MR. AND MRS.
BAB : 16
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12749

Bacaan






PAGI Sabtu. Wafa tampil di butik dengan baju kebaya Kota Baru dari kain kapas berwarna merah hati. Dua orang pekerja lelaki yang jauh lebih muda dilihat melambai nakal ke arahnya. Ditambah dengan siulan di bibir. Langkah Wafa tetap laju seperti biasa. 

“Ehemm!!” Eilmi Zahrin berdehem. Jelingannya menggambarkan rasa kurang senang. Dia masuk ke dalam lif. Wafa yang berdiri kaku di sebelahnya tidak mahu dipandang. Mereka sama-sama naik ke tingkat atas. Ting! Pintu lif mula terbuka. 

“Tolong siapkan semua kerja sebelum awak bercuti!” tegas Eilmi Zahrin saat langkahnya diatur keluar. Wafa mengangguk walau pandangan mereka, sebenarnya tidak bertemu. 

“Kopi saya mana! Takkan hari- hari saya nak jerit minta kopi baru awak buat!” leter Eilmi Zahrin dari dalam bilik. Wafa yang baru saja duduk, bangun semula. Langkahnya deras ke pantri

“Lama cuti Widad. Kau makan nasi minyak ke minggu nie? Hari tu kan tak jadi. Pengantin lelakinya kemalangan,” tegur Puan Khalida. Wafa terpempan. Direnungnya wajah Puan Fida dengan muka berkerut kerana rahsia Widad sudah ada di tangan orang lain.

“Puan Khalida nie perahsia orangnya. Dia janji takkan beritahu rahsia nie pada sesiapa,” bisik Puan Fida. Wafa cuba untuk senyum tetapi gagal. Ah! Puan Fida sememangnya akan berkongsi apa saja dengan Puan Khalida kecuali suami kut!

“Widad!” nama itu bergegar di telinganya. Wafa berhenti melamun. Gula yang dituang sudah jauh dari sasaran. Astaghfirullah… dia segera mengaut limpahan gula yang sudah menggunung di atas meja dan membuangnya ke dalam sinki.

“Kenapa dengan kau nie, Widad? Baru cakap pasal nasi minyak, dah jauh melamun! Ingat kat cik abang lah tu,” usik Puan Khalida. Puan Fida bingkas membantu. Kain lap segera dibasahkan dan dilap pada tempat yang bergula supaya tak terhidu dek semut.

“Tuan Eilmi baru ingatkan aku tentang majlis makan malam butik kita.”

“Ulek mayang lagi ker Fida?” tebak Puan Fida dengan muka bosan.

“Apalagi? Itukan sudah menjadi agenda wajib PUTIH. Erm... mana pula kita nak cari tuan puteri ketujuh nie? Misya tengah sarat,” keluh Puan Fida di hujung nada. Kakinya menguis kaki Puan Khalida. Teman baiknya itu mengangkat muka. Mulut Puan Fida yang herot ke arah Wafa dipandang.

“Susah- susah sangat, kau sajalah yang jadi Tuan Puteri Ketujuh tu Widad,” tiba- tiba saja Puan Khalida memberi cadangan. Wafa terpempan. Permintaan Puan Fida hampir dua minggu yang lalu, bergema semula di telinganya. Dua wajah orang kuat butik itu ditatap dengan renungan yang tidak berkedip.

“Err... nantilah Widad fikirkan. Widad nak hantar kopi nie dulu.”

Puan Khalida terdiam. Garfu di tangan menguis malas bihun merah yang masih berbaki suku pinggan sedang Puan Fida hanya mencebek kecewa. Dan Wafa sudah kembali melangkah. Tuk! Tuk! Langkah itu mendiam di balik pintu bilik Eilmi Zahrin. Sunyi! Tuk! Tuk! Wafa mengetuk pintu itu buat kali kedua. Ah! Selalu macam nie! Pekak agaknya si tokek nie! 

“Masuk!” Wafa memulas tombol pintu setelah kata arahan diterima. Seperti hari- hari semalam, dia sudah bersedia secara mental dan fizikalnya untuk berhadapan dengan kerenah lelaki yang paling cerewet di dunia tu. 

“Ini kopinya, Tuan Eilmi.”  

Eilmi Zahrin pantas menghirup minuman paginya.

“Kurang gula? Kurang kopi? Kurang panas? Kurang sedap, kurang kick, kurang apa lagi?” tanya Wafa sebelum lelaki itu memberi komen – komen negatif.

Finally... it’s Perfect, puji Eilmi Zahrin. Wafa terpana.

Perfect?” kata- kata itu diulang kerana tidak percaya.

“Tunggu apa lagi? Baru kena puji sikit, dah tak nampak pintu!” sindir Eilmi Zahrin. Wafa melangkah keluar dengan muka bingung. Tiap- tiap hari, sukatan aku sama jer tapi kenapa hari nie dia tak membebel macam biasa? Peliknya! Wafa berkata- kata sendiri. Diintainya lagi figura itu dari cermin dinding yang polos. Tiada apa yang aneh cuma...

“Widad! Boss ada?” tanya Puan Khalida cemas. 

“Ada,” jawab Wafa walau Puan Khalida sudah meluru masuk ke dalam bilik CEO. Kemudian, Eilmi Zahrin tergesa- gesa keluar bersama Puan Khalida. Langkah mereka nampak laju. Wafa turut mengikuti dua pergerakan itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku! Hati kecilnya membuat telahan.

“Ada pisau di tangan dia, En. Eilmi!” cerita Puan Khalida resah.

“Kenapa tak panggil security? Dah telifon polis?”

“Sudah En. Eilmi tapi pihak polis masih belum tiba dan security pula tak berani nak buat sebarang tindakan, bimbang dengan ancaman yang diberi,” jelas Puan Khalida. Eilmi Zahrin mengangguk.

“Ada apa nie?” tanya Wafa yang tidak tahu hujung pangkal. Eilmi Zahrin keluar dari lif tanpa mempedulikan pertanyaan itu. Reaksi Puan Khalida juga sama. Wafa turut melangkah namun Puan Khalida tangkas menarik lengan gadis itu agar kedudukan mereka jauh dari Eilmi Zahrin.

“Jangan dekat! Bahaya Widad,” bisik wanita empat puluh tahun itu.

“Apa yang berlaku? Apa yang bahayanya?” soal Wafa makin tidak faham.

“Bekas suami Puan Shila mengamuk. Siap bawa pisau lagi,” sampuk Puan Fida. Wafa terpana. Pegangan tangan Puan Khalida dilepaskan sebelum dia berlari menuju ke arah Eilmi Zahrin. Dia harus mengingatkan lelaki itu agar lebih berhati- hati.

“Jangan dekat! Kalau dekat, aku tikam nanti!” jerit Daud. Langkah Eilmi Zahrin tetap tidak berhenti walau pisau yang ada di tangan lelaki itu mengacah- ngacah tubuhnya. Wafa tergamam. Kalau aku pengsan sekarang, apakah akan teralih perhatian bekas suami Puan Shila tu? Dia bertanya dalam hati.

“Azlina, kalau saya pura- pura pengsan sekarang, macam mana?” 

“Aduh! Janganlah kau tambahkan lagi masalah yang sedia ada nie Widad! Ini pun dah cukup rumit!” leter gadis Kelantan itu. Wafa terkedu. Mata hitamnya menangkap perbuatan Eilmi Zahrin yang langsung tidak takut dengan ancaman pisau suami Puan Shila walau hujung pisau itu seperti telah memakan kulit tangannya. 

Semua yang melihat mula menjerit. Eilmi Zahrin tidak gentar. Badannya melipat tinggi sebelum kakinya dilayangkan tepat ke muka Daud. Tubuh keding itu rebah terus ke lantai. Pisau di tangannya jatuh berdenting. Pihak security pantas mengasingkan bahan tajam itu.

“Kau dah ceraikan dia dengan membabi buta! Sekarang, kau datang buat kecoh kat tempat aku! Ugut pekerja aku!! Apa lagi yang kau tak puas hati!!” marah Eilmi Zahrin. Tumbukannya kena ke muka Daud. Beberapa orang pekerja lelaki meluru mendapatkan CEO mereka. Tangan kekar itu ditarik dan dipegang.

“Aku nak dia rujuk semula dengan aku tapi dia tak nak!!” jerit Daud.

“Nak rujuk apa lagi! Kau dah ceraikan dia dengan talak tiga!” tingkah Eilmi Zahrin. Hatinya melumat geram bila luahan hati Puan Shila berkaitan lelaki itu teriang- iang di telinga. 

“Dia suka pukul saya, Tuan. Pantang silap sikit, habis badan saya jadi bahan sepak terajang dia...” luahan yang diluahkan bersama deraian air mata. Keadaan semakin terkawal apabila tugas berikutnya dipikul oleh pengawal keselamatan.

“Terima kasih sebab selamatkan saya, Tuan,” ucap Puan Shila. Eilmi Zahrin mengangguk. Lengan bajunya dikemaskan semula. Langkahnya masuk ke dalam elevator. Di dalam lif, dia bertembung lagi dengan Wafa.

“Terima kasih kerana tak menyibuk!” ungkap Eilmi Zahrin sinis. Wafa mengangguk bersama senyum di bibir. Mata hitamnya masih juga terpaku pada wajah yang sama. Tindakan berani Tuannya tadi telah menguasai secangkir rasa di hati. 

Eilmi Zahrin keluar dari lif. Langkahnya menapak masuk ke dalam pejabat. Wafa perasan ada sesuatu yang tidak kena pada lengan kiri majikannya. Dia turut masuk ke dalam pejabat. Kerut di muka Tuan Eilmi berlaga dengan cemas di mukanya.

“Tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk?” 

“Tangan Tuan Eilmi tu berdarah,” ujar Wafa. Eilmi Zahrin mengangguk. Dia kembali menaip sesuatu di papan kekunci. Dan Wafa tetap tidak berganjak. Pandangannya terjenguk- jenguk pada lengan baju Tuan Eilmi yang basah dengan warna merah.

“I’m good,” ucap Eilmi Zahrin seraya memberi isyarat keluar dengan tangannya. Wafa menggeleng. Langkahnya tidak dihala keluar malah disusun dekat ke arah CEO.

“No. You’re not,” bidasnya lembut. Tangan kiri Eilmi Zahrin diraih. Butang baju kemeja dibuka dan diselak dengan hati- hati. Anak muda itu langsung bingkas. Kedudukan Wafa yang benar- benar rapat dengan tubuhnya membuatkan dia rasa tidak selesa apatah lagi kalau- kalau Penasihat PUTIH muncul pada saat yang tidak diduga.

I’m good! Thanks you Widad, ucap Eilmi Zahrin sekali lagi. Wafa terpaksa beralah. Dia keluar dari pejabat itu dengan rasa kagum yang membuak- buak. Wow! Aku tak sangka dia seberani itu!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku