MR. AND MRS.
BAB : 20
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11338

Bacaan






KRIKK... bunyi pintu kayu yang ditolak seseorang menarik perhatian Aini. Matanya tercampak ke muka pintu. Wajah sugul Wafa diperah.

“Kau balik naik apa? Aku tak dengar pun bunyi kereta kau,” Aini terdahulu menegur. Wafa masih menyumpah- nyumpah. Dia duduk di sofa satu dengan muncung panjang sedepa.

“Nie tak lain tak bukan, mesti kau gaduh lagi dengan si tokek,” tukas Aini. Perhatiannya pada babak- babak sinetron Indonesia di kaca televisyen sudah mula terganggu.

“Dengan siapa lagi kalau bukan si mental tu!” akui Wafa geram.

“Bilalah kau orang nak berdamai? Kau tak penat ker hari–hari bergaduh?” keluh Aini.

“Buat apa aku nak berdamai dengan orang gila macam dia!” tempik Wafa penuh emosi. Aini terdiam. Direnungnya wajah Wafa dengan mata yang tidak berkedip. Mulut kecil itu masih lagi mengomel. Omelan yang tak dapat ditangkap bunyi dan maksudnya.

“Marah betul kau nie.” 

“Dari semalam lagi aku geram dengan perangai dia. Ada ker patut dia ajak aku bergusti lengan? Itu satu hal! Lepas tu, nak balik tadi... boleh pulak kereta dia halang kereta aku sampai aku terpaksa tumpang Kak Fida! Sakitnya hati aku!” Wafa terus melenting. Aini menggeleng. 

“Mental lah anak Puan Julia tu!” 

“Shhhh… cakap tu perlahan sikit nanti Widad dengar, tak pasal- pasal rahsia kau terbongkar,” tegur Aini seraya menepis siku Wafa. Gadis itu terdiam terus.

“Apa pulak halnya si tokek tu nak bergusti lengan dengan kau?” Aini masih mahu membicarakan topik sama.

“Dia kan memang tak suka kat aku. Akal fikir dia yang sewel tu asyik cari jalan untuk buang aku dari PUTIH. Kalau aku menang dalam pertandingan tu, dia akan bagi jam tangan dia yang bernilai dua puluh lima ribu ringgit tu kat aku tapi kalau aku kalah, aku kena lepaskan jawatan aku serta merta!” jelas Wafa. Aini menggaru hujung matanya.

“Jam tangan dua puluh lima ribu ringgit? Biar betul si tokek tu! Kau kena menang Wafa. Kau harus menang. Banyak tu beb, dua puluh lima ribu ringgit kalau buat belanja kahwin kat kampung aku dah dikira mewah…” bicara Aini teruja. Wafa mencebik.

"Jam tangan jer kut, bukannya cash!"

"kau mintaklah cash!"

“Amboi! Kau ingat lengan dia tak sado? Sedap mulut jer kau nak aku menang. Kalau lengan aku nie sado macam lengan dia tak pelah juga! Nasib baik minggu depan aku cuti seminggu, biar berhabuk dia tunggu aku! Baru padan dengan muka dia,” bidas Wafa seraya bingkas. Langkahnya menuju ke ruang dapur.

Air putih dari dalam peti sejuk ditogok hingga tinggal separuh. Terlalu banyak membebel membuatkan tekaknya haus. “Cuba bawa duduk bila minum tu,” tegur Widad. Wafa senyum menyenget bila ditegur begitu. 

“Apa yang kecoh sangat kat depan tadi?” tanya Widad sambil menggapai gelas yang bersih. Wafa pantas menggeleng. Ekor matanya tidak lagi menjamah wajah polos Widad. Dia duduk di satu kerusi dan Widad membuka semula pintu peti ais yang ditutup Wafa tadi. Botol air putih diambil dan dibawa ke meja sebelum dituang ke dalam gelas.

“Akak dah siapkan lakaran baju pengantin kawan Wafa tu?” Wafa sengaja mengalih perhatian Widad dengan tajuk baru. Kakaknya pantas mengangguk. Air putih yang dituangnya tadi diteguk sekali dua sebelum pandangannya singgah semula di mata Wafa. Renungannya jauh dilamunkan sesuatu.

“Lakaran dah siap cuma materialnya saja yang belum ada. Kalau tak, akak dah boleh potong kain dan jahit. Banyak kerja lagi nak buat, masa pun tak banyak dah,” jelas Widad setelah pandangannya berkalih.

“Wafa nak ke Terengganu malam esok. Memang tak sempat nak temankan akak beli material tu. Akak boleh tolong belikan? Nanti resitnya akak beri pada Wafa supaya senang Wafa nak claim nanti,” pinta Wafa. Widad mengangguk.

“Apa yang penting sekarang, akak harus buat yang terbaik pada gaun tu sebab kawan Wafa ni anak VVIP. Kalau dia pakai gaun akak, mesti satu Malaysia buka mata. Akak juga yang dapat nama,” ujar Wafa mengibar semangat. Widad senyum lagi. Kata- kata yang lahir dari ruas bibir itu terlalu ikhlas untuk disangkal.

“Akak tak tahu pulak yang Wafa ada kawan VVIP. Hebat adik akak!” puji Widad. Pujian yang menyembunyikan seribu satu persoalan di minda. 

“Wafa masuk bilik dulu ya kak. Nak rehatkan badan. Rasa penat sangat,” entah kenapa Wafa cepat- cepat meminggirkan diri dari pertemuan itu. Mungkin kerana dia bimbang dengan patah soalan yang bakal keluar dari mulut Widad perihal teman VVIP nya. Takut nanti tembelangnya pecah di situ pula.

Widad mengangguk. Melihat kepada warna alat solek yang tebal di muka Wafa jelas mengingatkan dia tentang kata- kata Amir Bakri dua hari lepas.

Aku akan siasat perkara nie! Widad segera membuat keputusan. Fikirannya jadi sendat dengan segala macam hal dan kekeliruan ini harus dileraikan demi sebuah jawapan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku