MR. AND MRS.
BAB : 18
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13615

Bacaan






KAU serius ker nie, Eilmi? Nada pertanyaan Amir Bakri menguasai ruang sebaik sahaja langkahnya masuk ke dalam pejabat Eilmi Zahrin. Dia duduk di sofa panjang. Matanya masih merenung ke satu arah. Tepat!

“Eh yelah. Takkan aku nak main- main. Aku jadi tertanya- tanya pula bila dia dapat kalahkan kau. Lengan kau tu bukan kecik-kecik anak,” nyata Eilmi Zahrin. Amir Bakri menelan air liur. Habislah Widad!

“Relaks lah bro. Gusti lengan jer kut bukannya gusti yang kau selalu tenguk kat tv tu! Aku taklah sekejam tu,” tambah anak muda itu dengan nada lebih tenang. Amir Bakri masih gagal bersuara. Akal fikirnya ligat mencari jalan agar pertandingan itu dapat dibatalkan.

“Eh, duduklah. Kenapa kau berdiri macam tugu negara kat situ! Pejabat aku nie belum nak runtuh lagi,” tegur Eilmi Zahrin. Amir Bakri langsung duduk.

“Hah, apa hal pulak kau boleh bergusti lengan dengan dia?” tambahnya kemudian. Amir Bakri makin terdiam. Dia kehilangan kata- kata bila soalan itu dibangkitkan.

“Kau jangan macam- macam. Dia tu isteri orang!”

"Cakap orang! Kau peluk dia selamba jer depan Aaron, apa cer?"

"Aku pegang bahu dia jer! Bukan peluk betul- betul! Tak sentuh kulit pun. Tak macam kau, siap genggam tangan bagai!"

“Eh, tak payah nak berceramah. Dia tu bujang lagilah!” tempelak Amir Bakri. Eilmi Zahrin terdiam.

“Bujang apa kalau Puan?”

“Aku yang interview dia, aku tahulah!”

“Kena tipu lagilah aku nie!” keluh Eilmi Zahrin.

“Aku rasa ada eloknya kau batalkan saja gusti lengan tu,” pujuk Amir Bakri.

“Aku dah dapat satu lagi peluang untuk singkirkan dia dari butik aku. Kenapa aku nak sia- siakan pulak! Lepas nie, sebelum kau ambil seseorang jadi PA aku, kau kena tanya persetujuan aku dulu. Aku tak nak pisang berbuah dua kali!” tegas Eilmi Zahrin.

"Pisang berbuah dua kali? Eh, Widad tu PA baru kau yang ke sembilan pulu sembilan tau! Bukan sikit bezanya. Kalau kau tak buang sikap ego kau tu, memang macam nilah sampai bila- bila!"

"Kau leter apa nie? Yang kau sakit hati sangat, aku nak gusti dengan dia, kenapa? Jangan cakap kat aku yang kau dah jatuh hati kat dia."

“Suka hati kau lah, aku dah penat dengan semua nie!” nada Amir Bakri merudum jatuh ke titik- titik kecewa. Eilmi Zahrin kembali menatap skrin komputer. Figura yang keluar dari biliknya tidak mahu dipandang. Aku punya hal, kau pulak yang panas! bebelnya geram. Beberapa keping invoice diteliti satu persatu sebelum tandatangan diturunkan.

“Tapi betul ke badut pasar malam tu masih bujang? Kak Fida kata, dia dah kahwin atau aku yang salah dengar tapi tak mungkinlah sebab syarat utama untuk jadi PA aku, mesti seorang Puan!” Eilmi Zahrin tertanya sendiri.

"Ah! Memang patut pun dia tak kahwin. Badut pasar malam macam tu sapalah yang nak? Bengisnya ya ampun! Kalau letakkan dia kat sebelah singa, singa pun lari," herdik Eilmi Zahrin. Dia keluar dengan invoice di tangan. Langkahnya menuju ke bilik Puan Khalida. Beberapa keping kertas invoice yang sudah pun disemak, diletakkan ke atas meja.

“Tuan Eilmi senyum- senyum nie, mesti ada apa –apa.”

“Sebenarnya, saya ada satu berita nak kongsi dengan semua staff.”

“Apa dia?” tanya Puan Khalida teruja.

“Minggu depan, butik kita akan adakan satu perlawanan gusti lengan antara saya dan Widad. Puan Khalida jangan tak datang pula. Kalau boleh saya nak Puan Khalida jemput semua staff.”

“Gusti lengan? Dengan Widad?” Puan Khalida mengulangi ayat yang keluar dari mulut itu dengan mata terbeliak.

“Tapi kenapa?"

"Biarlah rahsia!" jawab Eilmi Zahrin sebelum dia bingkas! Puan Khalida pantas menelifon Puan Fida.

"Panas! Panas! Depa nak bergusti lengan pulak dah."

"Sapa?"

"Mr. and Mrs! Kau tahu sebabnya?"

"Jumpa aku kat pantri," jawab Puan Fida. Puan Khalida sudah bingkas!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku