MR. AND MRS.
BAB : 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(43 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14966

Bacaan






WAFA meletakkan kek vanila buatannya di tengah meja. Ada lebih sepuluh jenis kek di situ. Semuanya nampak menyelerakan. Susunan puding serta kuih muih di sudut kanan menarik perhatian. Perutnya berkeroncong terus minta diisi.

Di sudut lain, tersedia hidangan berat seperti nasi arab maghribi, nasi beriani daging dan beberapa jenis masakan terkenal eropah seperti pasta dan lasagna. Wafa makin terliur.

Jam besar di dinding lobi menunjukkan angka lima namun figura Eilmi Zahrin masih tak muncul- muncul. Masing- masing sudah mula bertanya, di mana agaknya anak lelaki kesayangan Puan Julia berada kerana sudah lebih dua jam mereka menunggu.

Puan Khalida yang berdiri di tepi pintu masuk mula memberi isyarat tangan. Beberapa orang pekerja segera menghidupkan lilin -lilin yang terpacak di permukaan kek. Wafa melihat keknya yang tidak dihinggapi sebatang lilin. Dia bingkas mengambil beberapa batang lilin yang dibekalkan dari rumah. Sejenis lilin yang biasa digunakan masa bekalan elektrik terputus!

“Kek nie saya buat sendiri, khas untuk Tuan Eilmi. Jadi saya mahu lilinnya lebih menonjol dari lilin-lilin yang lain. Kau ada?” ucap Wafa selamba.

“ALLAH selamatkan kamu. ALLAH selamatkan kamu. ALLAH selamatkan Tuan Eilmi. ALLAH selamatkan kamu,” nyanyian itu bergema. Mata Wafa tercari- cari di mana Tuan Eilmi.

Alamak! Tampannya dia! Macam Lee Min Ho pun ada bila dia pakai kemeja fit warna peach dengan blazerputih macam tu… desis hati Wafa. Tubuh genitnya beranjak ke depn bila ditolak orang belakang. Masing- masing berpusu untuk mengambil gambar Birthday Boy dari jarak dekat.

“Mata kau tu masuk ke dalam sikit, Widad. Macam dah nak terkeluar akak tenguk,” tegur Puan Fida yang turut rimas dengan keadaan tolak menolak itu. Tangannya memaut lengan Wafa biar tubuhnya tidak jatuh tersembam.

Eilmi Zahrin pantas meniup deretan lilin yang menyala. Perhatiannya terpaku pada kek buatan Wafa kerana lilinnya lain dari yang lain. Tiupannya tetapditeruskan hingga lilin itu tidak lagi menyala. Tepukan mula bergema tanda majlis semakin meriah. Phewiiittt!! Jeritan itu keluar dari mulut Wafa.

Semua perhatian meluru ke arahnya. Puan Fida yang kebetulan berada di tepi Wafa tidak dapat menahan malu. Eilmi Zahrin menyua potongan kek ke mulut Puan Julia. Lampu – lampu dilihat kamera bertaburan di mana-mana.

“Lepas majlis nie, kami ada cabutan bertuah. Hadiah misterinya lumayan tau Widad,” bisik Puan Fida.

“Nak juga! Nak juga!” ucap Wafa teruja. Sekali lagi gadis itu berjaya menarik perhatian Eilmi Zahrin. Wafa turut memandang ke belakang, seolah- olah bukan dia yang menjerit tadi. Puan Fida menepuk dahi bila mata- mata itu mencebik ke arahnya.

“Widad,” panggil Eilmi Zahrin.

Wafa berpaling. Mata hitamnya melepasi redup mata majikannya. Tangan- tangan di belakang menolak tubuh Wafa ke depan. Akhirnya, Wafa melangkah juga. Eilmi Zahrin mengambil potongan kek yang baru lalu menyuapnya ke mulut Wafa. Suapannya kasar. Kemudian, dia mengekek bila wajah itu comot dengan kek.

Wafa berpaling. Keadaan bertambah riuh bila semua tetamu dan rakan sekerja mengumpul tawa yang sama. Oh! Kau nak kena kan aku! Suara Wafa tertahan. Nah! Amik ni! Wafa menempekkan sebiji kek coklat basah ke muka Eilmi Zahrin. Tepat dan muat!

“Ketawalah... ketawalah lagi!”

Eilmi Zahrin membuang sisa -sisa kek yang melekat di muka. Tangannya pantas mencekak lengan Wafa. Gadis itu tidak dapat lagi melangkah apatah lagi melarikan diri. Kini, dia terpaksa menerima apa sahaja perbuatan Tuan Eilmi.

Fuh, hampir sesak nafasnya bila muka dia dibenamkan dalam sebiji kek yang masih sempurna. Bau hamis Cheese menusuk- nusuk rongga hidung. Wafa tidak dapat menahan loya hingga isi perutnya hampir -hampir terkeluar.

“Hei… sudah! Sudah! Astaghfirullah....” tegur Puan Julia.

Senyap! Eilmi Zahrin melihat muka Wafa yang comot sepenuhnya. Dia kembali mengekek tapi hatinya masih belum puas. Tangannya mengambil kek yang baru dan masih sempurna. Wafa pantas berlari. Saat kek itu dibaling, dia berjaya mengelaknya. Dan kek itu melekat ke muka Puan Julia sebelum ia jatuh berderai ke lantai.

“Tak kena! Tak kena!” ejek Wafa kebudak- budakan. Terjegil mata Puan Fida melihatnya.

“Kenapa Puan Julia tak elak?” tanya Elmi Zahrin sebelum dia berlari mengejar Wafa. Di dalam keretanya masih ada sebiji kek yang diberikan oleh Zara tadi. Sampai lubang cacing aku akan cari kau Widad!

Puan Julia hanya mampu menggeleng. Mulutnya masih tidak dapat berkata kerana masih penuh dengan krim icingdan buah Strawberry. Para tetamu jemputan khas dan sekalian pekerjanya mula berbisik sesama sendiri. Ada juga yang memuat naik video tadi di antara Widad palsu dan CEO PUTIH ke laman facebook.

Wafa masuk ke dalam kereta. Pecutannya pergi ke jalan besar. Hampir dua puluh minit memandu, dia sampai di rumahnya. Senyum di muka Wafa meleret panjang.

“Hah! Kenapa pulak dengan kau ni, Wafa?” tanya Aini. Nadanya sama seperti semalam.

“Ada lori kek terbalik kat depan pejabat aku,” cerita Wafa sebelum dia masuk ke bilik mandi. Tawanya mengekek. Entah apa yang lucu sangat, Aini jadi terjenguk- jenguk sendiri. Dah gila agaknya si Wafa nie!

“Widad! Widad!” kedengaran nama itu dilaung dari luar pintu rumah. Widad langsung melangkah. Dia terpinga- pinga bila namanya dilaung sebegitu kuat. Tubuh tinggi lampai di depannya diperhati dari atas sampai bawah. Siapa dia nie? Hatinya bertanya.

“Owh, dah siap mandi. Boleh letak bedak sejuk lagi ya? Kau ingat, aku tak dapat nak cam muka badut pasar malam kau tu? Eh, dengar sini… walau muka badut kau tu bersalut dengan tepung goreng Adabi sekali pun, serombong hidung kau tu aku cam sesangat, nah ambik ni!” ucap lelaki itu sambil menempekkan sebiji kek vanilla cheese ke muka Widad.

“Sekarang, kita seri dua sama. Adios!” tambahnya kemudian sebelum masuk ke dalam Skyline. Widad masih lagi di situ. Getap bibirnya melumatkan rasa geram. Aaaarghh! Jeritan itu bergema kuat hingga Wafa dan Aini berlari ke ruang tamu.

“Kenapa Widad?” tanya Aini cemas.

“Ada lelaki datang tadi. Dia panggil nama Widad... bila Widad buka pintu, dia boleh tenyeh muka Widad dengan kek!”

"Kau tak kunci pagar ke tadi Wafa!"

Wafa menggeleng.

“Nie mesti kerja si tokek tu,” gerutunya bengang.

“Siapa lelaki tu Widad?” tanya Aini lagi.

“Muka dia penuh dengan krim kek. Widad tak dapat nak cam!”

"Jangan- jangan dia tu, driver lori kek yang terbalik kat depan pejabat kau tu Wafa. Nasib baik dia tak minta ganti rugi. Aku memang tak ada duit nak bayar! Siapa suruh kau 'melantak' kek dia sampai tak ingat dunia!” Bebel Aini.

Mata Widad mencerlung memandang adiknya. Alamak. 123, lari!!!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku