MR. AND MRS.
BAB : 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(77 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16047

Bacaan






DULANG air kopi diletakkan ke atas meja sebelum Wafa duduk menyerah diri. Mukanya tertunduk ke bawah. Hatinya jadi kecut bila wajah hensem itu menyinga. Dan kini, dia menantikan kata- kata lanjut dari mulut lelaki itu.

“Ada saya suruh awak duduk!” tengking Eilmi Zahrin. Wafa menggeleng sebelum bingkas.

“Awak tahu apa kesalahan awak pada hari pertama awak bekerja di butik saya!”

Wafa mengangguk.

“Hah! Angguk jer! Mana pergi suara ramah tamah awak tu! Tadi bukan main celoteh mulut awak mengutuk sana sini! Kenapa sekarang, awak diam! Dahlah lambat masuk kerja, lepas tu boleh pula awak kutuk majikan awak terang- terang! Awak tahu Puan Julia tu, siapa?!”

“Penasihat PUTIH,” jawab Wafa. Mujur Puan Fida memaklumkan hal itu kepadanya tadi.

“Dia bukan sekadar Penasihat tapi dia adalah ibu kandung saya! Sedap jer mulut awak buruk- burukkan Puan Julia! Dah menopause konon! Suaminya ada skandal dengan perempuan muda! Suami Puan Julia tu, ayah saya! Dan untuk pengetahuan awak, dia bukan kaki perempuan!” tegas Eilmi Zahrin dalam nada seorang pemidato terhebat.

Wafa diikat diam. Dia tahu, dia salah. Hatinya sudah mengukur kata maaf tapi mulutnya berat untuk melafazkan.

“I am talking to you, Puan Widad!” nada itu naik lagi setingkat. Wafa tersentak.

“Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya janji, saya takkan ulangi lagi kesilapan yang sama,” ucap Wafa. Eilmi Zahrin hanya menjeling. Hatinya masih belum puas.

“Maaf? Awak ingat senang saya nak maafkan awak? Bak sini telifon awak!” pinta Eilmi Zahrin. Kadar suaranya sudah menurun.

“Tuan nak buat apa?”

Eilmi Zahrin tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya hanya isyarat tangan yang ditunjukkan. Wafa tidak punya pilihan. Telifonnya dibawa keluar dari poket baju kurung sebelum diletakkan ke atas meja.

“Sekarang, saya nak awak nyanyi lagu saya minta maaf kerana mengutuk ibubapa Tuan di depan pintu bilik saya. Nyanyi kuat- kuat biar semua pekerja dengar!” pinta lelaki itu. Wafa menelan air liur. Biar betul mamat nie!

“Saya tak hafal lagu tu. Tak pernah dengar pun,”

“Ada saya kisah?” ucap Eilmi Zahrin angkuh. Wafa terkemam.

“Tunggu apa lagi?!”

Wafa keluar dari ruang itu. Langkahnya terhenti kaku betul- betul di depan pintu bilik CEO. Tiap mata yang memandang dibiarkan melata.

“Maafkan saya kerana mengutuk ibu bapa Tuan,” Wafa menyanyi- nyanyi kecil. Lirik itu dicipta sendiri dan diulangnya beberapa kali.

“Kuat lagi!” pekik Eilmi Zahrin. Muka Wafa sudah merah kerana menahan malu. Nyanyiannya yang tidak merdu itu bergema jauh hingga ke tingkat tujuh, mengundang tawa yang panjang dari pekerja- pekerja lain.

Satu jam sudah berlalu, terasa kering anak tekaknya akibat terlalu kuat menyanyi. Wafa memandang tepat ke muka pintu itu bila Eilmi Zahrin keluar dari pintu itu dengan muka selamba. Perhatiannya tercuri padaear phoneyang melekat di lubang telinga lelaki itu.

Eh! Dia boleh dengar lagu lain! Aku yang terjerit- jerit kat sini macam orang bodoh, sikit pun dia tak pandang! Wafa menyumpah hanya setelah figura itu masuk ke dalam lif. Dia ingin meneruskan nyanyiannya tetapi ditegur oleh seorang lelaki gemuk.

“Sudah- sudahlah tu. Naik bentan telinga saya ni dengar awak menyanyi. Kalau suara awak sedap macam Dato Siti tak apalah juga.”

Wafa diam. Langkahnya menuju ke satu arah.Beberapa orang pekerja memandang sinis ke arahnya. Dia tidak kisah dengan semua itu. Gelas bersih digapai. Air sejuk dari mesin penapis air ditadah hingga penuh sebelum diteguk sampai habis. Errkk! Dia sendawa pula.

“Sorry,”ucapnya kemudian. Gelak tawa dari satu sudut membuatkan pandangannya terbuang pada sekumpulan pekerja butik yang rancak bercerita. Mengutuk akulah tu!

“Widad! Masuk bilik akak kejap,” pinta Puan Fida. Wafa mengangguk. Langkah wanita berusia 40an itu dijejak hingga ke satu sudut.

“Duduk,” pelawanya lembut.

“Kalau Widad nak bina kerjaya Widad di sini dengan bakat dan ilmu yang Widad ada, Widad kena banyak bersabar dengan sikap Tuan. Eilmi. Buat masa sekarang, memang tak mudah untuk Puan Julia meletakkan Widad dalam jawatan yang sepatutnya mengikut kelayakan Widad kerana sebab- sebab tertentu. Akak harap Widad faham kenapa kami menawarkan tugas sebagai PA Tuan Eilmi kepada Widad.”

“Saya takkan mengalah kak. Demi Widad!”

Puan Fida tersenyum. Hatinya lapang. Dia bimbang kalau – kalau Widad mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara mendadak. “Sebenarnya, akak dah jemu dengan kerja- kerja temuduga nie. Tiap- tiap bulan mesti nak kena cari PA yang baru. Fail yang disimpan masih belum comot, dah nak buka fail yang baru.” Keluhnya. Wafa mengangguk faham.

“Tuan Eilmi pergi mana?”

“Dia jumpa pelanggan di Bangsar.”

“Tolong telifon Tuan Eilmi untuk saya? Ada perkara saya nak cakap dengan dia,” pinta Wafa. Puan Fida mengangguk. Gagang telifon diangkat dan jarinya ligat menekan beberapa buah angka yang sudah dihafal susunannya. Keadaan jadi sepi bila panggilan itu masih belum bersambung.

“Hello!” Wafa pantas menggapai gagang telifon dari Puan Fida.

"Tuan, saya perlukan telifon saya,” suara Wafa agak merayu.

“Tahun depan saya bagi!” jawab lelaki itu sebelum talian diputuskan. Wafa menggaru kepala. Ish! Memang nak kena dia nih! Wajah Puan Fida ditenung sejenak sebelum cebikan di wajahnya muncul. Puan Fida menggeleng kecil. Fail- fail atas meja diraih satu persatu.

“Terima kasih. Nasihat akak akan saya ingat hingga ke hembusan nafas terakhir,” ucap Wafa. Riak muka Puan Fida berubah terus. Sampai begitu sekali ikrarnya? Getapnya gerun.

“Err Widad, apa yang berlaku dalam butik ini adalah rahsia butik. Jangan mudah untuk ceritakannya pada orang lain walau yang bertanya itu Cik Zara, tunang Tuan Eilmi sendiri.”

“Hah? Dah tua bangka macam tu baru bertunang?” cemuh Wafa.

“Shhh... cakap perlahan sikit! Widad nie, dah kena denda tadi pun tak serik- serik,” leter Puan Fida.

Hari ni hari kau. Esok lusa, hari aku pulak! Kau belum kenal lagi aku siapa! Monolog Wafa dalam diri. Keromot di muka Puan Fida dibalas dengan senyuman mak lampir. Ish, menyeramkan!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku