MR. AND MRS.
BAB : 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(78 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14490

Bacaan






WAFA masuk ke dalam Myvi. Enjin kereta dihidupkan. Getaran telifon bimbit membuatkan matanya tertujah pada skrin telifon. Panggilan dari kampung Widad membuatkan dia merasa aneh sejenak. Yong Lijah tidak pernah sekali pun menelifonnya dan kebiasaannya pula, Yong Lijah akan memutuskan talian kalau dia yang menelifon.

“Hello Widad…” satu suara menyapa lembut.

“Opah?” sapa Wafa teruja walau nama Widad yang disebut oleh Yong Lijah. Gelak tawanya jelas kedengaran dan semua itu hilang bila keretanya meredambumperdepan kereta di belakangnya. Wafa melihat- lihat cermin sisi.

Aku rasa aku dah terlanggar kereta tu! Gumamnya sendiri. Ker aku mimpi? Entah kenapa dia jadi ragu-ragu dengan hal itu. Kalau langgar ada bunyi! Patah bicara yang selalu keluar dari mulut Aini teriang di telinga. Haa.. memang ada bunyi tadi, akui Wafa sebelum dia keluar dari kereta.

Alah calar sikit jer! Wafa menarik nafas lega. Kemudian, matanya terpacu pada plat kereta yang sudah pecah. Hurm! Wafa mencekak pinggang sambil berfikir- fikir, apa yang harus dilakukan. Ah! Tulis note jer lah. Tapi nak tulis apa? Maaf! Saya dah TERlanggar kereta awak! Dah tu, tak reti- reti nak bayar ganti rugi? Mulutnya membebel. Wafa masuk ke dalam kereta. Pen dan kertas digapai.

Tangannya laju menulis nota dan kertas itu diselitkan pada wiper kiri. Pandangannya mencanak ke segenap sudut. Nasib baik tuan dia tak ada! Wafa masuk semula ke dalam Myvi. Kali ini, pemanduannya jadi lebih berhati- hati.

“Widad!” kedengaran nama itu dipanggil seseorang. Wafa melihat cermin belakang. Ternyata, tidak ada sesiapa yang mengejarnya tapi kenapa macam ada orang panggil nama Widad? Wafa jadi dungu.

“Hello Widad!” suara itu memanggil lagi. Halus dan sayup. Macam suara opah! Desisnya lalu dia teringatkan telifonnya.Pandangan Wafa berkalih ke sisi. Telifon itu diraih dan ditekap ke cuping telinga.

“Widad! Kenapa Widad diam nie?” tanya opah.

“Opah salah nombor. Ini Wafa bukan Widad…” bicara Wafa terhenti bila talian sudah diputuskan. Mulutnya mencemek. Ah, opah memang selalu begitu! Ingatannya melayang terus ke kereta yang dilanggarnya tadi. Sesekali, matanya menjeling skrin telifon, melihat- lihat kalau ada panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali.

Lampu isyarat mula bertukar merah. Wafa memperlahankan kereta. Sesuai dengan waktu, telifonnya mengeluarkan bunyi. Hatinya berdetik kuat mengatakan bahawa panggilan itu datang dari tuan empunya kereta yang dilanggarnya tadi.

“Lu kenapa lari bila dah langgar kereta gua. Lu jangan ingat wa tak boleh cari lu!” tegas sekali suara lelaki itu. Wafa terpana. Hatinya mengecut.

“Hello apek, gua tak lari, gua naik kereta. Eh! Gua pulak! Sa...sa...saya tak sengaja. Saya minta maaf tapi saya akan bayar ganti rugi,” ucap Wafa tersekat- sekat.

“Widad?!” panggilnya kemudian.

“Aiyaa apek! Lu kenal sama Widad?” soal Wafa hairan. Soalan yang tidak berjawab bila talian terputus dengan tiba- tiba. Wafa menggaru kepala.

“Takkan kredit habis? Kereta sikit punya mahal!Topuppun tak boleh nak beli,” sindirnya. Dia kembali memandu saat lampu merah bertukar hijau. Nombor apek tadi cuba dihubungi dan panggilan itu berakhir dalam peti simpanan suara. Habiskan kredit aku jer! Dezuummm! Skyline yang dilanggarnya tadi menderu laju ke depan.

Pandangan Wafa mencanak. Patutlah tak jawab telifon, tengahracingrupanya! Dua puluh minit kemudian, dia tiba di tempat kerjanya. Ketika dia ingin keluar dari kereta, Eilmi Zahrin datang menghampirinya dengan muka merah padam. Mesti dia nak mengamuk pasal aku sindir dia tokek tadi! Gerutu Wafa.

Tanpa di duga, lelaki itu menarik telinganya menuju ke sebuah kereta. Mata Wafa jadi terbeliak. “Alamak! Kereta si tokek rupanya!” hati Wafa menjerit takut. “Kau ada duit nak bayar ganti rugi!!” tengking Eilmi Zahrin. Wafa mula memikir- mikir duit yang ada dalam akaun banknya.

“Ada!!?” suara itu melenting tinggi. Wafa jadi terperanjat. Ish! Orang nak congak- congak duit dalam bank pun tak senang!

“Err... dalam Maybank ada lapan ratus ringgit. CIMB ada dalam lima ratus empat puluh lapan ringgit kut. BSN ada dalam lapan puluh enam ringgit tapi semalam abang Maliq ada masukkan duit lima ratus. Kalau dicampurkan semua jadi berapa ringgit?” soal Wafa lagak si lurus. Eilmi Zahrin menggaru kepala dengan sikap selamba PA nya.

“Lapan ratus ringgit tambah lima ratus empat puluh lapan ringgit tambah lapan puluh enam ringgit dan tambah lagi lima ratus, jawapannya seribu... calculator ada?”

“Kau ingat cukup seribu tu!” bentak Eilmi Zahrin bengang walau Wafa belum habis mengira.

“Sekarang, aku nak kau berdiri tengah- tengah panas nie sampai habis waktu kerja! Faham!!”

Wafa mengangguk. Dia melihat langkah lelaki itu masuk ke dalam PUTIH dengan mulut muncung. Matanya menangkap puluhan mata lain yang memandang di balik dinding kaca yang bertirai. Harap- harap Puan Julia ada. Paling tak pun aku kena berdiri kat sini dalam sepuluh minit tapi kalau Puan Julia tak ada, alamatnya sampai ke petanglah... keluh Wafa.

Satu jam. Dua jam. Tiga Jam! Terasa sudah lama benar Wafa berdiri di situ. Kejang urat- urat kakinya akibat terlalu lama berdiri. Wajah cerah langit sudah pun bertukar gelap. Hari seperti mahu hujan! Wafa membuat telahan. Dan dalam beberapa minit kemudian air mula merintik, makin lama makin kasar dan banyak.

Ruuuummm!! Bagai air empangan yang pecah ke bumi sampai Wafa kuyup terus. Sejuk dan dingin menginjak- nginjak kulitnya! Tubuhnya menggigil terus. Guruh di langit berdentum- dentam, membingitkan telinga. Wafa hanya menyerah diri bulat- bulat kepada ALLAH. Satu- satunya pelindung yang dia ada.

Sepuluh minit kemudian, dia melihat salah seorang pekerja PUTIH keluar dari bangunan itu dengan payung di tangan. Di sebelahnya, berdiri Eilmi Zahrin dengan muka yang masih panas. Wafa pantas memandang ke sudut lain hingga Skylineputih itu beredar pergi. Dan Tania Arisha, pekerja yang memayungi Eilmi Zahrin tadi mendekatinya.

“Widad, pergilah balik, nanti kau demam pula,” nasihatnya. Wafa jadi teragak- agak untuk melangkah.

“Baliklah Widad,” pujuknya lagi.

Wafa mengangguk. Dia memandu pulang dengan baju yang lenjun. Penghawa dingin sengaja tidak dipasang kerana tubuhnya sudah benar- benar kesejukan. Setibanya di rumah, Wafa menjerit- jerit memanggil nama Aini, minta diambilkan tuala!

Allahurabbi... kau balik jalan kaki ker basah lenjun begini? Kereta kau rosak lagi?” tanya Widad dengan kening yang hampir bercantum.

“Taakkk! Na...na...naik kereta,” jawab Wafa terketar-ketar. Hatcuum! Dia bersin pula.

“Naik kereta?” ulang Widad dengan hairan yang bertambah.

Awat? Bumbung kereta hang tercabut ka?” tanya Aini pula.

“Cepatlah ambilkan aku tu..a..la,” pinta Wafa terketar- ketar.

Aini masuk ke bilik. Dia keluar semula dengan kain sal di tangan. Wafa mengambil tuala itu sebelum langkahnya meluru ke bilik mandi. Manakala Widad masih lagi di muka pintu. Masih juga menjenguk- jenguk di pinggir jalan bersama Aini. Melihat- lihat, apa sebenarnya yang telah terjadi pada bumbung kereta Wafa!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku