TAKKAN KULUPA /YOU'RE ALWAYS ON MY MIND...
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 21 April 2014
Penilaian Purata:
(31 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2627

Bacaan






TAKKAN KULUPA

BAB 1

Hah…sampai pun. Home sweet home!

‘Fuh,dari KL ke Kedah. Pusing balik KL,bawak pulak laju-laju. ‘Meghasai’ satu badan…’ Dewi merungut letih.

‘Mujur pintu pagar automatik. Tak payah angkat punggung sampai dua tiga kali.” Keluar nafas lega ketika mengemudikan alat kawalan jauh.

Situasi kelam-kabut itu terjadi gara-gara protes Ruby dan Nury. Mereka anak-anak tiri Dewi. Ayahnya Biyazid, sudah meninggal. Dewilah penjaga mereka sekarang.

Mereka ikut rombongan sekolah menyertai kem motivasi di Pendang, Kedah.Tapi, pada hari terakhir, meragam tidak mahu pulang bersama rombongan yang sama.

“Kejap-kejap muntah. Bas goyang dahsyat…Umi tolonglah jemput.Tak naklah jadi lembik macam masa pergi hari tu!” Rayuan terakhir Nury itu tidak memberi Dewi pilihan. Terpaksa dipecut keretanya laju-laju ke Kedah untuk menjemput mereka.

‘Alhamdulillah…leganya. Lega, lega dan lega…’Dewi tarik nafas puas-puas,sebaik sahaja keretanya cecah lantai poc. Mencaduk ke cermin, dia mengemaskan tudung buatan Turki di kepala.

‘Tudung mahal ni macam tak sesuai je dengan perempuan kampung macam aku...’getus hati yang merendah diri. Namun tetap dihargainya koleksi-koleksi tudung hadiah arwah Biyazid kepadanya. Arwah suaminya itu memang pemurah kalau pasal tudung.

‘Kalaulah ada Darren yang sambut aku pulang…’ lawaknya sekadar melepas lelah dan penat. Digagahnya menahan kantuk ketika memandu tadi. Terus licin gula-gula Ruby dan Nury dikunyahnya. Ruby yang duduk di sebelahnya kehairanan. Gula-gula itu jumlahnya lebih dari dua dozen. Biar betul umi ni...!

Tersenyum sendiri, dia membayangkan situasiyang diangankannya tadi. Situasi di mana Darren menyambut dia pulang.Sambil lelaki itu menghadiahkan senyum rindu. Argh...alangkah bahagia...! Sejak lelaki itu selamatkan dia dulu, wajah manis dan menyenangkan itu gagal dihalaunya dari halaman ingatan.

‘Gila ke aku berfikir macam tu? Kekasih tidak, tunang pun tidak. Suami...jauh sekali! Pun... Dia tu, ibarat ‘a knight in a shining armour’ dalam hidupku! Tersengih-sengih dia menganyam impian mustahil padanya itu. Siapalah aku...keluhnya membuat muka cembeng. Dalam pada itu, dia teringat sesuatu yang pelik dialaminya sebelum tiba di Kedah.

Ketika memandu ke utara pagi tadi, kerap kali dia ternampak seolah-olah ada kelibat mengiringi keretanya. Ekor matanya kerap menangkap bayangan berwarna kelabu yang seolah-olah sedang menyaingi keretanya. Mujurlah mulutnya sudah terbiasa membaca ayat-ayat suci jika keseorangan. Memang ada kekuatan luar biasa yang menyelinap ke seluruh nurani tatkala mengamalkan kelazimannya  itu.

Gopoh-gapah dia turun dari kereta. Tidak sabar hendak bertemubantal dan tidur sepulas-pulasnya. Sofa empuk di dalam, kejam menggamit. Seketika mukanya ditoleh ke kanan, dia tergamam. Semerta pandangannya dijatuhkan ke lantai.

Macam mana tidak tergamam? Toleh saja, matanya ditempur oleh mata enam pemuda jiran sebelah. Rupa-rupanya dia dijadikan fokus mereka sejak keretanya mulai meluncur masuk pekarangan tadi. Ralit tidak berkalih mata-mata itu memerhatikannya.

“Stalker!”dengusnya tidak ketentuan arah.

Tayang muka pulak enam bunian ni…Keluh Dewi yang tidak keruan. Kain yang tersingkap sewaktu turun, cepat-cepat dilabuhkan. Kekok sungguh mahu melangkah bila setiap aksidiperhatikan.Ekor matanya merakam perbuatan mereka itu. Dewi menggumam geram. Tapi agak aneh kerana tidak kelihatan Darren bersama-sama mereka. Ke mana dia?

Rumah sebelah itu lama kosong dulu. Terbiar sebelum dihuni Darren bersama enam pekerjanya. Takdir yang amat menarik untuk dibuat analisis. Takdir yang menghantar Darren kepadanya!

Bunian! Dengusnya bila terasa dirinya masih diperhatikan.

Kenapa Dewi ejek mereka bunian? Kerana meskipun mereka adakala menampakkan diri, namun sebaik-baik sahaja mereka hilang di dalam, suasana terus bertukar seperti tanah perkuburan. Sepi! Umpama rumah tidak berpenghuni!

Dewi menekur dengan ekor mata memicing. Nampaknyayang lain-lain tidak lagi fokus kepadanya. Masing-masing kelihatan berbual sesama sendiri. Cuma seorang sahaja masih merenungnya. Tenungannya tidak pernah bertukar, sentiasa penuh intensiti.Dialah Assad. Huh,Dewitidak sukakan seorang ini!

‘Rasa-rasanya aku hanya tiga kali bertembung mata dengan dia. Tapi, macam‘ada sesuatu’dalam mata tuyang cukupmenakutkan!’Dewi gelisah.

‘Sesuatu’ yang tidak kelihatan pada lelaki itu sering memacu otak Dewi supaya mengingati seseorang. Mata itu sangat‘familiar’.Macampernah dilihatnya.Juga seperti pernah ditentangnya. Setiap kali terjadi pertembungan mata dengan lelaki itu, bulu romanya pasti mencanak-canak meremang. Ada ketakutan yang seolah-olah tersembunyi di satu lorong hitam pekat.

Puas dia cuba dancubamengorek memori, namun wajah itu payah sekali diakses ke ingatan. Dia membuang fikiran itu lalu tertunduk-tunduk mengayun langkah ke pintu. Mahu segera menyorok di dalam. Dia kekok dan canggung. Terasa seolah-olah tubuhnya sedang diratah-ratah oleh enam pasang mata itu. Terutama oleh‘dia’ yang menakutkan itu!

Siapakah mereka ? Dan siapa pula Darren? Mereka sentiasa kemas berpakaian.Ada sesuatu yang dia agak hairan. Rakan-rakan Darren yang berenam itu sentiasa serius. Muka ketat.

Weird...lontarnya kuat.

Kereta-kereta yang berlabuh di sebelah juga agak mahal, kalaupun tidak boleh dikategorikan dalam‘kereta mewah’.Cumasecara jujurnya,  mereka ini nampakmencurigakan. GRO lelaki ke?Atau gigolo? Ketika perkataan gigolo itumenujah kepalanya,Dewi sudah geli-geleman...

“Mereka tak pakai kereta lokal macam aku... Mungkin ke mereka tu produk sponsor? Aku selalu dengar kisah perempuan-perempuan kaya yang cukup suka menaja anak-anak ikan.’ Eiii … yurk! Selisih dek malaikat...” Meskipun bercakap sendiri, namun jika ada yang mengintai di jendela, pasti faham ocehannya itu.

Hendak dituduh mereka bertujuh sebagai dalang sindiket menjual kereta-kereta curi, wajah mereka tidak pula menonjolkan ciri-ciri penjenayah. Mereka sungguh tampan dan bergaya. Seolah-olah begitu sekali menjaga ketrampilan. Pandangan mereka pula amat berwaspada. Aneh!

‘Tapi, kalau dah kaya sangat, kenapa tak sewa saja bungalow di lokasi terpencil?Katmana-mana ceruk tu? Bebas kontroversi, bebas spekulasi! Yangdok sewa rumah dua tingkat macamrumahaku nibuat apa? Poyo.’dengusnya. Keningnyadijungkittinggi-tinggi. Gagal mencari jawapan pada persoalannya.

 

Cepat-cepat dia kuncipintu dari dalam.Kena berjaga-jaga.Hatipun sudah mula membisikkan curiga!

‘Tapi...’ Dewi tersenyum tiba-tiba.

“Kalaulah mereka tak menyewa di sebelah, matikempunanlah aku nak jumpaDarren tu lagi.’

Merebahkan tubuh letihnya di sofa, Dewi terkenangkan peristiwa yang mengheret mereka menjadi jiran dulu.

Dia sedang mengairi pokok-pokok bunga di laman kecilnya pada satu petang itu. Sejurus kemudian, berhenti sebuah kenderaan model Ford Kugatidak jauh dari pintu pagarnya. Dia membidik dengan ekor matanya sekilas, kemudian kembali dengan kerjanya.

Suasana cukup nyaman ketika itu. Angin petang berkesiur dari segala arah.Tekun dia menyirami pokok-pokok Bougainvila  rona merah, putih dan ungu yang ditinggalkan oleh Mak Tuti bekas pembantu rumah itu dulu.

Seronok melihat jambangan-jambangan bunga sedang berkembangan.Tampak meriah suasana landskapnya. Dedaunnya pula rimbun dengan warna hijau pekat. Bila puspa-puspanya gugur ke tanah, dia tidak akan terus sapu. Pemandangan bumi dilitupi aneka warna bungaitu amatmenarik di matanya. Sengaja dibiarkannya beberapa hari hingga benar-benar layu kecokelatan, barulah dikaup serta dibuang.

Perasan yang Ford Kugaitu masih berlabuh di situ, pantas dia menoleh.

Enjin hidup, ada orang...bisiknya mengecil-ngecilkan mata. Terintai-intai.

Cepat-cepat dia tutup pili.Tertanya-tanya dalam waspada.Enggan berganjak, dia terus memaku kakinya di situ. Sudah terbiasa dengan rutinnya berada di laman sekurang-kurangnya dua tiga jam kalau hujung-hujung minggu seperti itu.

Sekonyong-konyong, keluar  tubuh dengan wajah yang membuatkan jantungnya seolah-olah tercampak terus daripada tangkainya. Alam seakan terhenti sejenak.Bahkan dia sendiri hampir rebah pitam oleh kejutan itu. Setelah sekian lama!

Ya Tuhanku! Matanya membundar…Cepat-cepat tangannya berpaut pada batang Pohon Naga atau Dracena Draco yang sudah separas bahunya itu.

Berjurus lamanya dia hanya terlopong.Terkedumerenung.Ya Tuhan…lelaki itu! Sungguh…dia tidak pernah mengimpikan yang mereka akan bertemu lagi sesudah insiden di malam itu! Meskipun nama itu memang tidak pernah lekang dari ingatan. Lama diatertegun menyambut keajaiban itu.Nafasnya bergumpal di dada. Dia benar-benar dipegun. Namun dia amat gembira.Sungguh gembira. Sungguhbersyukurdengan takdir yang tertulis sedemikian rupa untuknya!

Darren… Lelaki itu!

Ingatannya segera berlari menghambat semula peristiwa di mana dia diserang tiga lelaki samseng ketika hendak ke 7-Eleven dulu. Ketika itu dinihari. Dinihari yang sungguh malang. Hampir-hampir saja dia kehilangan mahkota kesuciannya pada dinihari itu. Jika tidak dikeranakan munculnya seorang lelaki yang tiba-tiba menjelma dan menyelamatkannya. Inilah dia. Lelaki yang sedang berdiri di depan pintu pagarnya ketika itu. Tapi kenalkah lelaki itu padanya lagi…? Kenalkah? Dadanya berdebar-debar.

“Rumah sebelah tu kosong. Malangnya, takada pulasebarang notis‘untuk dijual’. Sudah ada pembeli ke?” tanyanya tanpa mengucap salam terlebih dahulu. Senyum melingkari bibirnya. Dewi menarik nafas dalam-dalam. Berat lagi payah.

Argh...sudah lupakah Darren akan insiden tersebut? Air mukanyacukupbersahaja. Macam tidak ada apa-apa pernah berlaku di antara mereka.

Dia tanyatentang rumah sewatu seolah-olah dia tak lagi cammuka aku ni. Tapiaku takkan lupa. Takkan lupa wajah kau, pria. Hingga ke akhir waktu. Hingga ke hujung nyawa sekalipunaku takkan lupa.My knight in shining armour! Hmm...lainlah kalau aku tiba-tiba amnesia.’ bisiknya kaget.

Dewiteragak-agak. Sebelum ini dia selaluberialasan ‘sudah ada penyewa’!Apatahlagi jika yang bertanya seorang pemuda sepertinya. Kalau boleh, biarlah diaberjiran dengan sebuah keluarga. Bukan dengan orang bujang. Pasangan baru berumahtangga sekalipun dia cuba elak. Dia sedar dosa berbohong itu. Juga dosa menyekat rezeki pemilik rumah itu.Tetapi apakan daya, diamudah sangatberprasangka sejak lari daripada abang dan kakak iparnya dulu.Berjiran dengan sebuah keluarga akan membuatnya berasa lebih selamat.

Lari… Peristiwa pahit itu tiba-tiba kembali ke ingatan sepantas kilat. Namun setiap mehnah itu memang terselit ganjarannya. Kini dia tenang berada dalam dunia barunya. Di rumahnya. Bahkan rumah yang lebih selesa danlebihluas berbanding rumahkampungnyadalamPekan Pasir Penambang dulu. Tidak ada lagi manusia-manusia kejam yang dulu sangat gemarmenyiksadan membulinya. Rohan…Salbiah yang gemar menyekeh kepalanya jika ada yang tidak kena…Mizan abang Longnya juga sekali-kala.

Tidak ada lagi merekayangsukamenakik kesempatan atas sikap dan dirinya yang naif. Cuma satu yang dia amat kehilangan. Di sini, tidak ada insan yang dirinduinya. Insan itu ada di rumah yang ditinggalkannya. Seorang insanyang ibarat malaikat bagi anak-anaknya. Insanbergelar ibu!

“Ownernya memang tak nak jual rumah ni, tapi dia ada beri saya nombor telefonnya. Itupun kalau ada yang betul-betul berminat nak sewa. Dia dah tak larat nak layan panggilan.” Lelaki itu tersenyummengangguk.Riaknyalega. Mungkin pencariannyabakal ternoktah.

Sungguh tak sangka kita akan dipertemukan lagi… Lagi tak sangka, kau akan jadi jiran aku...bisik Dewi menatapnya kaget dan tuntas. Masih tidak mempercayai tuahnya didatangi pelawat ‘seorang Darren’ pada hari itu. Di masa yang sama, turut lega kerana tidak perlu beralasan lagi kepada sesiapa yang bertanyakan rumah kosongitu lagi.

“Saya nak sewa untuk anak-anak buah,”Darren menuding pada kenderaannya. Memaksudkan rakan-rakannyaberempatyangsedang menunggudi dalamFord Kuganya.Tersentap Dewi bila matanyaditerkamlelaki yang sama pernah menghamputnya dengan perkataan ‘bangang dan biul’ dulu. Muka lawa, tapi mulut mengalahkan ‘keladak longkang’!

Dewi keluar semula setelah lesap di dalam selama lima minit untuk menyelongkar nota yang tercatat nombor telefon yang diamanahkan kepadanya. Dilihatnya lelaki itu sudahpun berundur dan kini sedang menyandar selesa pada kenderaannya. Sedang berdiri bersilang kaki. Tenang sekalirautwajahnya. Menatap wajah itu memaksa Dewi menghela nafas panjang. Ada kepuasan tidak terkira, yang dihirup bersama sekepul nafas itu!

Darrenmeluruskan tubuhnyadandatang menyongsong sebaik-baik ternampak Dewi mara ke pintu pagar. Langkahnya kemas.

“Terima kasih.” Itu saja yang termuntah dari mulut lelaki itu ketika mencapai kertas kecil yang dihulurkan. Dia melangkah pergi tanpa lengah. Lama Dewi terpakudi pintu pagar itu hinggalah kenderaan tersebut ghaib dariskop pandangannya. Ditariknyanafas panjang-panjang. Ada perasaan indah menari-nari di perdu hati.

Argh…Sampai mati Darren, takkan kulupa…bisiknya ketika itu. Datang lagi perasaan indah itu. Kini melabuhkan sauhnya puladi pelabuhan hati.

‘Kalauucap terima kasih, nanti dia tau pulak siapa aku…’ bisiknyabercadangmerealisasikannya juga di suatu waktu yang sesuai kelak. Dia akan beritahu bahawa dialah yang diselamatkan Darren dulu. Dia hendak tengok reaksi terkejut lelaki itu!

Lamunannya mati. Dia kembali ke alam nyata, sebaik-baik terdengar bunyi hilai tawa di sebelah. Kuat sekali. Tidak pernah mereka mengekeh sekuat itu. Apa yang lucu sangat? Selalunya senyap saja biarpunkesemuanya termasuk Darren adaberkumpulbersama-sama. Dia berkisar di sofa tempatnya berbaring itu. Membetulkan posisinya.

Ke, mengata aku? Tadi waktu aku turun kereta, mereka tenung semacam je...?

“Dah tidurkah Ruby dan Nury di asrama? Tentu penat sekalianak-anak Umi, kasihan…” lontarnya tiba-tiba sajateringatkan anak-anak tirinya. Sejenak matanya dilontar ke jendela, dia tersentap bila terpandangkan sosok tubuh kehitaman melintasi jendela ruang tamu tingkat bawah itu. Dewi mengusap-usap dada seraya beristighfar.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku