MR. AND MRS.
BAB : 13
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12657

Bacaan






“EILMI!”nama itu bergetar nyaring dari bibir Puan Julia. Figuranya sedikit berlari menuju ke ruang tamu. Dan kerana panggilan itu jugalah, gerak kaki Eilmi Zahrin termanggu di muka pintu.

“Mama nak tahu, apa maksud kata- kata Eilmi semalam?” tanya Puan Julia. Nafasnya mencungap.

“Maksud apa?” tanya Eilmi Zahrin, kurang faham.

“Eilmi dan Widad. Mr. and Mrs. Sounds pretty good to me dad…?” Puan Julia tidak lagi berselindung. Tangannya meraih lembut tangan anak lelakinya sebelum mereka sama- sama meletakkan punggung di sofa. Eilmi Zahrin terdiam. Kata- kata yang terucap dari mulut Puan Julia cuba diselami. Maka kerut di wajahnya, bukan lagi sesuatu yang dibuat- buat.

“Mama cakap apa nie? Widad tu dah kahwin kan! Nothing seriousma,” nada itu makin kendur. Puan Julia terpana.

“Eilmi mabuk ya semalam?”

“Mana ada. Semalam Eilmi jumpa Zara, dia belanja Eilmi minum coke jer kut. Nanti kalau Eilmi tak turut pelawaan Zara tu, muncung mama tu dengan muncung todak sama jer.” Puan Julia tetap tidak percaya. Darahnya sudah menyirap. Jika diikutkan hati, sudah dipukul anak lelakinya itu sampai berbirat.

“Jangan tipu mama! Eilmi dah janji kan! Kenapa Eilmi mungkir? Eilmi tak sanggup untuk hampakan hati kawan- kawan tapi hati mama nie macam mana!” tengking Puan Julia.

Eilmi Zahrin bingkas. Dia keluar dari kediaman itu dan masuk ke dalam kereta. Skyline dipandu laju meninggalkan Forest Hill. Aku ada minum ker? Mulutnya tertanya- tanya sendiri. Kenapa aku tak ingat apa yang berlaku semalam? Pertanyaan itu terbiar mati di kaki waktu hingga Skyline yang dipandu berhenti di hadapan butik.

“Buatkan saya kopi!” pinta Eilmi Zahrin. Wafa mengangguk. Riak wajah lelaki itu ditatap juga sesaat dua. Wajah yang keruh tanpa diketahui sebabnya. Ah, mungkin juga kerana hal semalam!

“Tenguk apa!” sergahnya tiba- tiba. Wafa berpusing. langkahnya kelam kabut.

“Pagi- pagi lagi dah menyinga. Menyampah!” bebel Wafa. Di pantri, dia bertemu dengan Puan Fida. Wajah itu terlebih ceria dari biasa. Khabarnya Puan Fida telah dipilih dalam cabutan bertuah bagi kategori hadiah utama.

“Widad,” panggil Puan Fida. Wafa berkalih pandang.

“Petang semalam, lepas pesta baling membaling kek tu, En. Eilmi ada telifon akak. Dia minta alamat rumah Widad. Ada dia datang cari kau di rumah?” soal Puan Fida. Wafa mengangguk.

“Habis tu, apa yang berlaku? Ceritalah..”

Wafa diam pula. Tangannya laju menyiapkan minuman pagi majikannya. Melihat reaksi Wafa yang lebih mendiamkan diri, Puan Fida tidak pula memaksa.

“Cik Zara pun ada telifon akak semalam, tanya tentang Widad,” cerita Puan Fida setelah sunyi makin berleluasa. Gadis itu seperti bangun dari khayalan.

“Kak Fida cakap jer dengan perempuan tu yang saya tak ada hati langsung pada tunang dia!” tegas Wafa memberi kata jaminan. Kopi yang masih panas dituang ke dalam cawan sebelum diletakkan ke dalam dulang dan dibawa pergi dari situ. Pintu bilik Eilmi Zahrin diketuk dulu sebelum langkahnya dibawa masuk.

“Ada saya suruh awak masuk!” suara itu makin tinggi nadanya. Wafa terpempan. Tangannya menggigil bila renungan itu menikam matanya. Kepalanya tergeleng bila mulutnya kaku untuk berkata. Eilmi Zahrin tangkas menunjukkan isyarat keluar dengan jari telunjuknya. Wafa mengundur ke belakang. Dia berdiri di luar pintu bilik dengan nafas yang tidak sekata. Hal semalam membuatkan hatinya kecut.

Pintu itu diketuk lagi setelah hampir tiga puluh saat dia berdiri di luar. Sunyi. Ketukan kedua Wafa bertambah kuat bila ketukan pertama tidak diendahkan. Kaku tubuhnya di situ bersama dulang yang masih ditatang! Wafa mengeluh. Pandangannya terjenguk ke dinding cermin. CEO itu kelihatan sibuk berbual di telifon. Dari riak wajahnya, seperti ada sesuatu yang serius sedang dibahaskan.

Wafa terpaksa menunggu untuk beberapa minit hinggalah Eilmi Zahrin menjauhkan telifon bimbit dari telinga. Pintu itu diketuk separa kuat dengan geram yang ditahan- tahan. Wajah- wajah senyap mengelilingi wataknya sambil ketawa dan mengejek!

“Ini boleh mendatangkan marah! Memang sengaja cari pasal tokek ni!” Wafa menyumpah. Sabar Wafa! Sabar! Bagi dia peluang sekali lagi. Wafa memujuk hati sendiri. Satu, dua, tiga. Ketuk, buka pintu dan senyum.

“Izinkan saya masuk Tuan Eilmi?” tanya Wafa dengan suara yang paling sopan.

"Nak masuk kena ada pantun."

"Hah, pantun?"

"Pantun empat kerat."

"Saya tak pandai berpantun."

Eilmi Zahrin hanya endah tak endah dengan pengakuan itu. Wafa menggetap gigi tanda geram. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku!

“Tak ada pantun tak boleh masuk!"

"Baik!" Wafa sudah tidak dapat menahan sabar. Dia mula beredar.

"Widad! Kopi saya mana!!" tempik Eilmi Zahrin. Nyaring dan sangat kuat. Langkah Wafa terhenti. Mulutnya mendengus. Pintu kayu ditolak bersama wajah yang merah.

"Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan!" ucap Wafa geram.

"Haa, pantun tu lah yang saya nak dengar. Rasa- rasa ada buat salah tak?" sinis Eilmi Zahrin. Wafa terdiam tanpa kata. Alamak...

"Hari nie, saya nak minum kopi di pintu tu. Saya mahu awak jadi mejanya,” tegasnya saat dia bingkas dari kerusi. Figuranya melangkah dengan gaya maskulin. Wafa sudah bersedia menjadi mejanya.

“Tinggi sikit. Saya tak suka meja yang rendah bila saya minum dalam keadaan menyandar!”

Wafa meninggikan sedikit paras dulang yang ditatangnya.

“Tinggi sangat tu. Bawah sikit!”

Wafa tetap akur walau hatinya sudah berkocak. Dia cuba menahan gelegak rasa di jiwa. Nak jer aku simbah air kopi nie ke muka dia! Berlagak tak ikut tempat! Poyo jer lebih tokek nie! Jangan harap aku akan tunduk dengan kau!! Hatinya makin menyampah.

Eilmi Zahrin masih lagi menyandar di tiang yang sama dengan lagak dan gaya yang tetap serupa. Cawan kopi yang terletak kemas pada dulang yang ditatang Wafa diambil dengan penuh gaya lalu dihirup sesisip dua sebelum diletakkan semula ke dalam dulang itu dengan memek yang muka mencebik.

“Tambah gula. Tak rasa!”

Wafa mengangguk. Dia melangkah ke pantri.Renungan mata Puan Fida disambut dengan mulut yang mengomel.

“Kenapa pula nie?” 

“Si tokek tu kak, berlagak pula dia hari nie. Entah apalah yang dikenankan semalam. Tercekik tongkeng beruk agaknya!” marah Wafa. Puan Fida menggeleng panjang. Wafa kembali semula ke tempat tadi. Ditatangnya lagi dulang itu mengikut paras meja jadian yang tuannya mahukan. Eilmi Zahrin meraih cawan kopi itu.

“Tambah kopi. Dah terlebih gula... kopi pulak tak rasa!”

Wafa tetap mengangguk walau riak di mukanya nampak sedikit ketat.

“Apa lagi yang kurang nie?” tegur Puan Fida. Kali ini, Wafa seperti tidak berminat untuk menjawab pertanyaan itu.

“Kalau dia banyak songeh lagi lepas nie kak. Saya mandikan dia dengan air kopi nie! Jangan ingat dia boss, saya tak berani nak buat! Akak tenguklah nanti!” leter Wafa. Puan Fida terdiam terus. Matanya menangkap figura Puan Julia di muka pintu. Wafa yang perasan dengan perubahan wajah wanita di sebelahnya itu segera pula berpaling.

“Fida, nanti masuk pejabat saya,” kata Puan Julia sebelum beredar. Wafa kembali melangkah. Ternyata, Eilmi Zahrin masih lagi berdiri di muka pintu biliknya. Air kopi dalam cawan yang dipegang Wafa, dijeling antara minat dan tidak. 

“Belum minum pun, saya dah tahu apa yang kurang, Widad!” marah lelaki itu.

“Pergi buat lain!” sergahnya kemudian. Wafa merengusWajahnya merah padam. Mungkin juga kerana perasaan marahnya yang bakal meletus pada bila- bila masa. Nasiblah ada Puan Julia kat bilik hujung tu... kalau tak, air kopi ini memang dah habis aku jirus kat muka kau! Tokek! Tokek! Geramnya aku! Wafa segera membancuh kopi yang baru. Kali ini, gula digantikan dengan garam. Nak sangat kan!

Figura Eilmi Zahrin tiada di situ. Biliknya juga sudah gelap. Wafa menjenguk dari cermin dinding bilik. CEO memang tiada dalam biliknya. Wafa melepaskan titik- titik lega. Deruan enjin Skyline yang menderu di jalan besar menyelinap masuk ke telinga. Dia jadi bertambah yakin, tokek sudah keluar dari butik itu. Esok kalau kau minta kopi, arang kayu aku bagi! Mulutnya tak henti- henti mengomel.

Wafa duduk terus di pantriDia masih belum bersarapan. Puan Fida sudah tiada di situ. Sambil- sambil menghirup air kopinya yang sudah sejuk, fikirannya melayang jauh mengenangkan aktiviti yang sudah direncanakan bersama Aini di Terengganu nanti. Wajah tampan abang imamnya mengusik ingatan dalam senyum yang paling menawan hingga fikiran Wafa terus menerus diikat angan- angan.

“Kopi saya mana Widad!” tempik satu suara. Wafa terpana.

“Saya dah buang kopi Tuan Eilmi sebab saya ingat Tuan. Eilmi dah keluar tadi tapi saya boleh buatkan yang baru kalau Tuan Eilmi mahu,” jawab Wafa. Sungguh! Dia terkejut dengan kehadiran jejaka itu. Eilmi Zahrin sudah pun merapatkan langkah. Cawan kopi yang terletak betul –betul di hadapan anak dara itu diangkatnya tinggi- tinggi.

Tik… tik… tik! Titisan air kopi menitik jatuh dan belum sempat Wafa bersuara, air kopi itu mencurah laju dari atas kepala. Titisannya berjejeran, membasahi tudung dan muka. Wafa menggetap bibir demi menahan geram. Dalam air hitam itu, dapat dilihat langkah kaki Eilmi Zahrin yang tidak jauh. Langkah yang tidak mahu dikejar walau sakit di hati, peritnya bukan kepalang!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku