MR. AND MRS.
BAB : 17
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12997

Bacaan






ENJIN Porsche dimatikan! Amir Bakri bingkas keluar dari kereta setelah anak matanya terserempak dengan figura Widad. Dia yakin dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu, dia tidak mungkin tersilap orang. Langkahnya mengejar bila Widad tidak lagi kelihatan.

“Widad!” laung lelaki itu saat keraguannya hampir di puncak. Langkah Widad tidak mati di situ. Amir Bakri kelihatan berlari. Jejak itu dikejar terus.

“Widad!” panggilnya lagi. Kali ini, nadanya lebih kuat. Dan hasilnya, gadis itu berpaling ke satu sisi dengan langkah terhenti.

“Awak buat apa kat sini? Laju betul awak jalan.”

“Kita pernah jumpa ker?” tanya Widad teragak- agak. Amir Bakri terpempan. Senyum di bibirnya hilang serta merta.

“Saya Bakri, Pengurus PUTIH.”

“Oh ya... baru saya ingat. En. Bakri yang temuduga saya hari tu kan selepas Puan Fida?” ulas Widad mula nampak ramah. Senyum di bibirnya sudah semakin manis. Amir Bakri mengangguk walau otaknya masih ditukul hairan dengan tingkah aneh gadis itu.

“Alah Widad. Janganlah pura- pura tak kenal. Kecik hati saya nie tau. Saya tahu lah, saya tak sekacak boss awak tu tapi janganlah kejam sangat dengan saya. By the way, awak buat apa kat sini?”

“Maaf lah En. Bakri. Saya memang tak perasan tadi. Saya baru lepas bayar bil telifon,” jelas Widad. Amir Bakri mencebik sebelum mengangguk.

“Tuan Eilmi tahu tak yang awak keluar nie?”

Wajah ayu Widad berkocak lagi. .

“Tak apa, saya akan rahsiakan hal ini,” ucap Amir Bakri setelah dia perasan dengan riak di muka Widad.

“En. Bakri, saya minta maaf kerana telah mensia- siakan peluang yang En. Bakri berikan pada saya tempoh hari tapi saya punya alasan yang sangat kukuh...”

“Tak perlu minta maaf, Widad. Ada masanya Tuan Eilmi tu memang patut diajar dan ternyata kehadiran awak di PUTIH sangat tepat pada masanya,” potong Amir Bakri. Widad tergamam. Wajahnya berkerut lagi.

“Maksud En. Bakri?” Widad melirih pertanyaan.

“Kalau bukan hari ni, esok lusa awak akan faham juga kata- kata saya. Apa yang penting, awak buktikan pada Tuan Eilmi yang awak memang layak untuk duduk di kerusi PUTIH. Jangan mengalah ya Widad. Buktikan pada kami semua yang bakat awak sangat berharga,” tutur Amir Bakri.

Widad terdiam. Apakah lelaki itu ingin memberinya peluang kedua?

"Eh, jomlah balik butik. Nanti Tuan Eilmi tercari- cari awak pula,” ajak Amir Bakri. Langkahnya sudah menapak sedang Widad masih lagi di situ.

Are you ok, Widad?” tanya Amir Bakri setelah gadis itu tidak berganjak dari tempatnya.

Widad masih kematian kata.

“Widad?”

“Err... En. Bakri ajak saya ke mana tadi? Balik butik?”

“Yelah. Waktu makan tengahari lambat lagi, nanti Tuan Eilmi tuduh awak curi tulang pula. Dia dengan awak dahlah tak sebulu,” rungut Amir Bakri.

“En. Bakri pergilah dulu. Saya masih ada perkara yang nak diselesaikan tapi saya janji, saya akan jadi orang pertama sampai di butik dari En. Bakri,” kenyataan Widad itu disusuli dengan senyum manis.

“Aduh! Cair hati saya melihat senyum awak, Widad. Saya tahu, awak nak make up tebal- tebal dulu kan? Awak lebih rela mempamerkan wajah badut awak tu dari wajah awak yang sebenar? Kenapa Widad? Saya jadi tak faham,” bisik lelaki itu. Widad menggetap bibir.

“Maaf, jawapannya sangat peribadi!”

"Awak takut Tuan Eilmi jatuh cinta pada awak?"

Widad menggeleng tapi Amir Bakri tetap yakin, itulah jawapannya. Langkahnya kembali menapak sebelum masuk ke dalam Porsche. Hampir lima belas minit dia memandu untuk tiba di butik. Saat figuranya ingin masuk ke butik, matanya terpandangkan Myvi merah milik Widad. Ternyata gadis itu sampai dulu darinya? Tapi bagaimana…?

Amir Bakri mengusap belakang tengkuk bila soalan itu terasa seram untuk diterima akal. Aku bawa porche, dia bawa Myvi tapi dia boleh sampai dulu dari aku? Mulutnya tak henti- henti mengomel.

“Bakri!” panggil satu suara. Amir Bakri berhenti melangkah.

“Kenapa cakap sorang- sorang nie?” tanya Eilmi Zahrin.

“Tak.. aku pelik sebab Widad boleh kalahkan aku.”

“Kalahkan kau? Maksudnya?”

Amir Bakri terpana bila tiga wajah lain turut sama memandangnya.

“Aku gusti lengan dengan dia. Tak sangka pulak dia boleh kalahkan aku,” dalih Amir Bakri spontan. Eilmi Zahrin dan dan pekerja lain nampak terpinga. Kerut- kerut halus di dahi mereka sudah berubah menjadi kasar.

“Widad kalahkan kau dalam gusti lengan?” ulang CEO PUTIH tidak percaya. Amir Bakri terpaksa mengangguk. Anggukan yang membuatkan Eilmi Zahrin ketawa terus. Tawaan itu disambut oleh Danish, Meor dan Farid.

“Badan ketul- ketul macam nie pun boleh kalah!” sinisnya dengan muka keliru.

“Aku ingat, budak tu ada bela sakalah sebab tu dia boleh kalahkan Bakri,” ujar Farid. Waktu itu, Wafa baru keluar dari pantri.

“Widad, sini kejap!” gamit Eilmi Zahrin.

“Nampak nie? Takut tak?” soalya kemudian sambil menunjukkan ketulan sasa yang wujud dari otot tangannya.

“Sudahlah tu Eilmi. Jom kita naik pejabat,” ajak Amir Bakri.

"Atuk saya lagi sado dari Tuan!"

“Atuk konon! Entah- entah saka!” nada Eilmi Zahrin melambung naik ke langit. Wafa tidak jadi melangkah. Berdesing telinganya mendengar perkataan saka.

“Apa saka- saka! Jangan nak perasan sado sangat. Badan kering macam lempeng, ada hati pulak nak mengaku sado. Eiii.. gelilah!” Wafa mengejek selamba. Ejekan yang membuatkan beberapa orang pekerja PUTIH menyembunyikan tawaan mereka di belakang mata kasar Eilmi Zahrin.

“Kalau begitu, apa kata Jumaat depan, kita adakan pertandingan gusti lengan? Kalau saya kalah, jam tangan saya yang bernilai dua puluh lima ribu nie akan menjadi milik awak tapi kalau saya menang, saya nak awak letak jawatan dengan serta merta,” cabar Eilmi Zahrin. Wafa terpana.

“Hah! Kenapa diam? Tadi berani sangat,” tempelak Farid. Bibirnya menjuih ke depan.

“Dengar cerita, awak dah kalahkan En. Bakri kita dengan mudah jadi kenapa awak masih mahu berfikir dua kali? Saya terfikir juga, kalau bukan dengan bantuan saka awak, tak mungkin awak menang!” tukas Eilmi Zahrin. Rona di muka Wafa berubah. Renungannya berkalih pada wajah lain. Amir Bakri hanya menggeleng.

“Dahlah tu. Jom kita naik pejabat,” ajaknya buat kali kedua. Eilmi Zahrin mengangguk. Langkahnya bercatur. Danish, Farid dan Meor turut mengekor bila pintu lif sudah mula terbuka luas.

“Saya sahut cabaran Tuan!” ucap Wafa saat pintu lif hampir tertutup. Sunyi! Sekalian pekerja yang ada merenung gadis itu dengan rasa tidak percaya. Ting! Pintu lif itu terbuka semula. Eilmi Zahrin menyumbang senyum.

“Jumaat depan. Tepat pukul 10 pagi di tingkat tujuh!” nyata lelaki itu dari dalam lif. Wafa merenung wajah itu tanpa gentar hinggalah lif itu tertutup sendiri. Mentallah dia tu! Lagi lama aku kat sini, boleh jadi gila! Silap- silap esok, aku pulak yang dapat surat kuning! Ish, selisih malaikat empat puluh empat!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku