MR. AND MRS.
BAB : 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(42 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11717

Bacaan






SHANGRI LA, Kuala Lumpur. Langkah Eilmi Zahrin tersusun ke pintu masuk Zipangu, sebuah restoran Jepun yang terletak di tingkat satu. Dia duduk di meja yang paling hampir dengan pintu masuk. Cik Fiza menampakkan diri beberapa minit kemudian. Dengan kedatangan itu, Eilmi Zahrin segera memesan menu.

“Zara mana? Lama I tak nampak dia.” Cik Fiza mula membuka topik. Eilmi Zahrin mengangkat muka. Matanya tersasar ke arah lain bila pertanyaan itu idak mahu dijawab. Aik... macam kenal jer!

“Apa badut tu buat kat sini?”

“Siapa?” tanya Cik Fiza. Matanya turut terpelanting ke satu arah. Senyum di bibir gadis kecil molek berkebaya hijau muda pucuk pisang kian mengembang bila langkahnya sampai juga di meja itu.

“Maaf lambat. I terperangkap kat depan Concord. Hamba ALLAH mana entah biarkan kereta dia yang rosak tu kat tengah- tengah jalan!” bebel Wafa selamba seraya duduk di sebelah Eilmi Zahrin walau dia cukup perasan dengan memek muka lelaki itu.

“Siapa nie Eilmi?”

“Entah. I pun tak kenal! Awak salah meja nie!” ujar Eilmi Zahrin.

“Eh, taklah. Saya Widad. Untuk pengetahuan Cik Fiza, saya nie PA Tuan Eilmi yang baru,” jelas Wafa.

“Takkan you tak kenal dengan PA sendiri, Eilmi?”

“Cik Fiza, sebenarnya Tuan Eilmi kita sedang menderita sejenis penyakit yang dikenali sebagai Goldfield Syndrome,” bisik Wafa. Bisikan yang tidak perlahan dan tidak juga kuat namun sudah cukup untuk masuk ke telinga lelaki itu. Air muka Cik Fiza berubah terus.

“Apa tu?”

Goldfield Syndrome tu adalah sejenis bentuk Amnesia Anterograde. Pengidap penyakit ini hanya akan mengingati perkara- perkara silam sahaja. Hal- hal yang baru berlaku dalam hidup dia, memang dia tak dapat nak ingat. Jadi, Cik Fiza jangan rasa hairan kalau dia lupa yang saya nie PA baru dia sebab kotak memori dia tak dapat berfungsi dengan betul,” ujar Wafa selamba.

“Oh, really? I feel sorry for you sayang,” ternyata Cik Fiza percaya bulat- bulat dengan kata- kata Wafa. Eilmi Zahrin membuat muka meluat. Terasa sakit hatinya dituduh begitu. Kakinya tercari- cari di mana diamnya ibu jari kaki Wafa sebelum dipijak kasar dengan hujung kasut.

“Arghh!!” jerit Wafa tiba- tiba. Mata- mata lain meluru ke arahnya untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku. Wafa melihat- lihat ke bawah meja. Kaki Eilmi Zahrin sudah berada pada posisi asal.

“Terasa macam ada tokek gigit kaki saya, Cik Fiza!” sindirnya geram.

“Tokek? Mana ada tokek dalam Shangri La nie!” bilas Cik Fiza sambil ketawa. Eilmi Zahrin makin mencuka. Jelingannya menusuk tepat ke mata Wafa. Kemudian, menu yang dipesannya mula dihidangkan di atas meja. Wafa jadi terliur. Perutnya sudah berkeroncong dari tadi.

“Give her one gindorou kousou mushi and one lemon juice!” pesan Eilmi Zahrin pada pelayan. Dia tidak mahu kelihatan sangat kejam di mata Cik Fiza kerana tidak memesan hidangan untuk seorang PA.

“Kalau tak habis, awak bayar sendiri!” bisik Eilmi Zahrin. Wafa tersenyum. Kalau dibagi ikan kod yang mentah pun pasti akan disebat hingga habis!

“Eilmi, untuk majlis resepsi nanti, I mahu rekaan klasik tetapi elegan. You boleh gunakan material jenis songket dan Italian Alina Chiffon yang polos. I suka potongan ball gown bersama korset yang sensual. Korset tu dari kain songket. Lagi satu, I nak veil yang polos sebab crown I berat,” suara Cik Fiza. Wafa terpaksa menyalin kata- kata itu untuk rujukan Widad.

Perbincangan mereka terhenti lagi bila hidangan tengahari Wafa tiba di meja makan. Selepas membaca doa, Wafa mula menjamah hidangan itu dengan bernafsu hingga mata Eilmi Zahrin seakan terkeluar melihatnya. Dia tak mual ker dengan bau ikan tu! Hatinya bertanya. Belum sampai dua minit, Gindara Kousou Mushisudah licin dari pinggan.

“Errrk!” Wafa tidak dapat menahan sendawa.

“Errkkk!!" sekali lagi.

"Excuse me, saya dah cuba tahan tapi dia nak keluar juga. Maaf. Cik Fiza, boleh pinjam telifon Cik Fiza sekejap. Telifon saya dahdua hari hilang dari radar, tak dapat dikesan,” bicara Wafa nampak tersusun dengan ayat mengena. Eilmi Zahrin terpana. Beberapa saat kemudian, lagu Ziana Zain memecah ruang.

“Itu macam telifon saya tapi tak mungkin ia ada dalam beg Tuan Eilmi kan?” Wafa berpura- pura hairan. Matanya merenung wajah itu dengan sinis sekali. Cik Fiza turut melakukan hal yang sama hingga Eilmi Zahrin jadi tidak senang duduk! Dia bimbang kalau- kalau dituduh pencuri. Mahu tak mahu, tangannya mengambil telifon pintar itu dari begnya sebelum diberikan kepada Wafa.

“Telifon nie tertinggal kat pejabat. Tak tahu pulak awak punya!” tegasnya demi menangkis persepsi negatif Cik Fiza.

“Saya faham. Lagi pun Tuan Eilmi ada masalah dengan kotak memori kan?” sindir Wafa. Samsung Galaxy diserahkan kembali kepada tuannya.

“Terima kasih Cik Fiza.”

“No problem. I have to go now. Thanks for the lunch Eilmi. Take care guys!” ucap Cik Fiza seraya membetulkan kain skirt pendek yang hampir tersingkap.

Wafa turut bingkas. Dia perlu menghilangkan diri dalam kadar segera. Langkahnya jadi tidak sekata kerana ibu jarinya masih sakit dan berdenyut. Tak guna punya tokek! Kau pijak kaki aku!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku