MR. AND MRS.
BAB : 19
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11299

Bacaan






LANGIT menangis lagi. Tangisan yang membuatkan kulit Wafa disepuh kedinginan. Dia memakai jaket tebal. Suhu penghawa dingin dikurangkan. Air kopi yang masih panas ditenung kepulan asapnya. Aromanya menyegarkan. Tiba- tiba, muncul seorang lelaki. Langkahnya tetap laju seperti biasa.

Ketika pintu bilik dikuak, tangannya sempat menggapai tangkai cawan kopi dari piring bulat yang sedang ditatang oleh Wafa. Mahu tak mahu, gadis berpaling juga. Matanya sengaja dibesarkan. Empat mata itu berlaga barang sesaat sebelum Eilmi Zahrin mengakhirinya dengan kenyitan nakal di mata kanan.

“Hujan- hujan begini memang syok pekena kopi,” ujarnya saat pintu ditolak ke dalam. Wafa malas untuk bertekak. Dia bingkas ke pantri. Air masak yang sudah kurang panasnya dimasak semula. Satu sudu besar kopi dan dua sudu gula disatukan dalam mug.

“Widad, betul ker apa yang akak dengar nie?” sapa Puan Fida seraya duduk di kerusi bulat. Wajahnya tampak panasaran.

“Apa kak?”

“Jumaat depan, kau dengan Tuan Eilmi nak buat gusti lengan?”

“Siapa yang beritahu akak?”

“Boss kita tu lah. Habis satu PUTIH nie, dia pukul canang,” jawab Puan Fida. Wafa terdiam. Sepertinya dia benar- benar mahu beradu kekuatan tangan dengan aku. Ish! tangan dia dahlah sado, silap hari bulan boleh bengkok tangan aku! Getus Wafa dalam hati.

“Nie apa halnya pulak sampai kau orang nak bergusti lengan?” kini nada Puan Fida lebih kepada menyibuk.

“Bos akak tu kan mental!”

Puan Fida ketawa kecil. Tangan Wafa disentuh.

“Esok petang lepas habis kerja, staff kita ada latihan ulek mayang kat tingkat lapan. Widad jangan tak datang ya. Jangan cuba nak beri alasan lagi,” maklum Puan Fida. Wafa terpana. Alamak! Dia hampir terlupa dengan hal itu.

“Saya tak mahu jadi Tuan Puteri! Tangan saya nie keras macam kayu kalau dibawa menari,” bidas Wafa. Puan Fida menggeleng tanda alasan itu tidak diterima. Wafa tidak dapat lari dari keadaan. Wajah Puan Fida direnyukkan dalam pandangan. Kenapa mesti aku? Rungutnya.

Wafa bingkas tika beberapa orang pekerja dari bahagian sumber manusia muncul di pantri. Tingkah mereka yang berbisik sesama sendiri menimbulkan rasa kurang senang di hatinya. Kopi di dalam cawan masih belum berbancuh! Wafa tahu itu tapi dia tetap keluar dari ruangan itu. Minatnya untuk menghirup secawan kopi sudah tinggal separuh malah makin menyusut. Di hujung selekoh, langkahnya berselisih dengan Amir Bakri.

“Apa yang En. Bakri tak puas hati dengan saya sampai sanggup buat cerita yang bukan – bukan!”

“Saya minta maaf. Saya tahu semua nie salah saya tapi saya tak berniat pun nak buat awak jadi susah begini. Saya tak sangka yang keterlanjuran kata- kata saya telah mengundang padah pada diri awak. Saya janji, saya akan cari jalan agar pertandingan gusti lengan ini tidak dapat diteruskan.”

“Mana mungkin perlawanan ini dibatalkan!”

Amir Bakri mengeluh. Ditariknya tangan Wafa ke sudut lain agar perbualan mereka jadi lebih sulit. “Nanti sehari sebelum perlawanan, awak buat-buatlah terseliuh. Bila tangan awak berada dalam kondisi yang tak baik maka secara tak langsung perlawanan ini akan dibatalkan,” Amir Bakri memberi cadangan. Wafa terdiam.

“Macam mana awak boleh sampai dulu dari saya semalam? Myvi dengan porsche kan jauh bezanya. Saya tekan 160, takkan awak bawa 180?” bisik Amir Bakri hairan. Wafa terkesima. Pertanyaan itu nampak rumit untuk difahami. Bila masa pulak aku berlumba dengan dia? Soalan itu menujah- nujah fikirannya dengan kuat

“Rahsia!” jawab Wafa. Amir Bakri mencemek. Langkahnya pergi dari situ. Dan Wafa pula berdiri di depan pintu lif. Simbol menurun ditekannya berkali- kali.

“Tekan sekali dah cukup!”

Wafa tidak berpaling. Cukup untuknya melihat dengan ekor mata. Dia tahu suara itu milik siapa. Kemudian, muncul pula tiga pekerja lain. Wajah Danish, Farid dan Haiz mengisi ruang yang terbuang. Wafa jadi menyampah. Dia ingin keluar dari lif namun langkahnya dihalang oleh susuk tubuh Tuan Eilmi.

Pandangan Wafa terhunjam ke depan bila pintu lif sudah tertutup. Dari cermin sisi elevator, dia dapat melihat pergerakan mata Eilmi Zahrin yang mereling ke arahnya dari atas sampai bawah. Kalau dah lelaki tu, lelaki juga!

“Farid. Kau percaya tak bila aku kata, minggu depan ada pekerja kita yang mengalami kecederaan serius pada tangan dia?” soalan Eilmi Zahrin berbaur sindiran.

“Maksudnya?” Farid kurang mengerti.

“Maksud aku, tangannya terseliuh atau pun patah. Macam – macam alasan yang dia akan bagi supaya acara gusti lengan tu terpaksa dibatalkan,” jelas Eilmi Zahrin. Farid dan rakan- rakannya tersenyum. Mata hitam mereka membidik sinis ke arah Wafa.

“Itu kata- kata seorang pengecut Eilmi. Cakap jer besar nak sahut cabaran konon tapi akhirnya hampeh,” ejek Farid. Wafa menggetap gigi. Hatinya jadi panas bila disindir- sindir begitu.

"Dek kerana dia perempuan, kurus dan katik pula... aku izinkan dia guna kedua- dua belah tangan dia untuk tewaskan tangan kanan aku."

“Aku tak rasa dia kecut. Bakri pun dia boleh kalahkan dengan mudah,” celah Danish.

“Bab tu yang aku curious sangat,” ujar Eilmi Zahrin sebaik saja pintu lif terbuka. Masing- masing seperti tidak mahu melepaskan gadis itu keluar. Wafa masih cuba untuk meloloskan diri. Matanya mencerlung dengan langkah yang menonong hingga dia masuk ke dalam Myvi. Enjin kereta segera dihidupkan.

Tika pedal minyak ditekan, satu kereta muncul di depannya dengan tiba- tiba. Wafa menekan break secara mengejut hingga tubuhnya terhenyak ke depan. Eilmi Zahrin yang perasan dengan kejadian itu hanya ketawa gelihati. Dia memang sengaja memberhentikan keretanya di situ.

“Dia nie memang sengaja nak sakitkan hati aku! Kut ya pun nak cakap dalam telifon, parkirlah kat tempat lain. Janganlah depan kereta aku!” bebel Wafa geram. Pinnnn! Piinnnn! Hon kereta ditekan bertalu- talu namun Eilmi Zahrin tetap dengan lagaknya. Suasana jadi hingar bingar bila Wafa menekan hon dalam saat yang lama.

“Ini boleh mendatangkan marah!” suara Wafa setelah hampir lima belas minit dia dan keretanya terperangkap dalam situasi itu. Piiiinnnnnnn!! Hon keretanya masih lagi bergema namun hal itu tidak mengubah apa -apa keadaan. Wafa membuka pintu kereta. Dia bingkas dari kenderaan itu dengan muka yang bengang.

“Boleh tolong ke depan sikit tak!” pinta Wafa.

“Sendiri yang salah kan,” suara Eilmi Zahrin yang turut bingkas dari keretanya setelah enjin dimatikan. Anak muda itu laju melangkah sebelum tangannya menahan kereta Farid. Honda Jazz biru gelap berhenti di hadapan Wafa. Tanpa menunggu, Eilmi Zahrin masuk ke dalam kereta Farid. Wafa mengetuk cermin kereta.

“Tuan Eilmi nak ke mana?” soalnya bila cermin tingkap menurun dengan tertib.

“Nak balik rumah lah. Farid tolong hantarkan.”

“Tapi kereta Tuan Eilmi tu dah halang kereta saya. Saya pun nak balik juga!” tegas Wafa.

“Lain kali jangan ambil parking abang ye, sayang. Hari nie, abang bagi peluang pada kereta sayang untuk bermalam di tempat letak kereta abang dengan tenang. Mimpi indah!” ucap lelaki itu sebelum tingkap kereta dinaikkan dan kenderaan itu menderu laju ke jalan besar, meninggalkan Wafa dalam keadaan terpinga- pinga.

Wafa makin menyumpah. Kakinya dihenyak- henyak ke jalan raya. Puan Fida yang melihat perbuatan gadis itu, langsung saja memberhentikan keretanya.

“Tumpang akak jer lah,” pelawa wanita itu. Wafa masuk semula ke dalam keretanya. Tas tangan jenama pasar malam diraih kasar sebelum langkahnya masuk ke dalam Alphard.

“Geram betul saya dengan si tokek tu, kak!”

“Apa halnya yang kecoh -kecoh sangat tadi?” 

“Dia marah saya ambil parkir dia. Lain kali, tulis nama besar- besar kat tempat tu biar semua orang tahu yang parkir tu dia punya!” bebel Wafa. Puan Fida menggetap bibir. Mukanya berkerut.

"Tapi..." bicaranya terhenti. Muka Wafa dipandang lagi.

"Tapi apa?" tanya Wafa, ingin tahu.

“Tapi itu bukan parkir dia!” Puan Fida membongkar kebenaran. Wafa tergamam. Hah! Bukan parkir dia! Tokeeeekkkkkk!!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku