MR. AND MRS.
BAB : 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(88 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13685

Bacaan






ASTAGHFIRRULLAH! Puan Julia beristighfar melihat perlakuan dua orang anak muda itu. “Kenapa dengan kau orang nie?” soalnya dengan muka keromot. Eilmi Zahrin pantas membetulkan duduknya sedang Wafa masih lagi berdiri di situ.

“Tuan Eilmi ambil telifon saya, Puan Julia.”

“Siapa suruh awak kutuk saya bukan-bukan? Semalam, awak dah buruk- burukkan Puan Julia dan ayah saya. Hari ni, awak kutuk saya pula!” Eilmi Zahrin mempertahankan diri.

“Masalahnya, bukan saya yang panggil awak, tokek! Saya tak bersalah dalam hal ni! Saya minta dibicarakan!”

“Awak ingat ini mahkamah?” sinis Eilmi Zahrin.

“Macam budak- budaklah kau orang nie. Masing- masing dah besar panjang. Kalau kahwin, dah boleh ada anak pun. Takkan perkara yang kecil macam nie nak dibesarkan!” leter Puan Julia.

“Uweekkkkk! Selisih simpang tiga, janganlah dia jadi bini aku! Dahlah muka macam badut pasar malam jual vcd haram.”

“Eh! Awak uweeekk weeekkk kan saya? Awak ingat, saya nak sangat kahwin kahwin dengan awak?! Tak payah nak perasanlah. Muka macam awak nie kalau campak kat hutan, beruk pun belum tentu nak! Sebab tu dah tua- tua macam ni, masih tak laku- laku!” tempelak Wafa.

Elmi Zahrin bingkas. Wajahnya merah bila diherdik begitu. Puan Julia yang perasan dengan perkara itu segera mendapatkan anaknya demi meredakan keadaan.

“Sudah! Sudah! Hormat sikit pada saya!” tegasnya dengan tangan mendepa.

“Untuk pengetahuan Puan Julia, saya dah pecat badut pasar malam nie! Saya tak nak dia jadi PA saya lagi! Sekarang dengan segala hormatnya, sila keluar dari pejabat saya! Kemas barang- barang awak dan berambus!”

“Eilmi Zahrin!” gumam Puan Julia, nadanya turut meninggi. Langkah Wafa masih tidak berganjak. Terdiam dia di situ tanpa suara. Apakah harapannya untuk membina nama dan kerjaya Widad di PUTIH sudah tiada? Hatinya bertanya.

“Sebagai Penasihat PUTIH, saya bangkang! Widad, masuk pejabat saya, sekarang!” tegas Puan Julia. Wafa segera melangkah. Dari satu bilik, dia masuk pula ke bilik lain. Apakah Puan Julia berada di pihaknya?

“Duduk Widad,” jemput Puan Julia. Intonasinya sudah menurun.

“Saya minta maaf, Puan Julia. Saya tak bermaksud nak berkasar dengan Tuan Eilmi tapi saya tak bersalah. Bukan saya yang memulakan pertelingkahan tadi,” jelas Wafa.

“Tak apa, saya faham. Sesekali anak saya tu memang perlu diajar. Saya pun dah penat melayan kerenah dia! Setiap kali ada PA baru, pasti ada yang tak kena di mata dia. Ada saja yang mahu digaduhkan.”

“Entah- entah anak lelaki Puan Julia tu songsang tak?” sampuk Wafa. Kening Puan Julia nampak terangkat.

“Songsang?” ulangnya kurang faham.

“Err maksud saya, dia suka kaum sejenis sebab tu dia tak sebulu dengan PA kaum perempuan macam saya,” jelas Wafa berani. Puan Julia tergamam. Memek mukanya seperti kertas yang sudah renyuk. Wafa jadi terdiam. Dia tahu, dia sudah terlajak cakap.

“Bila Puan Fida tunjukkan pada saya, profil baju pengantin rekaan awak bulan lepas, saya tahu awak ada bakat yang luar biasa. Butik saya benar- benar memerlukan pereka fesyen yang berbakat seperti awak. Jadi saya minta, awak gunakanlah peluang yang ada nie untuk membina nama dan kerjaya awak. Biar semua orang tahu, kenapa saya bangkang pemecatan awak hari ni. Bolehkan Widad?”

“Terima kasih atas kepercayaan Puan Julia.”

“Saya tahu, awak ada kelulusan dari luar negara tapi anak saya tak mudah nak beri kepercayaan pada budak baru untuk hasilkan baju pengantin butik kami. Makanya, saya terpaksa meletakkan awak sebagai PA dia supaya akan ada ruang untuk awak meraih kepercayaan dia secara perlahan. Esok, saya akan bagi awak satu tugas khas. Awak kena ikut Tuan Eilmi untuk berjumpa dengan pelanggan VVIP kita,” lanjut Puan Julia.

Wafa masih mengangguk walau dia merasakan permintaan itu sangat berat bunyinya. “Ini senarai jadual kerja Tuan Eilmi. Jadualnya taklah terlalu padat sebab dia hanya berurusan dengan pelanggan kita berstatus VIP dan VVIP,” Puan Julia menghulurkan lima helai kertas putih yang sudah dikepil dengan kemas. Wafa keluar dari bilik itu dengan azam yang baru.

Dari satu sisi, mata hitamnya menangkap jelingan Tuan Eilmi. Jelingan yang dibalas dengan senyuman. Kalau boleh, dia tidak mahu memanjangkan persengketaan. Apa yang telah dilakukan oleh Puan Julia hari ini harus dihargai. Demi Widad, apa salahnya kalau aku mengalah.

“Apa tenguk- tenguk!” marah lelaki itu saat kotak di tangan dibawa turun ke tingkat bawah. Wafa memandang ke sudut lain. Hatinya tertanya- tanya dengan perbuatan Tuan Eilmi yang membawa keluar semua barang- barang pejabatnya.

Macam nak pindah jer! Bicara Wafa sendiri. Hurm… sebagai seorang PA, di mana boss berada, di situ jugalah aku kena ada! Kata- kata itu jugalah yang keluar dari mulut Puan Julia tadi, ulas Wafa sendiri. Sudahnya, dia mengemas barang peribadinya sebelum dibawa turun ke tingkat bawah. Matanya tercari- cari di mana letaknya bilik Tuan Eilmi yang baru.

“Siapa suruh awak datang sini?!” jerkah Eilmi Zahrin.

“Puan Julia kata, sebagai PA boss, di mana Tuan Eilmi berada, di situ jugalah saya kena ada.”

Eilmi Zahrin merengus! Pintu biliknya ditutup kasar. Wafa jadi tidak kisah dengan perkara itu. Dia duduk di atas karpet biru bila sudut itu hanya menempatkan satu bilik dan bilik itu sudah pun diambil oleh si tokek!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku