MR. AND MRS.
BAB : 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(136 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14032

Bacaan






MANA dia nie! Wafa mendengus bila muncungnya sudah panjang sedepa. Kakinya mundar mandir di ruangan kerjanya yang cuma sekangkang kera.

“Tak balik lagi Widad? Nak tumpang akak?” sapa Puan Fida. Wafa berhenti melangkah. Mata hitamnya terlajak ke pintu. “Widad tunggu Tuan Eilmi. Telifon Widad ada pada dia,” rungutnya. Puan Fida menggeleng. “Tuan Eilmi memang tak masuk butik dah. Sekarang ni, dia ada di Putrajaya,” jelas Puan Fida kemudian. Wafa melopong.

“Jomlah akak hantar Widad balik. Sini payah sikit nak dapat teksi, kena tunggu kat depan sana. Jauh juga kalau nak berjalan,” pelawa Puan Fida sekali lagi. Wafa menarik langkah berat. Bibirnya mengomel. Mungkin saja meleteri sikap Eilmi Zahrin yang dianggap keterlaluan. Pintu bilik ditarik, langkahnya turun ke lobi bersama Puan Fida.

“Nasiblah dia tak der kat depan saya nie kak! Kalau tak, dah kena dah! Saya rasa macam nak cubit-cubit jer dia. Geram betul hati saya nie. Dia tak tahu ker yang telifon tu penting! Kalau ada kecemasan! Kalau berlaku sesuatu pada saya, macam mana!” marah Wafa sewaktu kenderaan yang dinaikinya sudah bergerak menuju ke jalan besar.

“Akak pun tak tahu nak kata apalah Widad. Tuan Eilmi tu kalau marah, memang macam tu perangainya, sebab tu tak ada orang yang tahan jadi PA dia. Ada saja yang tak kena.” Wafa duduk menyandar. Pandangannya lurus ke depan bila kenderaan itu menderu laju di celah- celah jalan yang sibuk.

“Tuan Eilmi pentingkan disiplin dalam bekerja. Kalau Widad nak kerja lama dengan dia, Widad kena pastikan disiplin Widad nombor satu,” jelas Puan Fida. Wafa terdiam. Dia rasa terpukul dengan nasihat itu. Memang dia yang salah kerana tidak masuk kerja tepat pada waktunya tapi dia bukan sengaja… dah lah terlajak tidur, minyak kereta pulak boleh kering di tengah jalan!

Boss kita tu hantu kopi. Pagi petang siang malam, mesti nak minum kopi. Kalau tak, dia akan jadi macam orang ketagih candu. Kalau bab makan, dia gila spaghetti.Kuahnya tidak terlalu pekat. Kalau letak daging bakar lagi dia suka. Kalau Widad nak jernihkan semula keadaan, akak rasa Widad caranya kan?”

Wafa mengangguk. Dia perlu meredakan kemarahan lelaki itu demi mendapatkan semula telifon pintarnya. Bahaya kalau disimpan lama -lama, kelak nanti rahsia penyamarannya akan terbongkar. Selepas mengucapkan terima kasih, Wafa langsung masuk ke dalam rumah. Matanya tercari- cari di mana diamnya figura Aini. Televisyen yang terpasang ditutup suisnya bila ruang tamu itu dilihat kosong tanpa penghuni.

“Macam mana hari pertama penyamaran kau? Menjadi tak? Mereka percaya tak yang kau tu Widad?” tegur Aini dari arah dapur. Di tangan gadis itu ada milo panas yang masih berasap.

“Shhh… jangan cakap kuat- kuat, nanti Widad dengar. Aku ada masalah besar nie. Kau mesti tolong aku,” bisik Wafa. Mereka langsung masuk ke bilik.

“Masalah apa? Mereka dah tahu yang kau menyamar?” tebak Aini. Wafa duduk di hujung katil.

“Kau minta Adha masakkan spaghetti cabonarayang paling sedap sekali untuk boss aku pagi esok, boleh?”

“Hah?” hairan Aini makin bertambah.

“Aku gaduh dengan boss aku hari nie. Habis telifon aku, dia ambil. Tolonglah aku, Aini. Aku merayu nie. Nanti gaji, aku belanjalah kau beg kulit kat Sogo,” Wafa menjanjikan upah.

“Aiik… hebat kau nie. Hari pertama masuk kerja dah gaduh dengan boss. CEO tu! Kau gaduh pasal apa sampai dia boleh ambil telifon kau? Entah- entah, dia tahu yang kau tu cuma menyamar. Macam mana kalau dia geledah telifon bimbit kau untuk mencari tahu siapa kau yang sebenarnya?”

“Dia tu lelaki yang gilakan fesyen bukannya ejen FBI yang ada kepakaran nak godam kata laluan telifon orang lain,” sinis Wafa. Aini mencemek.

“Kau tunggu apa lagi? Pergilah telifon Adha, bagitahu dia tentang spaghetti yang aku nak tu?”

“Eh, aku tak kata pun nak tolong kau.”

“Alah Aini, aku kena pujuk dia. Demi Widad, kau tolonglah aku,” Wafa merayu.

“Baiklah tapi kali ini jer tau!”

Wafa mengangguk.

"Kakak kau pergi bank. Empat jam dah dia pergi. Katanya nak masukkan duit ke dalam akaun Aaron. Lelaki tu minta Widad pulangkan semula duit belanja kahwin mereka. Kejam kan!” Keadaan jadi senyap terus. Masing- masing memikirkan nasib yang telah menimpa Widad.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku