MR. AND MRS.
BAB : 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(103 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17965

Bacaan






WAFA keluar dari perut teksi! Matanya tercari- cari tempat yang patut dituju setelah pintu lobi dilepaskan. Langkahnya jadi bertambah panjang bila pintu lif di hujung sudut masih luas ternganga. 

Fuh! Nyaris- nyaris mukanya tidak tersembam di dada seorang lelaki saat tumit tinggi yang dipakai hilang imbangan. Pintu Lif yang menghentam sisi badannya jadi regang sendiri.

"Are you ok?" tegur lelaki itu.

Wafa membetulkan posisi cermin matanya yang lari dari kedudukan asal sebelum anggukan dilepaskan. Senyum di bibir menjadi semanis madu bila mata itu memandang tepat ke mukanya. Ouch! Hensem gila! Jerit hati Wafa.

“Tak apa, salah saya. Nak juga masuk walaupun pintu tu dah himpit badan saya tadi,” akuinya gugup. Pemuda itu hanya mengangguk. Dia seperti tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Mak aiii, tebalnya make up dia tapi aku tak pernah nampak pun dia sebelum nie. Entah- entah dia salah parking. Kedai keranda kat sebelah sana nun, apahal pula dia masuk butik aku!

"Hari pertama masuk kerja?" Eilmi Zahrin memulakan seisi soal jawab bila Wafa tak berkedip - kedip memandangnya.

"Ya. Kalau encik nak tahu, saya nie PA baru CEO," jawab Wafa ramah. Lelaki itu mencebik. Pandangannya kembali ke depan sebelum terjungkit semula ke wajah itu bila Wafa masih memandangnya dengan mata yang nakal. Ting! Pintu lif sudah terbuka.

"Encik dah lama kerja kat sini?"

"Sepuluh tahun."

"Aumak, lama tu! Tahniah saya ucapkan kerana encik telah berjaya mempertahankan kerjaya encik di sini walau saya pasti badai yang datang menghempas, geloranya bukan sedikit!" ucap Wafa penuh metafora. Senyumnya bertukar lebar.

"Jadinya, tentu encik kenal sangat boss saya yang cerewet tu. Dengar cerita, dia tu hampir -hampir dapat surat kuning. Kalau Encik nak tahu, saya nie adalah PA dia yang ke sembilan puluh sembilan, lagi satu jer nak sampai seratus," bisik Wafa. Kakinya menjingkit kerana lelaki itu jauh lebih tinggi darinya.

"Eh kenal sangat- sangat. Dia bukan saja cerewet tapi orangnya tegas dan kuat berleter sebab tu sembilan puluh sembilan PA dia cabut lari tapi surat kuning tu surat apa?" bisik lelaki itu pula.

"Surat kuning tu surat dari hospital sakit jiwa tapi apalah yang nak dihairankan, boss perempuan zaman la nie memang hidup dalam tekanan! Nak- nak lagi bila dah masuk zaman menopause dan suaminya mula buat perangai! Tak cukup satu, pasang dua tiga skandal sekaligus. Lagi sedih kalau mereka tu nikah senyap- senyap kat Siam! Tragikkan kisah hidup dia?"

"Siapa?" tanya Eilmi Zahrin lagak si dungu.

"Boss kitalah, Puan Julia!" tekan Wafa dengan muka berkerut. Lelaki itu mengangguk sebelum langkahnya pergi dari situ. Dan Wafa, masih terkaku tanpa arah yang pasti.

"Puan Widad, selamat datang ke PUTIH. Mari saya tunjukkan pejabat Puan," ucap seorang wanita dari sisi kanannya. Kening Wafa berkerut kala gelaran puan disebut- sebut. Puan Widad? Puan apanya? Kakak aku tak jadi kahwinlah!

"Boss dah sampai?"

"Sudah. Boss memang hari- hari datang awal."

Muka Wafa berubah kelat. Alamak! Matilah nak, hari pertama kerja dah lambat macam nie!

"Sekarang Puan Widad kena buatkan kopi untuk boss dulu. Dari tadi boss tunggu kopi PA yang baru. Sepatutnya, kita ada mesyuarat awal pagi tadi tapi memandangkan Puan masih belum sampai, boss dah batalkan mesyuarat tu."

Wafa terpana. Apsal pulak nak batal? Aku bukannya orang penting pun! Bebel gadis itu tika langkahnya maju ke pantri. Di situ, mata hitamnya bertembung dengan Puan Fida. Satu-satunya manusia yang dia kenal dalam bangunan setinggi lapan tingkat ini. Itupun kerana mereka hidup berjiran. Jiran yang tak pernah bertegur sapa, hanya sekadar pandang dan senyum kalau terjumpa!

"Kenapa lambat?" nada Puan Fida kedengaran kurang mesra.

"Kereta saya tu kak, tiba- tiba pula habis minyak. Terpaksa tunggu teksi," jawab Wafa padahal sebab utamanya, dia terlajak tidur! Tangannya ligat menyatukan kopi dan gula di dalam teko kecil.

"Kak, saya gementarlah. Hari pertama dah lambat macam ni, nak bawa kopi pun rasa gigil. Harap- haraplah boss kita tu tak diserang angin senggugut."

"Kau tadah jer lah telinga kau tu kalau dia membebel. Pergilah cepat! Nanti angin senggugut dia bertukar jadi ribut taufan baru kau tau." Wafa mengangguk dengan muka kalut. Dulang kecil digapai dan dibawa masuk ke bilik CEO.

"Opss maaf,salah bilik," ucap Wafa saat matanya berlaga dengan mata lelaki yang ditemuinya di dalam lif tadi. Wafa keluar semula dari bilik itu dengan kopi yang masih ditatang. Langkahnya laju mendapatkan Puan Fida.

"Kak, bilik boss yang mana satu?"

"Hujung sekali."

"Tapi Puan Julia tak ada pun dalam bilik tu," Wafa seperti merungut.

"Widad, Puan Julia tu Penasihat PUTIH. CEO kita Tuan Eilmi Zahrin!"

"Maknanya bos kita lelaki lah?"

"Eh Widad nie, dah nama pun Tuan Eilmi. Sah- sah lah lelaki."

"Lelaki tulen ker kak atau... ?"

"Widad!" tegur Puan Fida bila pertanyaan sebegitu tidak molek untuk ditanya.

"Manalah tahu, kalau- kalau dia tu jenis lelaki dua musim. Musim dingin dan musim sejuk beku," jenaka Wafa tidak bertempat. Puan Fida menggeleng, wajahnya berona bila anak matanya terkuis ke satu arah. Wafa tangkas berpusing demi untuk mencari tahu apa yang membuatkan wajah Puan Fida mengecut takut. Renungan yang mencerlung itu ditatap dengan hati yang gigil. Alamak...

"Dah habis mengutuk?! Kalau nak tahu saya nie lelaki tulen ker tak, jom masuk bilik saya!" pintas lelaki itu. Wafa terdiam. Langkahnya masih belum beranjak.

"Tunggu apa lagi? Masuk bilik saya sekarang!!"

Puan Fida tidak berani mengangkat muka. Wafa bertambah ketar. Bunyi piring yang berlaga dengan cawan kopi di dalam dulang mengejek- ngejek langkahnya yang tidak sekata. Matilah nak...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku