MR. AND MRS.
PROLOG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(98 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
26171

Bacaan






AINI duduk di sofa satu. Milo panas yang baru dibancuh, diletakkan ke atas meja empat segi.

“Siapa yang datang tadi?”

“Kak Fida, dia duduk blok depan nun.”

“Dia nak apa?”

“Dia nak jumpa dengan Widad. Dia kata, Widad telah diterima untuk bekerja di butik pengantin dia sebagai PA kepada CEO dia yang baru saja berhenti kerja semalam.”

“Bila masa pula Widad pergi temuduga? Aku tenguk dia ada jer dalam bilik hang tu. Dua puluh empat jam terperap macam ikan pekasam,” bebel Aini. Wafa mengangkat bahu tanda tidak tahu. Kerdip matanya terlajak ke pintu bilik. Ada sesuatu yang ingin dikatakan tapi dia masih teragak- agak.

“Aku rasa... kalau Widad tolak tawaran Kak Fida tu, aku nak menyamar jadi dia. Aku nak ambil job di butik tu. Aku nak Widad bangkit dari kesakitan semalam. Aku nak dia ambil peluang nie untuk membalas dendam pada Aaron atas apa yang lelaki tu dah buat pada kami sekeluarga.”

“Hang tu budak fakta. Nak kerja kat butik pengantin konon! Aku tenguk hang masuk benang dalam jarum pun terkial- kial. Weii, tak usah duk beranganlah!” tempelak Aini. Wafa mencebik. Terasa sakit hatinya bila diperlekehkan begitu.

“Eh, kau dah tahu kenapa Widad dan Aaron tak jadi bernikah?”

“Entahlah. Widad tak nak buka mulut kenapa Aaron membatalkan majlis pernikahan mereka. Demi untuk menutup malu yang besar, kami terpaksa berbohong pada orang kampung yang pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan dan keadaannya parah hingga majlis terpaksa ditunda,” jawab Wafa. Aini terpempan, simpatinya atas nasib yang menimpa Widad berjejer.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku