MR. AND MRS.
BAB : 23
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9958

Bacaan






KEMUNCULAN Widad sebenar dipantri pada pagi itu menimbulkan senyum di wajah kakitangan PUTIH terutama sekali Puan Fida dan Puan Khalida. Manakala Che Norazlina, Mukhlis serta Meor hanya memandang muka itu dengan mulut ternganga dan mata yang bulat. Keadaan berlanjutan hingga Widad melambai- lambaikan tangannya demi realiti.

“Eh, bukan cuti kau seminggu ker Widad? Kau buat apa kat sini?” tanya Meor pelik. Mukhlis dan Puan Khalida mengangguk. Masing- masing membidik pandang ke raut muka yang penuh warna –warni itu. Giginya saja yang nampak putih.

“Akhirnya kau dengar juga nasihat akak. Syukurlah kau dah datang Widad. Syukur sangat- sangat. Petang nanti bolehlah kita mulakan latihan tarian ulek mayang tu,” ucap Puan Fida penuh teruja. Widad membalas tiap senyuman dengan renungan yang tidak mengerti. Nasihat apa pula nie? Tarian Ulek Mayang? Hatinya membolak tanya.

“Baru sehari kau tak datang, terasa sengsara kami di sini Widad melayan kerenah boss kita tu!” Che Norazlina memulakan cerita pagi. Kerja tangan Widad jadi terhenti. Pandangannya berkalih lagi. “Kenapa?” tanya Widad pura-pura mesra walau dia tak kenal dengan sekalian umat yang ada di situ kecuali Puan Fida. Gadis itu tak henti- henti menggeleng.

“Boss kita tulah. Banyak benor cengkadaknya bila minta kopi. Tak cukup manislah. Pahitlah! Terlebih gula lah. Ada jer yang tak kena sampai Puan Khalida pun turun padang untuk bancuh kopi untuk Tuan Eilmi,” Meor terdahulu menjawab dalam loghat perak.

“Pun masih tak sama macam yang kau bancuh, Widad!” nada Puan Fida seakan dililit rasa geram.

“Lagi satu, yang tak boleh blah tu Widad, dia siap tanya kami lagi... ada tak kami simpan resepi air kopi yang kau bancuh hari- hari tu untuk dia. Mana pernah orang simpan resepi air kopi!” celah Che Norazlina dengan gelak tawa di hujung. Gelak tawa yang disambut oleh beberapa mulut yang lain termasuklah mulut mungil Widad sendiri.

“Macam- macam hal lah Tuan Eilmi tu kalau kau tak ada Widad,” tutur Mukhlis yang sedari tadi lebih banyak ketawa. “Berapa kali dia tersasul panggil Che Norazlina dengan nama kau!” sela Puan Khalida pula yang tidak mahu ketinggalan sama memberi cerita. Widad terkemam. Benarkah begitu? Hatinya meruluh tanya. Pandangannya tertancap pada wajah Puan Fida. Dia menunggu sedikit penjelasan dari wanita itu.

“Tuan Eilmi tu nampak serabut bila kau tak ada. Itu baru sehari, kalau berhari- hari? Tak tahulah apa pulak kisahnya. Silap haribulan, kami semua nie ke hospital sakit jiwa gara- gara kerenah dia tu,” cerita Puan Fida. Puan Khalida mengangguk tanda setuju. Widad terdiam. Air kopi yang sudah siap dibancuh dituang penuh cermat ke dalam cawan seramik. Cawan itu dialas pula dengan piring yang serupa corak dan warnanya.

Langkah Widad mula bertapak. Riuh rendah suara di pantri masih juga kedengaran. Widad senyum sendiri bila pintu bilik CEO PUTIH itu dihampiri. Kelihatan ikon fashion negara itu baru saja melintas keluar dari pintu lif. Debaran di dada mula berkocak. Dia melangkah keluar sebaik saja dulang kopi itu diletakkan ke atas meja. Pun begitu, langkahnya tetap berselisih dengan langkah lelaki itu yang nampak lebih kemas dan teratur.

“Selamat pagi Tuan Eilmi,” tegur Widad penuh hormat. Kepalanya sedikit menunduk. “Baru balik dari Terengganu, dah tak reti nak beri salam?!” sindir Eilmi Zahrin pedas. Awal- awal lagi dia sudah mengherdik perbuatan spontan Widad itu hingga terkujat gadis itu di situ.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Eilmi,” pantas saja Widad mengubah ayat sapaannya. Lelaki itu diam membatu. Langkahnya laju menyonsong ke meja kerjanya sebelum dia duduk di kerusi CEO dengan muka yang sangat serius. Hatta, sunyi kembali meratip waktu.

“Tak jawab dosa tau,” tegas Widad di muka pintu.

“Kalau tak silap saya, permohonan cuti awak masih berbaki lima hari lagi kan? Kenapa awak menyemak kat sini? Tak payah nak tunjuk rajin sangatlah Widad! Awak bukan ada apa- apa komitmen pun dengan PUTIH!”

“Saya masih ada kerja yang belum disiapkan,” ujar Widad. Nadanya biasa. Eilmi Zahrin mencebik.

“Dah tahu banyak kerja, sibuk nak minta cuti!” gerutu lelaki itu. Widad tidak mahu memanjangkan perbualan, kelak nanti terjadi peperangan mulut. Dia keluar dari ruangan itu. Pintu bilik Eilmi Zahrin dirapatkan. Langkahnya dicatur semula menuju ke tempat gosip. Sekumpulan manusia yang menegurnya tadi masih lagi leka berbual seraya menikmati sarapan pagi.

“Shhhh.. boss dah sampai. Jangan gosip kuat- kuat, nanti dia dengar,” Widad memberi amaran sambil duduk di sebelah Puan Fida. Wanita berbaju kurung pahang itu segera menalakan sepiring kuih seri muka kepadanya yang masih berbaki sepotong dua bersama secawan kopi yang hampir sejuk.

“Tapi aku dengar cerita, hujung tahun nie mereka nak bernikah,” ujar Meor pula. “Puan Julia tu kalau boleh nak cepat jer tapi faham- faham sajalah dengan boss kita tu. Dia dengan Cik Zara bukannya mesra sangat. Mesra- mesra gitulah, hidup segan mati tak mahu,” sela Mukhlis dengan memek muka yang dibuat- buat. Che Norazlina tergelak besar.

“Kak Fida, ada nampak si tokek tak?” akhirnya Widad meluah pertanyaan. Dia ingin benar melihat musuh utama Wafa dengan mata kepalanya sendiri. Puan Fida memandang Widad dengan kening yang berkerut.

“Habis kau hantar kopi dekat siapa tadi? Bukan dekat si tokek?” tanya Puan Fida pula. Widad berhenti mengunyah. Maknanya, si tokek tu CEO PUTIH? Biar betul Wafa nie? Desis hati Widad seperti tidak percaya.

“Kau okey ker tak nie Widad? Lain macam pulak kau hari nie,” tegur Mukhlis. Che Norazlina dan Puan Fida turut sama mengangguk. Widad menggumam rasa. Alamak! Kantoi lah pulak! Ah… untuk kali ini, aku harus menjadi Wafa pula supaya mereka tidak curiga. Widad makin bermonolog. “Dengar cerita, kau adasecret admire? Mesti hensem kan? Kalau mu tak nak, bagi kat aku!” tukas Che Norazlina..

“Siapa lagi hensem? Tuan Eilmi kita atausecret admirekau tu?” kali ini, Puan Khalida pula yang bersoal tanya setelah agak lama mendiamkan diri. Air kopi yang dihirup Widad hampir saja tersembur keluar. Wafa adasecret admire?Hati kecilnya makin berkata- kata. Pandangannya singgah di beberapa wajah. Inilah masanya untuk aku berlagak seperti Wafa. Wafa yang bencikan tokek. Widad pantas melihat peluang terbuka di hadapan matanya.

Excuse me! Tuan Eilmi tu yang kau orang kata hensem? Uweek! Muntah hijau mak,” Widad menjawab soalan yang diberikan dengan penuh bernada. “Gila kau tak hensem. Dia lelaki paling macho dalam dunia fesyen negara kita tau sebab tu ramai gadis- gadis kat luar sana undi dia!” tingkah Mukhlis. Che Norazlina mengangguk. Puan Fida, Meor dan Puan Khalida hanya menggugah senyum.

“Alah! Kalau lelaki macam si tokek tu, sekali petik sepuluh yang datang,” sindiran Widad bertambah subur. Rakan- rakan yang lain tidak pula mencelah apatah lagi pada saat itu, figura lelaki yang disebut- sebut muncul pula di muka pantri. “Kalau macam tu, cubalah awak petik sekarang. Saya nak tenguk, siapa yang sepuluh tu!” bidas satu suara.

Widad berpaling tika suara itu menguasai ruang dengan tegarnya. Puan Khalida sudah bingkas. Che Norazlina juga. Mukhlis, Meor dan Puan Fida turut tidak mahu ketinggalan. Disusuli pula dengan langkah Tania dan Siti yang baru tiba di pantri. Widad masih tidak berganjak walau hatinya meronta untuk lari dari keadaan itu. “Kalau nak petik kat sini, memang lah tak ada yang datang!” Widad mencerna kata. Nadanya sengaja ditinggikan bila gementarnya sudah mengecut.

So awak nak petik kat mana? Chow kit?” perli Eilmi Zahrin.

“Saya tidak semurah itu!”

“Oh! Ada harga rupanya. Kalau tak murah, maknanya mahal lah kan? Kalau di Chow Kit murah... yang mahalnya di mana ya? Bukit Bintang kut!” suara Eilmi Zahrin selamba. Widad bingkas. Kali ini, dia berdiri tegak di hadapan lelaki berketinggian seratus tujuh puluh enam sentimeter itu bersama sebuah tenungan.

“Macam mana Tuan Eilmi tahu di Chow Kit murah, di Bukit Bintang mahal? Pernah cuba beli?” pertanyaan itu tersembul keluar dari bibir Widad. Pertanyaan yang dapat didengari oleh puluhan pekerja PUTIH yang lain. Pertanyaan yang membuatkan perdebatan dua orang manusia itu dihujani perhatian yang paling hebat.

“Or you just go there to negotiate in order to get the best one without dealing the price coz i am sure you can pay how much it is,” tokok Widad. Eilmi Zahrin menggubah rona di wajah. Kata- kata itu merupakan sindiran yang cukup berbisa. Ditenungnya wajah Widad dengan renungan yang tajam.

How dare you talk to me like this!” tekan anak muda Puan Julia dengan renungan lirih. Ego di hati yang membuatkan dia tidak mahu mengalah malah tidak ingin kalah. Wajah Widad nampak berkocak bila renungan lelaki itu terasa semakin mendekat dengan kerdipan matanya. Sudahnya, dia melangkah pergi dengan hati yang tunu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku