MR. AND MRS.
BAB : 15
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13044

Bacaan






WAJAH alam tampak cerah dari biasa.  Damainya memeluk waktu namun semuanya terjerut mati dalam riak muka Eilmi Zahrin yang mencuka. Pagi- pagi lagi dah buat muka, menyampah betul! Bebel Wafa dalam hati. 

“Widad. Puan Julia nak jumpa,” ujar Khalsimi, salah seorang pekerja di tingkat lapan. Wafa bingkas terus. Buku nota di tangan turut sama dibawa. Laju langkahnya seiring dengan langkah Khalsimi. Tidak sampai dua minit, dia sudah pun berdiri di hadapan pintu Penasihat PUTIH.

“Masuk!”

Pintu kayu itu ditolak perlahan. Senyum mesra di muka Wafa tidak lagi berbunga kala renungan Eilmi Zahrin masuk ke dalam mata. Aik? Macammana tokek tu boleh ada kat sini? Kerusi kosong ditarik sebelum di duduk di situ.

“Widad, saya dah bincang dengan Tuan Eilmi tentang permohonan cuti enam hari yang Widad mohon tempoh hari. Alhamdulillah, ianya dapat saya luluskan atas persetujuan Tuan Eilmi,” jelas Puan Julia.

“Kenapa tak berhenti terus! Saya memang tak perlukan khidmat awak di PUTIH. Puan Julia saja yang berdegil mahukan awak bekerja di sini!” dengus Eilmi Zahrin.

“Eilmi!” tekan Puan Julia. Eilmi Zahrin mencemek.

“Puan Julia, saya rasa ramai lagi pereka fesyen di luar sana yang betul- betul berbakat dan patut diberikan peluang oleh PUTIH!” nada anak muda itu juga nampak menekan. Jelingan matanya terperosok pula ke muka Wafa. Tajam dan cukup sinis.

“Jangan mencela sebelum kita melihat hasilnya, Eilmi!”

"Hasil apa? Semalam, Eilmi minta dia ambilkan kain shiffon warna pale green, fuschia pink dan beigi brown. Terkial- kial dia nak ambil warna yang Eilmi minta! Kalau betul warnanya tak apa, nie lain yang kita minta, lain yang dia bagi! Ini yang mama nak lantik jadi Fashion Designer kita?" sinis Eilmi Zahrin di akhir leteran. Puan Julia hilang kata- kata. Dia pasti, Widad cuma keliru dengan warna- warna kain shiffon yang ada.

“Maaf Puan Julia. Saya kira perbincangan kita pada pagi ini sudah selesai! Rasa panas pula bilik nie bila ada orang yang tak layak duduk di kerusi PUTIH tapi tetap diberi peluang! Saya harap saya silap, Widad!” cemuhnya sebelum keluar. Wafa terkemam. Kata- kata itu benar- benar mencalar rasa di hati. Apakah kebencian yang dipendam oleh lelaki itu telah berubah menjadi dendam?

“Widad, jangan ambil hati dengan kata- kata Tuan Eilmi tu. Saya harap Widad takkan mudah mengalah. Teruskan usaha. Tunjukkan pada mereka di luar sana yang Widad memang layak duduk di kerusi kami. Buktikan Widad! Buktikan!” tutur Puan Julia penuh semangat.

Wafa mengangguk. Kata- kata itu ada juga gentarnya. Gentar yang tidak dapat dicari puncanya. Mungkin juga kerana dendam kesumat yang bersarang di lubuk hati Eilmi Zahrin! Hati kecilnya bermentelah. Ah! Mungkin sudah sampai masanya untuk Widad yang sebenar mengambil alih posisi ini. Wafa seakan mengalah. Dia keluar dari bilik itu dengan rasa lesu.

Langkahnya terhenti kala riuh rendah suara rakan sekerjanya mencabuli ruang- ruang pendengaran. Di koridor luar, keadaan sudah sesak dengan pekerja yang berkerumun. Hingar bingar dicelup waktu bila jeritan dan rayuan mereka bersatu.

“Apa yang berlaku?” tanya Wafa kepada salah seorang pekerja.

“Ada pekerja nak terjun bangunan, nak bunuh diri,” ujar seorang wanita yang jauh lebih berumur. Nafasnya nampak turun naik dengan laju bagaikan baru saja selesai berlari acara seratus meter lompat galah. Wafa terpempan. What?

“Tolong tepi sikit! Tolong bagi laluan pada boss kita!” tegas salah seorang pengawal keselamatan. Wafa berpaling. Eilmi Zahrin baru saja melintas lalu di hadapannya. Wafa mengekorinya.

“Jangan ikut saya!” tegah Eilmi Zahrin.

“Saya kan PA, Tuan Eilmi. Makanya dalam hal- hal begini, saya perlu ada dekat dengan Tuan,” balas Wafa bersahaja. Renungan mata lelaki itu dilawan juga sesaat dua.

"Memang betul awak PA saya tapi PA yang saya maksudkan tu bukan personal assistant, cuma seorang pembancuh air!"

"Whatever!" Wafa tetap berkeras.

“Hish! Menyibuk betullah badut pasar malam nie!” rungut Eilmi Zahrin. Langkahnya kembali menapak.

"Kenapa dia nak terjun?"

“Tak tahu,” jawab Wafa.

“Saya bukan tanya awak! Tolong diam boleh tak!” ujar Eilmi Zahrin bengang.

“Dengar cerita, dia dalam tekanan Tuan Eilmi sebab dia baru lepas bercerai dengan suaminya. Talak tiga pula tu. Anak- anak, semuanya suami ambil. Nak jumpa sekejap pun tak boleh, sebab tu dia nak bunuh diri,” cerita seorang lelaki penuh meyakinkan.

“Ish... kejam betul! Kalau saya jumpa suami dia tu, saya lempang- lempang muka dia sampai jadi lempeng. Masa bercinta, sayangnya bukan main! Bila dah kahwin, dah ada anak sorang dua, mulalah buat perangai! bebel Wafa.

“Siapa nama dia?” tanya Eilmi Zahrin lagi.

“Aikk... nama pekerja sendiri pun tak tahu? Maknanya Tuan lagi teruk dari suami dia!” tempelak Wafa. Wajah Eilmi Zahrin berubah rona.

“Pekerja saya terlalu ramai. Mana saya nak ingat semuanya!” bidas Eilmi Zahrin, geram.

“Namanya Shila, Tuan,” sampuk pekerja lain. Eilmi Zahrin mengangguk. Langkahnya menyambung dan Wafa kembali mengekor.

“Puan Shila, saya harap Puan masih dapat bersabar. Kalau Puan Shila terjun, jatuh ke bawah, Puan Shila juga yang susah. Kalau setakat patah riuk jer... tak apa lagi. Dapat juga kami melawat Puan kat hospital bawa buah- buahan tapi kalau terjun kemudian mati, satu hal pula Puan Shila nak menjawab dengan malaikat kubur. Orang bunuh diri tak dapat masuk syurga. Haram hukumnya Puan Shila,” Wafa terdahulu bersuara. Eilmi Zahrin terpana.

“Eh Widad! Orang kalau nak terjun bunuh diri, dia tak fikir dah pasal malaikat kubur semua tu! Otak dia dah tak rasional tau! Cubalah bercakap tu guna otak sikit! Bukannya tambah membantu, lagi menyusahkan adalah!” rungut Eilmi Zahrin.

“Puan Shila, setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan buat tindakan yang melulu. Kalau Puan Shila perlukan duit untuk hal- hal mahkamah demi mendapatkan hak semula penjagaan anak- anak puan, saya sebagai CEO di sini, sedia membantu seberapa saja jumlah wang yang Puan perlukan,” pujuk Eilmi Zahrin.

“Heeh... dia boleh buat tawaran duit pulak. Itu semua dunia! Dunia! Kita sekarang nie kena cakap hal- hal yang mengingatkan dia kepada kematian, supaya dia takut nak terjun. Ini tak...” perlekeh Wafa.

Shut Up!! Saya cuba nak selesaikan masalah nie secara baik. Boleh tak, awak jangan masuk campur dalam urusan saya!” tengking Eilmi Zahrin.

“Kalau cara Tuan Eilmi tu betul, saya tak kisah tapi cara Tuan Eilmi tu salah! Orang lagi nak bunuh diri, dia sibuk-sibuk nak bagi pinjam duit. Ingat duit tu boleh selesaikan semua hal! Masalah sekarang nie, hati dia dah terluka, terhiris dengan perbuatan bekas suami dia!” herdik Wafa dengan muka ketat.

Kini segala tumpuan beralih pada pertelingkahan lidah yang berlaku di antara Mr & Mrs. Mereka tidak lagi memperdulikan Puan Shila yang mengongoi bagai anak kecil di hujung kaki lima.

“Habis! Cara awak sajalah yang betul sekarang nie? Kalau awak tu bijak sangat, pergilah selesaikan. Saya nak tenguk boleh selesai ke tidak!” cabar Eilmi Zahrin. Wafa melangkah dengan laju mendapatkan Puan Shila. Geram sungguh hatinya bila dia ditengking dan dicabar sebegitu rupa di hadapan rakan sekerja.

“Cara yang betul, bila orang tu dalam tekanan, kita kena ada dekat dengan dia. Peluk dia erat- erat begini. Tenangkan dia dengan menepuk- nepuk lembut belakangnya, bisikkan di telinganya kalimah astaghfirullah al‘azim. Sabar Puan Shila. Sabar. Ingat anak- anak puan yang masih kecil. Mereka masih memerlukan puan sebagai ibu...” ucap Wafa seraya memeluk erat kelibat Puan Shila.

Eilmi Zahrin terkesima dengan tindakan spontan gadis itu yang berjaya memeluk erat figura Puan Shila. Namun matanya seakan terjegil keluar saat Wafa melepaskan pelukan itu dan kembali semula mendapatkan dirinya dengan mulut yang masih lagi mengomel.

“Awak dah peluk dia tadi, kenapa awak lepaskan? Sepatutnya awak teruslah dakap dia dan bawa dia masuk ke dalam,” tutur Eilmi Zahrin seraya menepuk dahi.

“Saya cuma tunjukkan contoh saja!” agak tinggi suara Wafa menjawab bisikan lelaki itu. Eilmi Zahrin menggeleng. Sekalian yang ada turut sama menggeleng.

“Puan Fida, sekarang saya akan cuba alihkan perhatian Puan Shila. Bila perhatian dia teralih nanti, Puan Fida peluk dia dan bawa dia masuk ke dalam,” bisik Eilmi Zahrin dekat dengan Puan Fida. Wanita berbaju kurung polos itu pantas mengangguk faham.

“Widad, awak kena pura- pura pengsan sekarang,” bisik Eilmi Zahrin.

“Kenapa pula saya? Kan banyak lagi orang lain yang boleh Tuan Eilmi suruh?”

“Sebab dalam ramai- ramai kat sini, awak jer yang paling kecik!”

"Saya tahu, Tuan cuma nak ambil kesempatan ke atas saya kan?"

"Eh, tolong jangan perasan yer!"

"Habis semalam, kenapa Tuan peluk saya kuat- kuat depan Aaron?"

Para pekerja yang mendengar kata- kata itu kelihatan melopong.

"Kan saya dah minta maaf. Saya bukan nak ambil kesempatan. Saya cuma nak buat Aaron sakit hati!"

Wafa mencebik. Puan Fida pantas mengambil kesempatan itu untuk memeluk Puan Shila yang turut leka melihat pertelingkahan mulut Tuan CEO dan PA barunya. Isyarat mata dari Puan Julia membuatkan semua pekerja bergegas masuk ke dalam bangunan biarpun riuh rendah suara Tuan Eilmi dan Wafa masih berjejeran. 

"Mana semua orang pergi?" tanya Wafa setelah dia menyedari keadaan lengang dari nafas- nafas manusia lain. 

"Puan Shila dah terjun ker?" tanya Eilmi Zahrin pula bila matanya terpaku di hujung koridor yang kosong!

"Ini semua salah awak! Kalau awak pengsan jer tadi, semua ini takkan berlaku!" 

"Eh, apa salah saya pulak!"

Dan mereka kembali bertekak. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku