MR. AND MRS.
BAB : 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(132 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14885

Bacaan






KOPI yang sudah siap dibancuh, dituang ke dalam cawan seramik. Aromanya menyucuk rongga hidung yang paling dalam. Wafa senyum lagi, wajahnya menampan bahagia. Apa salahnya kalau aku ikut nasihat Puan Fida semalam. 

Spaghetti cabonara dibawa keluar dari microwave sebelum disalin ke dalam bekas Langkahnya dihayun terus ke bilik boss. Sarapan pagi itu dihidang kemas. Sekeping kad ucapan maaf disandarkan pada cawan kopi.

“Awal datang hari nie, Widad? Macam nie lah bagus,” sapa Puan Fida. Senyum Wafa jadi kembang. Dia masuk ke biliknya bila langkah Puan Fida menyonsong ke pantri. Sesekali, matanya terbuang pada sisi cermin. Kepulan asap kecil yang lahir dari haba kopi Tuan Eilmi masih boleh dilihat!

“Widad, tolong ambil senarai material Miss Tania dari Puan Insyirah. Kemudian, awak turun ke tingkat 5 dan cari material Miss Tania mengikut kod kain. Saya nak semua material tu ada di meja jahit saya setengah jam dari sekarang! Dan jangan lupa, buatkan saya kopi yang paling sedap di muka bumi nie,” arah Tuan Eilmi di muka pintu bilik.

Wafa mengangguk walau Tuan Eilmi sudah masuk ke bilik CEO. Mendengar suara itu, dia jadi gementar terus. Tapak tangannya berpeluh menahan gigil yang datang secara tiba- tiba. Alamak, apsal aku tiba- tiba rasa macam nie...

“Widad!” laung Eilmi Zahrin. Langkah Wafa jadi terhenti.

“Masuk bilik saya,” pinta lelaki itu. Kaki Wafa seperti berpusing. Mahu tak mahu, arahan itu harus dipatuh.

“Duduk.”

Wafa yang sedari tadi berdiri, mula duduk.

“Terima kasih untuk semua nie.Dah lama saya tak rasaspaghettimacam ini. Ada daging bakar lagi. Awak masak sendiri?”

Wafa mengangguk. Eh, angguk buat apa! Hatinya kecut, nak senyum pun dia tak berani. Apahal pula dengan kau ni, Wafa! Kenapa kau jadi takut dengan mamat baba nyonya nie! Telifon kau tu ada kat dia. Apa lagi, mintak lah! Tingkah hatinya seperti mengejek.

“Pandai awak masak. Kalau saya minta awak masak spaghetti nie hari- hari boleh? Awak boleh tetapkan harganya. Saya masukkan sekali dalam gaji bulanan awak.”

Pertanyaan itu gagal dicari motifnya! Adakah ianya jujur atau hanya untuk menduga? Entah- entah, dia tahu spaghetti nie bukan aku yang masak! Gerak hati Wafa melahirkan kata- kata. Aduh, macam mana nie!

"Saya akan gandakan gaji awak kalau awak setuju.”

Wafa masih belum mampu menjawap. Akalnya masih berfikir-fikir. Hari- hari? Takkan tiap- tiap bulan aku nak belanja Aini beg kulit kat Sogo kut! Desis Wafa gelisah.

"Saya akan lupakan apa yang berlaku semalam kalau awak setuju masakkan spaghetti kegemaran saya nie hari- hari."

Wafa terpinga. Betul ker nie... hatinya masih ragu.

“Baiklah tapi saya nak gaji saya dibayar tunai,” akhirnya persetujuan dimaterai bila Wafa melihat ada kesempatan lain yang boleh diambil. Pemuda berkumis itu tersenyum. Sepertinya, dia benar- benar sudah melupakan persengketaan semalam.

“Oleh kerana awak dah masakkan saya spaghetti sesedap ini, ucapan maaf awak saya terima. Sekarang, saya nak pulangkan semula telifon awak,” ucapnya kemudian. Telifon pintar dibawa keluar dari beg sandangnya dan diletakkan ke atas meja.

Tiba- tiba, skrin telifon itu mengeluarkan cahaya putih disusuli dengan lagu Mac Rahayu, Ditakdirkan Kita Bersama. Mata hitam Wafa melekat terus di situ. Mata Eilmi Zahrin juga. Satu pesanan ringkas yang datang dari Aini dibaca sekali imbas selagi lampu telifon masih menyala.

'Apa cer? Tokek tu suka tak dengan sphaggeti tu? Aku dari malam tadi dah terbayangkan beg kulit kat sogo! Kau jangan cakap si tokek tu tak suka pula!'

Patah perkataan itu berselerakan di kedua- dua mata sebelum skrin telifon menjadi gelap secara automatik. Wafa mengangkat muka. Gigilnya datang lagi bila wajah hensem bossnya kembali menyinga.

“Awak panggil saya, tokek?” tekan Eilmi Zahrin. Matanya mencerlung.

“Eh tak, bukan saya. Tuan Eilmi jangan salah faham. Sebenarnya...”

“Salah faham? Bukti dah ada depan mata saya pun, awak boleh kata salah faham? Awak ingat saya nie budak kecik yang tak kenal huruf? Tak tahu baca? Awak memang tak serikkan! Sekarang juga saya pecat awak!”

“Tapi saya tak bersalah Tuan,” bentak Wafa. Langkahnya jadi mendekat. Telifon pintar dalam tangan Tuan Eilmi cuba diambil biar lelaki itu tidak membenarkannya.

“Saya gigit nanti!” ugut Wafa geram.

“Gigitlah kalau berani!”

Wafa makin tercabar. Tangan itu digigitnya terus. Eilmi Zahrin meronta bila gigitan Wafa semakin kuat. Arghhh, awak nie keturunan drakula ker!! Dia cuba menolak kepala gadis itu ke sisi lain bila kesakitannya sudah tidak dapat ditahan. Pada saat itu, seseorang pun melangkah masuk! Glurrpp!! Alamak, Puan Julia!!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku