MR. AND MRS.
BAB : 11
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(24 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15483

Bacaan






EILMI keluar dari kawasan perumahan itu dengan hati yang puas. Terasa penuh ingatannya dengan wajah terakhir Widad tadi. Sepanjang jalan gelaknya berjejeran. Dia membersihkan sisa- sisa kek di muka dengan air pili di taman orkid ibunya sebelum langkah dibawa masuk ke dalam rumah.

"Hah, dah balik pun!" tegur satu suara saat dedaun kayu ditolak ke dalam. Dan belum sempat pintu kayu itu dirapatkan, bebelan Puan Julia menghunjam anak telinganya bak seratus anak panah yang dipanah serentak. Eilmi Zahrin tidak menjawab walau sepatah. Dia menyambung langkahnya dengan senyum yang meleret bila Tuan Zakarian menggamit kepulangannya.

“Eilmi! Mama cakap dengan Eilmi nie!” getar suara Puan Julia membunuh nafas- nafas sepi dengan kejam. Pemuda tinggi lampai kacukan baba nyonya dan melayu bugis itu berhenti melangkah, sorot matanya memandang wajah ibunya dengan rasa keliru.

“Mama bebel apa nie?” rungut Eilmi Zahrin seraya duduk di sebelah ayahnya.

Buon Compleanno Eilmi (selamat hari lahir Eilmi),” ucap Tuan Zakarian. Intonasinya jauh berbeza dengan intonasi Puan Julia.

“Grazie papa (terima kasih papa),”balas Eilmi sambil memeluk bahu ayahnya.

“Eilmi dah tenguk facebook PUTIH?” Puan Julia mencelah dalam nada asal. Renungannya mencerlung. Eilmi Zahrin menggeleng. Tuan Zakarian pantas merapatkan kedudukan. Telifon bimbit di tangan ditala ke tengah membuatkan mata hitam Eilmi Zahrin terpaku pada sebuah video.

Eilmi Zahrin menumpukan perhatian pada tiap perkara yang berlaku. Tuan Zakarian juga begitu. Entah berapa kali video itu ditonton. Dan gelak tawa dua beranak itu memburai tika sebiji kek yang dibaling melekat tepat ke muka Puan Julia.

“Kenapa mama tak elak jer tadi?” tanya Eilmi Zahrin. Tuan Zakarian masih lagi ketawa. Puan Julia bingkas. Jarinya mencubit kasar lengan kanan anak lelakinya. “Buat malu mama jer lah Eilmi nie! Semua orang gelakkan mama tau! Tak tau mana mama nak letak muka mama nie!” marah Puan Julia.

“Alah... relaxlah mama. It’s fun what. Hari ini dalam sejarah kut,” bilas Eilmi Zahrin. Puan Julia merenung wajah anaknya dengan rasa hairan.

“Cuba Eilmi baca komen- komen yang ada di bawah video ni. Mereka menggelarkan Eilmi dan Widad sebagai Mr. and Mrs tau,” suara Tuan Zakarian tetap mesra. Mesra seorang ayah pada anak kesayangannya. Eilmi Zahrin membawa pandangannya ke sudut lain.Blackberry Tuan Zakarian ditatap dengan rasa teruja.

Mr. and Mrs? Sounds pretty good to me, dad!” ujar Eilmi Zahrin lalu membuang langkah ke tingkat atas. Puan Julia terdiam. Kata- kata dan tingkah laku anaknya terasa bagai ada yang tak kena.Sounds pretty good to me, dad? Ulangnya lagi. Dah gila agaknya si Eilmi ni! Budak Zara tu dia nak campak kat mana!

Eilmi Zahrin masuk ke dalam bilik biarpun riuh rendah suara Tuan Zakarian dan Puan Julia masih kedengaran. Alat kawalan penghawa dingin digapai dan ditekan. Kemeja peach yang sudah comot dengan kek, dilepaskan dari badan. Dia melangkah masuk ke kamar mandi. Air pancuran dibuka laju. Dinginnya meresapi ke dalam kulit. Lima belas minit kemudian, baju tidur biru laut sudah pun menutupi badannya.

Eilmi Zahrin pergi ke satu bilik yang lain. Suis kalimantang ditekan. Penghawa dingin dikejutkan. Lalu dia duduk di satu kerusi kayu. Alat –alat lukisannya diamati satu persatu. Kertas putih ditarik dekat. Dari paksi ke paksi, tangannya mula melukis sesuatu. Sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Seraut wajah yang amat dirindui...

Bagi Eilmi Zahrin, hatinya jelas dimabukkan sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak tahu namanya. Jika ini yang dikatakan cinta, bahagialah dia hingga ke hujung nyawa tapi andai ini yang dipanggil gila, dia tetap menerimanya seumur hidup. Kerinduannya pada gadis itu selalu saja hangat dan membara. Putri Haryati… nama itu terungkap di hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku