /YOU'RE ALWAYS ON MY MIND...
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 April 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
953

Bacaan






TAKKAN KULUPA...

DINIHARI.

Tiga jam terangguk-angguk di Terminal Seremban. Seksa! Hawa dinihari itu pula dingin mencengkam. Dewi mendakap tubuh yang hanya berbalut kurung nipis. Lapar? Jangan cakap! Perutnya yang pedih itu sudah lama kosong sebelum dia ‘lari’ dari kampungnya di Pekan Pasir Penambang itu lagi. Dewi cabut sehelai sepinggang. Cuma sempat sambar duit dari laci, sebuah tas tangan dan album foto kecil.

Syukur...dia sudah selamat daripada Rohan dan Salbiah. Salbiah yang ada ketika-ketika tertentu, rupa bengisnya mampu membuat bulu roma sesiapapun merinding. Teringat hubungan sumbang Rohan dan Salbiah, dia beristighfar. Sekarang pun, rasa takut terhadap mereka berdua itu masih ada!

“Laparnya!” Dia bangun dan mulakan langkah ke 7-Eleven. Tempat itu jauh. Kumat-kamit mulutnya membaca ayat-ayat Kursi sambil mengayun langkah. Tempat asing.  Sunyi pula. Tentulah gerun! Apatah lagi di lewat dinihari. Tiba-tiba, terasa ada yang mengekornya. Seolah-olah ada suara berdesis memanggil namanya.

Dia mendengus. Enggan melayan rasa takut. Malang menimpa sewaktu dia hampir dengan lampu trafik. Dia disekat tiga pemuda asing. Mungkin orang-orang Rakhine Myanmar. Seorang mencengkam lengannya, dua lagi mengacah hendak mencabulnya.

Terpekik Dewi bila yang mengacah itu benar-benar melakukannya. Dia meronta-ronta. Berang dengan tindak balas Dewi, satu tumbukan dilepaskan ke perutnya. Dewi menjerit kesakitan. Tamparan Rohan pun tidaklah sedahsyat itu!

Sebuah Ford Kuga Putih membrek mendadak. Melompat turun seorang pemuda. Tiga penyerang tadi meluruskan tubuh, bersiaga.

Dewi panik,sangkanya mereka dari satu geng. Dia tergigil pucat.

Yang terjadi sebaliknya. Tiga penyangak itu tumpas tidak sampai pun sepuluh minit. Terkedu Dewi. Turun empat lagi pemuda dari kereta yang sama. Dewi ketakutan semula.

“TKO habis, kau tengoklah Kamen!”

“Bos kita Darren, memang hebat!” Kamen angguk. Membuat‘thumbsup’ kepada lelaki yang dipanggil bos.

“Damn! Kau orang dah taubat, aku pulak jadi samseng…”Nada kesal terlontar.

“Samseng? No way bos. Samseng mana tauselamatkan orang? Setuju Assad?” Kamen tepuk belakang tubuh lelaki yang dipanggil Assad.

“Hoi apa tunggu lagi? Cabutlah bangang!” Assad tiba-tiba melengking. Dewi tergamam..

“Gila ke apa merayau tengah-tengah malam?Dah ada peluang cabut, cabut sajalah. Tunggu apa lagi? Biul, bengap!!!” Matanya dijegil lagi. Sekonyong-konyong, sewaktu dia menjegil itu, Dewi bagaikan terlihat bayangan seseorang pada dirinya. Siapa…? Dia bingung. Terbejat!

Darren angguk kepadanya. Isyarat supaya Dewi beredar.

“Ada ke kau jerit dia bangang? Kau pun ada masa-masanya terlebih bangang juga.” Dari belakang Dewi terdengar teguran pemuda bernama Darren itu. Tegur ke lawak? Akhirnya senyap terus. Senyap dan sunyi. Apalagi, Dewi melajukan langkahnya.

Suara berdesis tadi kedengaran lagi. Pucat, Dewi pecut hingga kakinya bagaikan tidak berjejak ke tanah …Tapi dia akan ingat nama lelaki yang menyelamatkannya itu.

Nama dan juga orangnya. Seorang lelaki yang sungguh budiman. Di mata Dewi,‘dia’lah yang palingtampan...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku