MR. AND MRS.
BAB : 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(102 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14298

Bacaan






KENAPA kau panggil boss aku, tokek? Soal Wafa. Wajahnya mencuka. Aini masuk ke dalam Ixora. Enjin kereta dihidupkan. Waktu bekerjanya akan bermula kurang sejam lagi. Dia tidak punya banyak masa untuk melayan pertanyaan Wafa.

“Kenapa? Salah ker aku panggil dia tokek?” Aini masih bersikap selamba.

“Disebabkan kau panggil dia, tokek! Aku hampir kena pecat hari nie, tau tak!” Wafa meluahkan kemarahan yang dipendamnya sejak tadi. Aini ketawa kecil. Entah di mana lucunya kata- kata itu.

“Kita dah bincangkan hal ini dalam telifon tadi kan? Semuanya dah selesai pun. Apa yang kau nak bebelkan lagi nie? Oklah, aku nak pergi kerja. Dah lambat nie! Pergilah masuk, Widad tengah tunggu kau tu!”

Wafa terpana. Masa bila pula aku cakap hal nie dalam telifon dengan dia? Hatinya bertanya. Dia pantas mengejar kereta Aini yang baru pergi dari rumahnya. Aini! Telifon aku ada pada tokek tu! Jerit Wafa walau Aini sudah semakin jauh dan tak mampu lagi dikejar.

“Widad!” tegur Puan Fida tidak jauh dari situ. Wafa berdiri tegak. Matanya terpacu pada satu wajah. Oh! Sudah jauh dia berlari!

“Akak cari juga kau tadi, kalau- kalau kau nak tumpang akak balik,” cerita Puan Fida. Wafa menggeleng. Mulutnya mengeluarkan nafas- nafas lelah. “Kereta Widad dah ok kak,” jawabnya termengah- mengah.

“Kenapa dengan kau nie? Macam kena kejar dengan anjing jer akak tenguk!” tegur Puan Fida hairan.

“Saya kejar kereta Aini, kak!”

“Kau tu kecik jer Widad! Manalah nak sama langkah kau tu dengan kereta! Akak dengar cerita, hari nie kau kena pecat dengan Tuan Eilmi. Betul ker?”

“Betullah tu! Tuan Eilmi tuduh saya panggil dia, tokek!”

“Hah? Tokek? Tak ada nama lain ker kau nak panggil dia, Widad?” Puan Fida ketawa berdekah.

“Ada beza ker dia dengan tokek kak?” tempelak Wafa. Puan Fida ketawa lagi.

“Habis yang kau gigit tangan dia tu, apa halnya pula?”

Wafa terpempan.

“Saya balik dulu kak. Nanti saya emailkan akak jawapannya,” ucap Wafa bila soalan itu gagal dijawab. Puan Fida mengangguk berat. Langkah Wafa dilihat hingga hilang.

“Wafa kerja kat mana?” tegur Widad saat langkahnya masuk ke dalam rumah.

“Syarikat Telco, kak.”

“Duit yang abang Maliq bagi bulan- bulan tak cukup ker? Apa lagi yang Wafa nak?” soalan Widad makin bertambah. Wafa terdiam. Dia tercari- cari alasan yang seterusnya.

“Wafa bosanlah kak, asyik terperap jer kat rumah. Wafa nak juga merasa cari duit sendiri sambil kutip pengalaman kerja.”

Widad terdiam. Dia tidak lagi bertanya.

“Akak ingat, lepas Maghrib nanti, akak nak jumpa Puan Fida kejap. Ada hal sikit.”

“Hal apa kak?” tanya Wafa cemas.

“Akak belum bersedia untuk bekerja di butik tu. Akak malu Wafa dengan apa yang telah berlaku dalam hidup akak,” jujur Widad.

“Sebenarnya, Puan Fida ada datang sini tiga hari lepas tapi masa tu akak tak ada di rumah. Puan Fida cakap jawatan dekat butik tu, dia dah berikan pada orang lain. Maaf sebab lupa nak beritahu akak.”

“Oh...” hanya itu yang terluah dari mulut Widad.

"Kenapa akak tak buka butik sendiri? Akak kan memang dah ada populariti dan nama?"

“Jangan ungkit lagi hal tu! Akak tak suka!! Akak dah tak ada kena mengena dengan Emeralds! Ingat tu!” Wafa terpana bila ditengking begitu. Dari nada suara Widad, dia dapat merasakan betapa dalam dan sakitnya luka itu hingga cinta di hati berubah menjadi benci.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku