MR. AND MRS.
BAB : 12
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12604

Bacaan






PRAP! Telifon bimbit dicampak kasar. Renungan Aaron merenyih di mata hitam Zara. Ungku Shamrin bangun dari kerusinya. Dia duduk menenggek di bahu sofa. Bahu Zara disentuh demi untuk menenangkannya.

“Kau apa hal nak naik angin tak tentu pasal? Kalau natizen gelarkan mereka husband and wife sekali pun, itu bukan hal kau lagi! Kau dengan budak kampung tu dah tak ada apa– apa!” marah Ungku Shamrin. Aaron duduk menyandar di sofa satu. Kedua- dua matanya yang membelingas tadi, kini dirapatkan.

“Tak payahlah nak cemburu sangat bila mamat dua alam tu keluar dengan bekas tunang kau! Come on, bunga bukan sekuntum. Melambak lagi kat luar sana, tinggal nak petik jer. Buat apa kau terhegeh- hegeh pada budak kampung yang suka menipu tu!” kutuk Ungku Shamrin. Aaron masih diam. Ruas- ruas jarinya sudah tergenggam, hanya menunggu masa untuk dilepaskan.

“Hari tu, masa mama minta batalkan pernikahan kau dengan dia, kau turutkan saja. Kau tak kisah pun tapi hari nie, bila kau nampak dia dengan budak Italy tu, kau nak melenting tak tentu fasal. Zara dah buat apa yang kau nak! Masih tak puas hati lagi?” suara itu terus- terusan membebel. Aaron bangun dari sandaran. Matanya melekap ke satu wajah.

“Aku suruh Zara masukkan pil tu dalam minuman dia supaya dia buat perkara yang memalukan pada sambutan hari lahir dia semalam tapi kalau setakat baling- baling kek macam tu, tak ada maknanya bagi aku! Aku nak dia jadi sasau disebabkan pil haram tu. Aku nak dia buat sesuatu yang betul - betul memalukan diri dia di hadapan khalayak hingga boleh menjatuhkan maruah PUTIH!” tempik Aaron.

“Mungkin pil kau tu tak cukup power! Kau jangan nak salahkan Zara. Dia dah tolong kau pun, kira dah cukup bagus!” herdik Ungku Shamrin. Aaron bingkas. Kakinya menyepak kasar kaki sofa yang diduduki oleh Zara membuatkan gadis itu terperanjat. Ungku Shamrin hanya melihat langkah itu keluar dari pejabatnya dengan renungan menikam.

“Jangan takut sayang, dia takkan berani apa apakan you sebab dia tahu, I takkan berdiam diri. Mungkin dia tak dapat menahan hati yang cemburu bila melihat bekas cintanya begitu mesra dan bahagia dengan lelaki lain. Apatah lagi kalau lelaki itu musuh perniagaan kami.”

“Tak apa Sham. I faham,” ringkas Zara. Ungku Shamrin senyum lagi. Rambut lurus Zara hingga paras bahu itu dielus.

“Bila you nak putuskan pertunangan you dengan dia? I dah tak sabar nak jadi suami you!”

“You jangan desak I lagi boleh tak? You pun tahu kan, bukan I yang nak sangat kami bertunang tapi mama yang beriya- iya benar mahukan Eilmi jadi menantu dia.”

Ungku Shamrin tetap juga senyum. Dia duduk semula di kerusinya. Dua keping tiket di dalam laci diambil dan diletakkan di hadapan Zara. Gadis itu pantas merapatkan kedudukan. Mauritius Airlines! Perkataan itu tertera di mata hitamnya yang membiru.

“Jom bercuti sayang,” ajak Ungku Shamrin dalam nada memujuk. Zara mengambil dua kepingan tiket itu. Setiap butir yang tertera dibacanya.

“I memang nak pergi..”

“Tapi…” sela Ungku Shamrin seperti dapat mengangak patah kata yang bakal keluar dari mulut gadis itu.

“I tahu apa yang ada dalam fikiran you, Sham. I takkan semurah itu! I takkan menyerah dengan mudah!” sinis Zara. Dia bingkas sebaik saja kata- kata itu sudah habis keluar dari mulutnya.

“Zara. I tak maksudkan macam tu,” bidas Ungku Shamrin. Langkahnya mengejar.

“Zara!” laungnya lagi. Gadis itu tetap menonong.

I’m sorry.I cuma nak you temankan I bercuti. I nak cari ilham baru untuk tahun baru. I janji, I takkan buat perkara tak elok dekat you! I janji Zara!” ucapnya dalam keadaan terdesak bila gerak kaki Zara sudah keluar dari Emeralds Bridal.

“Babe please!!” langkah itu mati di sisi kereta BMW X6 berwarna hitam klasik. Zara Elina terpaksa menurunkan cermin tingkap. Wajah kecewa Ungku Shamrin dipandang tanpa senyum.

“I cuma nak melamar you jadi isteri I. Pantai Mauritius terlalu cantik dan sempurna untuk kita abadikan moment lamaran I pada you dan sebab tu I desak you putuskan pertunangan you dengan budak Italy tu,” Ungku Syamrin membuka rahsia. Rahsia yang membuatkan hati panas Zara menjadi sejuk dan cair seperti lilin yang terbalik.

Look, I’m mean it babe,” ucap lelaki itu lagi. Tangannya menopang di pintu kereta Zara tika bekas cincin ditayangkan di hadapan jelitawan. Sinar berlian dari potongan oval memecah garis- garis warna di mata biru Zara. Dan untuk seketika, dia kehilangan kata- kata.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku