MR. AND MRS.
BAB : 22
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8786

Bacaan






EILMI ZAHRIN masih belum pulang. Masih ada kerja yang perlu disiapkan untuk hari esok. Waktu sudah petang benar malah Maghrib juga sudah hampir selesai. Dari satu sisi yang lain, dapat dilihat susuk tubuh Amir Bakri terjengah- jengah sebelum kakinya dibawa masuk ke dalam bilik itu dengan senyum penuh semuka.

“Kelam kabut semacam jer aku tenguk kau nie. Baru satu hari PA kau tak ada, kau dah serabut macam nie.” perli lelaki itu tika punggungnya dihenyak ke atas sofa. Eilmi Zahrin masih tidak berpaling. Mukanya serius seperti selalu. Tekunnya juga sukar digugat. Amir Bakri mencapai surat khabar di atas meja.

“Kau dah siasat status si Widad tu? Puan atau cik?” Amir Bakri masih ingin berbual biar kehadirannya tidak diendahkan.

“Ada beza ker Widad tu antara Puan dengan Cik?” sindir Eilmi Zahrin. Tangannya masih ralit menekan papan kekunci. Amir Bakri mula membuat muka. Surat khabar yang baru dipegang diletakkan semula ke atas meja.

“Ish kau nie, agak- agaklah bila bercakap. Anak dara lagilah Widad tu!” bidas Amir Bakri. Kali ini pandangan Eilmi Zahrin jauh tersasar.

“Kau nampak pasti sangat nie, kau pernah tidur sebantal dengan dia ker?” nada itu masih lagi menyindir. Amir Bakri bingkas. Dia duduk pula di salah satu kerusi yang bertentangan dengan meja kerja Eilmi Zahrin.

Better than Zara what?” bicaranya kemudian seakan menempelak kata- kata lelaki di hadapannya itu. Anak bujang Puan Julia terdiam terus.

“Jangan benci sangat Eilmi! Nanti perasaan tu bertukar jadi cinta, baru kau tahu tinggi rendahnya langit nie!” nasihat Amir Bakri. Eilmi Zahrin menggeleng panjang. Egonya memburai tawa.

“Apa kau merepek nie! Agak- agaklah pun kalau aku nak jatuh cinta dengan badut pasar malam tu. Ish gelilah!”

“Badut tak badutnya, kau tunggulah satu hari nanti,” tepis Amir Bakri. Eilmi Zahrin terus- terusan mencebik. Lengan baju diperkemaskan. Dia sudah mula bersiap- siap untuk pulang.

“Aik... punggung aku belum panas lagi, kau dah nak balik?”

“Kalau nak panas, pergi masuk dalam microwave kat pantry tu...”

Amir Bakri nampak tersengih bila diperli begitu. Dia turut bingkas. Eilmi Zahrin melangkah keluar dari biliknya dengan mulut yang membebel.

“Nak buat kerja pun, tak ada mood! Baru satu hari aku tak jumpa badut pasar malam tu… amannya dunia nie, TUHAN jer yang tahu! Alih- alih dia masuk pejabat aku, dia boleh cakap pasal si badut tu. Spoil betul!” rungut Eilmi Zahrin. Langkahnya masuk ke dalam elevator. Butang lobi ditekan hingga menyala.

Baru setingkat angkutan transportasi vertical itu turun, ia berhenti lagi sebelum pintunya terbuka luas. Seorang perempuan melangkah masuk dengan langkah yang teragak- agak. Penutup hidung yang dipakainya membuatkan wajah itu tidak dapat dilihat sepenuhnya. 

Aduh... sekarang kan musim jerebu! Semua orang dah jadi macam ninja, desis hati Eilmi Zahrin. Sinar mata itu benar- benar mencarik sedegup rasa di jiwa hingga kelu lidahnya untuk menyapa.

Macam pernah nampak tapi kat mana? Hati lelakinya menjerit tanya. Wajah itu dijelingnya juga sekejap- sekejap. Beberapa saat kemudian, mereka sama- sama melangkah keluar tanpa bertegur sapa. Eilmi Zahrin masuk ke dalam kereta dengan hati berteka- teki. Pandangannya masih lagi tercuri pada derap langkah gadis itu hingga bayangnya hilang dari pandangan.

Tak tahu pula ada gadis cantik kat sini! Hatinya kian bermonolog. Senyum di bibir mengetas dengan sendiri. Mata itu mengingatkan aku pada seseorang tapi tak mungkin orang itu adalah dia... getar hati kecilnya berkata bila kesangsian menutupi akal fikiran.

“Waktu masih ada Eilmi. Sabar ye! Kalau panjang umur, esok kau datang pagi- pagi, kau pusing satu PUTIH nie. Kau cari dia sampai jumpa,” ungkap Eilmi Zahrin dalam menahan gelodak di jiwa. Enjin kereta sudah pun dihidupkan. Pedal minyak mula ditekan.

Sepanjang perjalanan itu, ingatan Eilmi Zahrin hanya dipukat satu kenangan. Waktu itu, dia baru tiba di Malaysia setelah berpuluh tahun dia bernafas di negara kelahirannya sendiri. Kedatangan yang disambut dengan penuh bahagia oleh Puan Julia dan Tuan Zakarian. Ah… semuanya masih segar dalam ingatan.

“Malam nie butik mama ada annual dinner. Eilmi jangan tak datang pula. Kawan- kawan mama semua dah tak sabar nak jumpa dengan hero mama yang kacak nie,” suara Puan Julia lembut. Eilmi Zahrin mempamerkan rasa kurang minat dari memek muka.

“Malam nie sangat- sangat istimewa sebab ada persembahan Ulek Mayang. Kalau Eilmi nak tahu, Ulek Mayang tu adalah kisah dongeng dari negeri kelahiran mama zaman dahulu kala. Best tau... rugi kalau tak tenguk,” sambung Puan Julia kemudian. Eilmi Zahrin mencebik lagi. Cebikan yang membuatkan air muka Puan Julia berubah hampa.

Hakikatnya, Eilmi Zahrin sedar bahawa tujuan utama Puan Julia mengajaknya ke majlis itu semata- mata untuk memperkenalkan dirinya kepada rakan- rakan terdekat dan juga para pelanggan PUTIH. Melihat raut wajah yang kecewa itu, hatinya jadi tidak sampai. Demi sekeping hati, kehendak itu diturut juga dengan langkah yang malas dan rasa yang rimas. Piiin!Piiiin! Eilmi Zahrin terpana.

“Ish! Parah dah aku nie! Kerana dia, aku boleh teringat kenangan yang lepas- lepas. Siapa perempuan tu? Kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum nie? Tingkat enam tu hanya ada bilik mesyuarat dan surau. Kalau ada pejabat pun, itu pejabat HR. Pejabat HR tak besar mana. Pekerjanya dalam lima orang saja. Lima -lima tu aku kenal. Atau mungkin dia pergi solat kat surau. Aduh, baiknya dia. Calon macam nielah yang mama nak,” suara Eilmi Zahrin, cuba meniru gaya percakapan Puan Julia bila soal jodoh dibangkitkan.

Kini, dia sudah berada di kediaman orang tuanya. Puan Julia dan Tuan Zakarian tiada di rumah. Mereka menghadiri majlis perkahwinan anak rakan terdekat. Hal itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Tatiana saat langkahnya menapak naik di anak tangga. Eilmi Zahrin membuka ikatantali leher. Butang baju kemeja turut direnggang sepenuhnya sebelum kain kapas ungu buah naga itu dilepaskan dari badan.

Tubuhnya baring di sisi katil dengan tangan kanan menopang dahi. Hawa sejuk dari penghawa dingin sudah mula menyerap ke badan. Dari jauh kedengaran, suara Tatiana membaca ayat- ayat suci al- Quran. Suara lunak itu sering saja menerobos masuk ke telinganya tanpa mengira waktu. Pagi petang siang malam, bacaan itu tak pernah hilang.

“Baca kuat- kuat sikit Tati, biar setan dalam tubuh Eilmi tu pergi! Nak solat pun malas! Apa nak jadi, tak tahulah dengan budak nie!” bebelan Puan Julia kembali teriang- iang. Eilmi Zahrin berkalih tempat saat telifon bimbitnya bergetar minta diangkat. Aksara m.a.m.a berjoget- joget di mata.

“Mama,” sapa Eilmi Zahrin terdahulu.

“Mama nak sampai dah nie.”

“Ok, nanti Eilmi beritahu mama,” tegasnya sebelum talian dimatikan. Eilmi Zahrin baring semula. Akalnya masih lagi berfikir- fikir tentang gadis yang ditemuinya tadi. Dalam banyak- banyak perkara, yang diingatnya cuma satu. Tudungnya kuning pinang masak!

Deruan enjin kereta di laman rumah menyedarkan Eilmi Zahrin dari lelap yang sekejap. Dia melihat- lihat keadaan sekeliling dengan mata yang mengecil. Seketika, perbualan antara Puan Julia dan Tuan Zakarian masuk ke dalam telinga. Eilmi Zahrin bingkas. Pintu biliknya dikuak laju membuatkan Puan Julia yang sedang melintasi bilik anak bujangnya nampak terkejut.

“Mama ingatkan Eilmi tidur tadi,” tegur Puan Julia.

“Eilmi tunggu mama,” ujar anak bujang itu.

“Ada hal apa nie? Macam mustahak jer?” tanya Puan Julia ingin tahu. Anak bujangnya jarang- jarang menunggu kepulangannya begini melainkan jika ada hal yang sangat- sangat penting untuk dibincangkan. Eilmi Zahrin menarik tangan itu membuatkan langkah ibunya beranjak ke dalam bilik.

“Eilmi ada terserempak dengan seorang perempuan kat PUTIH tadi. Eilmi macam pernah nampak dia tapi Eilmi tak dapat nak cam muka dia. Mama kena tolong Eilmi. Mama mesti tolong Eilmi, cari perempuan tu!” Terkebil- kebil mata Puan Julia melihat tingkah anak manjanya yang tidak ubah seperti budak kecil yang merengek minta dibelikan mainan ultraman.

“Budak perempuan yang mana?” soal Puan Julia penuh minat. Inilah kali pertama, dia mendengar anak tunggalnya menyatakan minat untuk mengenali insan yang bergelar perempuan setelah hatinya ditawan oleh Tuan Puteri Ulek Mayang sejak sepuluh tahun sudah. Hati ibu mana yang tidak melompat bila anak bujang yang berusia tiga puluh enam tahun itu berkata demikian?

“Habis Zara macam mana?” .

“Zara? Tak naklah!” protes Eilmi Zahrin. Puan Julia diam semula.

“Eilmi tidurlah dulu. Esok kita cari sama- sama kat PUTIH. Mama pun teruja juga nak tahu siapa perempuan tu,” ujar Puan Julia.

“Kalau tak jumpa, macam mana?” tanya Eilmi Zahrin ketika Puan Julia cuba untuk mengurangkan suhu penghawa dingin dalam bilik itu.

“Kalau tak jumpa, maknanya dia tu mungkin anak jin yang tumpang solat kat surau kita,” jawab Puan Julia. Tidak serius dan tidak pula bergurau. Mata hitamnya masih terpacu pada alat kawalan penghawa dingin dengan muka yang berkerut.

“Bateri lemah!” omel wanita itu sebelum dia meletakkan alat kawalan penghawa dingin itu di tempatnya. Eilmi Zahrin bagai kehilangan suara bila kata-kata Puan Julia tadi mendiam di telinga. Ish... takkanlah! Keluhnya lagi sebelum badannya terasa merinding dan seram- seram sejuk. Biar betul!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku