MR. AND MRS.
BAB : 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
10054

Bacaan






MALAM sudah larut namun Widad belum dapat melelapkan mata. Akal fikirnya masih aktif bekerja. Beberapa butir nama datang dan pergi begitu saja. Sesekali, wajah Amir Bakri menujah khayalan sebelum bergalang dengan wajah lain. Dan akhirnya, senyuman manis Wafa telah membunuh tiap lamunan. Aduh!

Widad kematian kata- kata bila satu demi satu persoalan yang berkait rapat dengan PUTIH, Amir Bakri, tokek dan Wafa menyesak di fikiran. Aku tahu itu Wafa. Aku yakin itu dia tapi apa dia buat kat butik tu? Dan kenapa bila aku telifon butik tu untuk bercakap dengan Wafa, kerani tu kata tak ada pekerja bernama Wafa di situ? Pelik! Suara Widad sendiri dalam nada keliru.

Langkah gadis berbaju kurung biru nila itu pada awalnya dilihat keseorangan tanpa ada yang menemaninya. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki dari pintu yang sama. Amir Bakri! Nama dan wajah itu muncul lagi di mata hitam Widad. Dari satu sudut, dia cuba menjadi pemerhati terbaik hinggalah bibit- bibit perpisahan muncul di antara mereka.

Syarikat Telco konon! Tempelak Widad geram bila dia mendapat tahu yang Wafa telah menipunya hidup- hidup. Beberapa orang pekerja PUTIH yang melepasi pintu utama itu tidak lagi menarik perhatiannya. Pergerakan matanya hanya terpacu pada susuk tubuh Wafa hingga kereta yang dipandu gadis itu meluncur pergi. Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! Getap Widad pedas.

Widad mengeluh. Segala apa yang bermain di ruang matanya tadi sudah cukup untuk dia menyatukan titik- titik bimbangnya menjadi arca yang paling jelek. Kenapa Wafa sanggup menipu aku? Apa agenda dia yang sebenar? Bagaimana kalau CEO PUTIH tahu tentang pembohongan Wafa itu nanti? Adakah mereka akan menuduh adiknya sebagai pengintip dan pengkhianat? Widad dicubit bimbang.

Tubuhnya berkalih ke sisi lain. Bantal peluk diraih dan dipeluk erat. Guruh di luar bagai memanggil –manggil hujan. Widad mematikan diri seketika bila kain jendelanya disuluh lampu kereta. Hatinya entah berentah. Dia yakin, itu bukan Wafa. Dia tahu, Wafa dan Aini sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Kami singgah makan di Genting Sempa! Whatsaap terbaru dari Wafa lima minit yang lepas melintasi benak fikirnya.

“Widad!” nama itu dilaung tinggi. Perasaan Widad jadi bergetar. Dia cukup bimbang, kalau- kalau manusia yang berdiri di luar sana adalah Ungku Aaron. Widad mengamati suara itu sekali lagi. Sepertinya, dia pernah mendengar suara lelaki itu tapi di mana? Widad bingkas dari katil dalam langkah terhendap- hendap menuju ke ruang tamu yang gelap. Kain bidai diselak sedikit.

Lelaki berketinggian lebih dari seratus tujuh puluh sentimeter itu muncul semula di dalam pandangannya secara diam dan senyap. Kulang kalik langkahnya sambil memegang telifon bimbit menjadi perhatian Widad. Kalau tak silap aku, dia tu CEO PUTIH! Mesti dia datang cari Wafa tapi kenapa dia panggil nama aku? Atau Wafa telah menyamar sebagai aku? Pertanyaan Widad jadi semakin panjang.

Kain tirai dilepaskan. Dia jadi bingung sejenak dengan situasi itu. Kenapa Wafa buat begitu? Untuk apa? Macam mana kalau aku pergi jumpa CEO tu untuk sebuah penjelasan? Tapi perlukah? Hatinya berteka- teki dalam mencari kata putus hingga akhirnya deruan Skyline mengaum pergi. Widad menarik nafas lega. Langkahnya kembali dicatur bila nyanyian Shirley Bassey menelusi gegendang telinga.

Nama Ungku Aaron bergentayangan di mata. Widad mencampak telifon itu ke atas katil. Rasa benci menyelinap ke dalam sanubari. Dia tahu tujuan lelaki itu menelifonnya. Dia tahu apa yang lelaki itu mahu darinya. Sejumlah wang yang harus dibayar dalam tempoh terdekat sebagai tuntutan ganti ruginya atas pernikahan yang tidak berlangsung sedangkan bukan dia yang membatalkan majlis itu! Widad menyumpah. Hatinya sakit!

Aku kena sahut cabaran si tokek tu. Aku perlu dapatkan jam tangan dia yang bernilai dua puluh lima ribu ringgit tu. Apa lagi cara yang aku ada? Duit dalam akaun cuma ada tiga puluh ribu ringgit. Barang kemas yang aku pajak, jumlahnya hanya lima belas ribu ringgit. Mana cukup! Masih berbaki lagi dalam sepuluh ribu ringgit! Masa juga dah suntuk! Bebel Widad sendiri. Tapi macam mana aku nak kenal dengan tokek tu?

Widad mengeluh lagi. Terkebil- kebil matanya mencari sebuah jawapan. Menurut Wafa, tokek tu budak pejabat dia tapi secara logiknya, takkan budak pejabat pakai jam tangan dua puluh lima ribu ringgit? Gaji budak pejabat, berapalah sangat! Dia mula membuat kira- kira dalam kekeliruan otaknya dan dia tahu, semua jawapan yang dia mahu ada di PUTIH.

Macam mana pun, esok aku mesti menyelinap masuk ke butik tu. Aku mesti menyamar jadi Wafa. Menyamar jadi Wafa? Widad ketawa kecil bila idea gila itu diulang sebut. Pandangannya melirih laju ke cermin. Wajah yang polos itu perlu dicalit dengan segala macam warna alat solek supaya ianya tidak nampak asing di mata mereka.

Kesempatan yang ada esok, akan aku pergunakan sebaik mungkin untuk mencari tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di antara Wafa dan tokek. Ish... macam pelik jer nama dia! Aku harus bersiap sedia untuk acara gusti lengan itu nanti. Aku harus menang! Harus! Bicara itu diungkap tika matanya terpacu pada otot tangannya. Ini lemak ke otot? Sinis Widad bersahaja bila keraguan gagal mengatasi keyakinannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku